Friday, June 04, 2010

Jangan Buat Aku Sentap Kalau Tidak Mahu Tersingkap Semua Yang Dihijab - Hari Terakhir Persekolahan


Salam semua.
Mula-mula mahu memohon maaf kerana tiada edisi Legasi Cinta Alisia hari ini.
Maaf yang teramat sangat.
Terlalu sibuk dengan tugasan hakiki di sekolah membuatkan aku terpaksa melepaskan diri dari komitmen menulis secara tegar minggu ini.
Alahai.

Macam-macam perkara berlaku dalam masa 3 hari ini. Entahlah, aku jenis manusia yang membiarkan semuanya berlalu begitu sahaja. Hidup aku memerlukan senyuman sebagai pembekal tenaga, maka, untuk menyimpan amarah atau menyampah, itu bukan aku orangnya. Segala yang manis aku simpan sebagai kenangan dan yang pahit sebagainya aku biarkan awan membawanya pergi dari merajai diri. Senyuman itu adalah penguat diri bak kata seorang teman. Eh teman, kamu ikut pergi demonstrasi hari ini?

Ada pula yang mempersoalkan tentang pelantar dunia blog. Satu yang seperti aku, satu lagi kembar yang berharga dan lebih baik katanya. Alahai. Aku senyum dan jadikan ia bahan gurauan bersama mereka-mereka yang gemar melihat tindak tanduk orang yang tiba-tiba mencetuskan sesuatu isu yang sepatutnya tidak perlu. Tidak mengapa, jadi pembaca sudah cukup buat aku. Eh, rakan-rakan di Twitter, apa komen kita semua?

Oh ya, mari ketawa bersama.
Eh, sila jauhkan kucing dari aku, tolong ya?
Senyum.

Hari terakhir persekolahan.
Ya, hari ini hari terakhir cuti penggal pertama. Mari gulingkan badan di atas katil wahai saudara-saudara. Eh, mana saudari?
Senyum.
Ada, silakan bersama.

Aku ada menitipkan pesanan buat pelajar Tingkatan 1 aku, mata pelajaran Sejarah.

Aku : Cuti ini ada kerja sekolah.
Murid : Ala...
Aku : Benda senang sahaja. Buat salasilah keluarga, letak gambar dan dokumen yang berkaitan. Boleh?
Murid : Banyak ke nak cikgu?
Aku : Ikut berapa ramai adik beradik awak. Naik cuti saya nak.
Murid : Kalau tak hantar boleh cikgu?
Aku : Jangan buat saya sentap kalau tidak mahu tersingkap semua yang dihijab.
Murid : Pergh! Ayat apa tu cikgu?
Aku : Naik cuti sekolah, kalau kerja tak siap, seluar ganti dengan kain pelikat. Kita berzapin di depan sekolah.
Murid : Kalau perempuan cikgu?
Aku : Ganti kain sekolah dengan kain batik.
Murid : Memang sentap cikgu!
Aku : Kalau degil, saya rentap.


Ada sesiapa rasa guru muda ini akan sentap bila sesi persekolahan bermula?
Muka begini bakal mengganas di dalam kelas setelah tekanan darah naik bila baca jawapan pelajar.
Sila percaya.

Ada satu tinggalan.
Entah mengapa sesuatu yang aneh menyelubungi aku semalaman.
Ku renung jemari, belek-belek tangan.
Tiada lagi apa-apa yang disarungkan.
Ukir senyuman.
Peristiwa dan figura silam mengetuk kotak kenangan.
Dititipkan gambar yang meruntun perasaan.
Dilaungkan dengan percikan silam dengan manisnya panggilan.
Ah, jangan kau cuba datang dan buka semula permainan.
Noktah sudah lama diletak dan teguh umpama batu nisan.
Ah, aku mahu anggap itu candaan.
Yang tidak akan ku simpan.
Cuma ukir senyuman.

Nota Kaki :
1. Menanda kertas jawapan.
2. Berbual dengan sepupu kesayangan.
3. Otak dan minda saling bertimpa dan bertindan.
4. Peningnya kepala melihat dan membaca tulisan.

Zara : InsyaAllah, bakal ke Kelantan esok pagi jika tiada aral melintang. Kalau ada pertemuan di bandar Kota Bharu dengan kalian, jangan segan mahu menegur aku ya? Ah, bicara lagak seorang artis pula. Abaikan manusia beku yang perasan ini, tapi kalau ternampak, jangan lupa panggil Zara.

11 comments:

Farid said...

dah habis sem 1 kata dak u....

huhuhuhu

dah bpa ramai anak murid dah dirotan cikgu?

hahahaha

Lean said...

Dropping by ere Shafaza. =).. Have a great day. Do drop by to mine too yeah..

LORD ZARA 札拉 said...

Farid :

Belum lagi.
Setakat ni aku berjaya mengawal kemarahan (hebat tak?)

ha ha ha~

LORD ZARA 札拉 said...

Lean :

Thanks dear!

Going to check yours too~

=)

ida said...

kite niy saudarii...
mari2 kiter samer2 berguling..
cuti2....

azuan said...

bolehlah berehat dah cuti sekolah~

Dayah said...

Salam Zara,

Wahh syoknya cuti ^__^
Dayah pun cuti kekeke.. beberapa hari utk xm.. tp kerja masih sgt menimbun.. apakah..

Selamat bercuti buat semua guru2 di Malaysia ^__^

intanurulfateha (◡‿◡✿) said...

.woot
.garangnye cekgu muda ini! ;p

Zida said...

Pehhh gila sedap ayat sentap menyentap tu. Gila kool. Hahah ;)

Mohd Adziim said...

kalau ku di kelantan..dah lama tunggu di bandar..cari kau.
haha~

Tamar said...

Sslam Ramadhan dan salam perkenalan Zara...ayat sentap menyentap tu 'indah sungguh'..:-)