Saturday, June 19, 2010

"La, Cikgu Rupanya. Ingatkan Murid." | Empat Hari Yang Mengujakan Adrenalin Diri. Kami Juara!


Salam semua.
Apa khabar kalian yang dirindui?
Zara kini kembali secara rasmi dan terima kasih yang sentiasa memberikan sokongan kepada aku. Masih setia mengunjungi Dunia Sebelah Zara dan menikmati penulisan-penulisan yang telah aku jadualkan selama empat hari ini. Ya, itu semua telah dijadualkan secara automatik disebabkan aku tahu bahawa tempat yang aku pergi tiada Internet dan aku akan terlampau sibuk hatta untuk menguruskan diri sendiri. Baiklah, sebelum berbicara lebih lanjut, mari lihat muka yang kalian rindui ini. (Oh, siapa yang benci, sila muntah di tepi)


Muka bertambah gelap, tanpa secalit alat solek. Gila apa berkhemah pun nak pakai itu?
Ketawa.

Isnin (14 Jun 2010)
Aku tiba di Pusat Kokurikulum Kluang. Oh, sudah di dalam kawasan Kahang, di Felda Ulu Dengar. Perjalanan yang agak menarik dan hujan sepanjang jalan. Aku mula memikirkan, adakah gunung yang bakal didaki keesokannya akan bertambah licin dan sebagainya. Dan, bila tiba di sana, sudah ramai peserta dari daerah lain sudah tiba. Sesuatu yang lucu, orang fikir aku adalah murid. Setiap daerah menghantar lima orang guru atau jurulatih dan lima orang pelajar Tingkatan Empat. Seronok lihat muka budak-budak dari daerah lain yang tersentak bila lihat aku duduk berkumpul bersama jurulatih bila masa beratur. Ya, terima kasih sebab menyanyi lagu Yuna bila aku lalu depan kamu. Ketawa.

Selasa (15 Jun 2010)
Ekspedisi mendaki Gunung Belumut bermula. Oh, memang gila curam dan tinggi. Nasib baik ada tangan yang sentiasa menghulur ke arah aku bila aku mula kepenatan. Yang menarik aku ke atas bila kawasan terlampau curam dan licin. Yang mengawal bekalan air yang aku minum serta mengajar teknik pernafasan yang betul agar stamina dapat dikekalkan. 


Di check-point 2.
Dalam gambar ini ada 3 pelajar dan 2 guru. Di baju kami dicetak, Muar No. 1.


Di kawasan yang bergigi atau kerang (merujuk kepada batu itu)
Oh, ini wakil dari Muar.


Rehat sebentar sebelum meneruskan pendakian.


Gambar tidak dapat banyak diambil memandangkan aku terpaksa berjimat dengan bateri telefon. Oh, tidur di khemah, maka tiada tempat untuk aku cas bateri. Sedang menunggu kiriman gambar dari jurulatih program ini. Moga-moga cepat dikirim agar aku dapat menyimpan kenangan. Senyum.

Turun dari gunung, ada aktiviti ikhtiar hidup. Berkhemah lagi di tepi air terjun. Memang menarik dan aku suka dengan aktiviti begini. Banyak lagi yang aku mahu coretkan sebenarnya tetapi masih dalam keadaan cedera dan tiada gambar mahu aku paparkan buat kalian. 

Rabu (16 Jun 2010)
Berbasikal sejauh 7 kilometer di jalan yang bukan jalan raya. Senang cerita, off-road. Di dalam kebun kelapa sawit, mendaki dan menuruni bukit segala. Terdapat 5 check-point di mana setiap tempat ada tugasan yang diberi. Ya, kami dapat dapat tempat kedua di dalam aktiviti ini.
1. Paintball (menembak sasaran)
2. Orineteering dan bantu mula untuk 3 jenis kecederaan (patah kaki kanan, patah tangan kanan dan cedera di dahi)
3. Ikhtiar hidup (masak telur di dalam botol plastik)
4. Membaiki basikal (mengesan kebocoran tiub dan menampal kembali)
5. Membuat lastik dan menembak sasaran.

