Thursday, June 10, 2010

Kehilangan Dan Ketabahan | Senyuman Itu Tidak Akan Kamu Lihat Lagi Kerana Kamu Telah Menjauh Pergi.


... dan mulai semalam,
aku tahu aku kena bersedia untuk kehilangan seorang kawan yang akrab dengan aku. Perbualan sudah semakin hambar.

Hari itu kamu yang buat aku tersenyum bila dilanda masalah.
Hari itu kamu yang aku intai kalau punya masa.
Hari itu kamu yang hiburkan aku kalau kamu rasa aku resah.

Tapi mulai semalam, segalanya berubah.
Dan aku tahu, kamu pasti baca ini kawan.
Sekelip mata berubah dan aku tahu, aku kena lebih tabah.


 "Kamu tahu betapa susahnya mengekang air mata dari mengalir keluar?"
Baju Pemburu Buaya Darat hasil karya Tok Rimau.

Kesedihan aku kamu pernah lihat.
Kegembiraan aku kamu juga pernah lihat.
Kelibat aku, kelibat kamu - kita pernah bertentang muka.
Dan entah mengapa aku merasakan, yang pertama itu juga akan jadi kali terakhir bersua.

Tiada rasa mahu menulis lagi.

Dan aku tidak akan lupakan apa kebaikan yang telah kamu berikan pada aku. Cara kamu menegur aku, menasihati aku dengan baik hingga aku terbuka semula untuk kembali kepada cara hidup aku yang dulu. Entah, dan sekarang hati aku kosong kembali. Dan segala apa yang aku rancangkan, aku aturkan, aku buang ke tepi. Aku benci jadi lemah, dan aku benci dengan diri bila itu terjadi.

Diam.
Entahlah.
Biarkan waktu terhenti.
Sebab aku tidak akan menangis bila kehilangan lagi.

Zara : Terjumpa orang menganalisa penulisan di blog aku. Ah, biarkan sahaja. Aku sungguh tidak bermaya saat ini. Bagai tulang rusuk kanan dipatahkan dan dibaling ke tepi. Diam.

14 comments:

Oh Malaysia said...

sabar ye zara.... org mcm selalu je x puas hati dgn kita bila tgk kita dah berjaya... Allah nak uji kita sejauh mana kita tabah menghadapi dugaan ni...

--dah baca ur new status kt FB, tp xnak komen kt situ..

Hanis Halid said...

harap kamu tabah lalui semua itu zara.. mungkin akan ada sesuatu yang lebih baik menanti kamu....

Muaturun MP3 Percuma said...

Salam perkenalan...

naz said...

aikk zara rindu rinduan haha

Hizami Rahim said...

hehe.
cik zara.
hidup penuh warna.
;)

nowfara said...

Zara...
It takes time untuk menerima kehilangan...

Saya pernah merasainya (beberapa kali)...hoh...sangat-sangat sedihlah...

tapi,hidup kan mmg mcm tu...ada pasang surutnya..kesedihan akan pergi, kelapangan akan datang meskipun ianya bukan kegembiraan seperti dulu..

just wait it...

MuNsYi SaMa said...

kan ade nakama..

mier@merr said...

adat la kan..bertemu berpisah... jumpa..hilang...

yang patah tumbuh..yang hilang berganti...pasti ada hikmahnya...

::[si putihpurple]:: said...

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~
[ok ttibe mnjerit..sbb juling cari kotak komen xjumpe..haha..]

eh knp sedih kak? jgn sedih2..senyum2 salu k..♥

LORD ZARA 札拉 said...

OM (Amir):

Thanks Mir. Aku cuma harap aku kuat, tabah seperti selalunya.

Hanis Halid:

moga2 dear~

Muaturun MP3 Percuma :

=)

LORD ZARA 札拉 said...

naz :

saya rindu awak je, boleh?
(tak memasal..)
ha ha ha

Hizami Rahim:

kaler saya dah habis~

=p

nowfara:

Thanks a lot dear. I guess I need to really accept it.

LORD ZARA 札拉 said...

MuNsYi SaMa:

Hmm...

mier@merr :

setuju dengan kamu, tapi kalau sentiasa patah, payah juga yaww~ ha ha ha~

::[si putihpurple]::

kih3~
kamu ni dik~
nasib baik jumpa kan?

Fiq said...

senak ketika baca entri ini.

amat kena dengan masalah jiwa yg melanda. ceyt.

susahnya untuk lepaskan dia pergi.

rzilah said...

aku pernah juga merasa seperti kamu...ternyata amat rasa kehilangan..tabahkan diri ye..