Lebih kurang 1 kilometer sahaja kami menemui jalan tar. Oh, turun dari basikal hampir terkengkang aku. Nasib baik tidak melecet. Oh, jatuh dua kali tatkala menyeberangi sungai kecil sambil mengangkat basikal. Gila kan aku? Ketawa.

Petang - pertandingan hidangan rimba. Ya, kami juara bahagian ini.

Malam - Kebudayaan dengan tema Citrawarna 1 Malaysia. Ya, kami juara! Bahagian paling menarik adalah persembahan kami mendapat tepukan yang gemuruh berbanding dengan kumpulan dari daerah lain. Senyum. Oh, aku tidak memakai sari, aku dapat watak gadis Melayu. Hasil sketsa campuran dan tarian yang sungguh berwarna warni. Pengurus, saya mahukan video itu secepat mungkin. Ketawa.

Khamis (17 Jun 2010)
Majlis penutup dan pengumuman rasmi kemenangan setiap pasukan. 


Keputusan pertandingan.
Ya, Muar JUARA CABARAN KLUANG 2010.


Aku dengan piala khas untuk pemenang.


Bersama Ketua Sektor dan Jurulatih-Jurulatih Kanan.


Pengurus pasukan menjulang Piala Pusingan yang kami menangi.
Untuk rekod, ini kemenangan buat kali kedua berturut-turut Muar menjadi juara.


Oh, maaf Kluang. Kami memecah rekod bila tuan rumah tidak menjadi juara kerana kebiasaannya tuan rumah akan menjadi juara.


Dengan Pak Yahya.
Semua muka penuh kegembiraan dan kecerian atas kemenangan.


Dengan pelajar yang banyak membantu aku di dalam Cabaran Kluang 2010.

Kecederaan yang aku alami mungkin tidak berapa serius. Perkara biasa bila kulit tercabut sampai nampak daging aku rasa. Tetapi yang paling sakit aku rasa setakat ini adalah kejang di bahagian betis. Aku tidak dapat menuruni bukit atau tangga saat ini secara normal saat ini. Maksudnya, aku kena berjalan terbalik atau lebih tepat lagi secara mengundur walaupun hakikatnya aku mahu turun ke bawah. Kalau tidak, bagai hendak putus urat betis aku.

Nota Kaki :
1. Perlu meningkatkan lebih stamina.
2. Kekurangan air memang membuatkan aku lemah. Ya, aku tidak perlukan makanan sebab aku lebih mahukan air.
3. Selepas pulang dari kem semalam, singgah menikmati air terjun sebentar. Mandi bersama rakan-rakan sepasukan meraikan kemenangan bersama.

Zara : Susah bila benda yang kita buat tidak disokong oleh keluarga. Aktiviti lasak sesuatu yang merangsang adrenalin dan diri aku wahai Bonda. Perlu lebih kuat untuk menghadapi pelbagai cabaran selepas ini.

10 comments:

dayana said...

Hehe..nice story..salam kenal
Visit me yah my page
Or my site @ Trimakasih

Miss Hirose said...

waa mmg seronok la akt lasak ni..hehe

annadzirah said...

hahak.
memang cam student.

atty's said...

ehhehe..ye lah ..cikgu sama comey ngn student..

Mr PenyuBiru said...

waduh! dah lama tak terlibat aktiviti² cenggini.

hans said...

tak sia2 kaki ko kejang la bengkak la zara
dapat jadi johan
hoho

Hizami Rahim said...

hehe.
cikgu zara kecik.
sebab tu nampak mcm murid kot.
hehe.
eh eh tahniah dapat jd johan.
berbaloi baloi la kesakitan tu.
;)

eLLa said...

wahh da lme xnaik bukit..
wat2 benda cmni..
best..
rindu plk zmn sek dluTT

CERITAKU... said...

heheheeh..seronok...

zahidah dihaz said...

lama tak lepak sini