Tuesday, June 01, 2010

Manusia Macam Aku Tidak Boleh Menulis Perkara Serius Bila Dianggap Sebagai Blog Picisan Ya?


Salam semua.
Ya, tajuk agak emosional.
Biarkan sahaja, lagipun ini bicara yang menahan terik mentari merah.
Senyum dan kulum bicara.

Semalam, aku ada menulis tentang "Misi Kemanusiaan Diserang - LIFELINE 4 GAZA | Break The Siege. Apa Tindakan Kita Sahabat?". Terima kasih buat yang melontarkan komentar, sama ada berbentuk peribadi, sokongan ataupun sekadar hinaan kepada aku. Tidak mengapa, ini dunia maya dan semua orang bebas menulis tentang apa yang mereka suka (dan yang menulis sesuka hati tanpa memikirkan apa yang sepatutnya itu, terima kasih kerana melupakan nilai integriti).

Tidak layak.
Ada yang menyatakan blog sampah (oh, sedapnya ayat) aku ini tidak layak menulis isu besar dan tergempar seperti semalam. Aku tersenyum sahaja membaca komentar yang penuh caci maki hingga sudah tidak larat untuk aku padam. Biarkan sahaja yang tertinggal, aku rasa tidak perlu membuka satu demi satu tohmahan yang dilemparkan. Kendatipun, apa yang kita lakukan atau apa yang pernah diperjuangkan dengan rakan suatu ketika dahulu masih aku ingat dan kenang walaupun aku mungkin tidak sekuat dahulu.


Ini poster di Kampus Selatan sewaktu aku dalam semester akhir pengajian.


Bersama rakan sekuliah yang menyokong ini.


Oh, abaikan aku yang suka berada di dalam gambar dan sentiasa peka dengan lensa.
*Ketawa*


Oh, ini kumpulan kecil belajar aku di tahun akhir.
Kumpulan tugasan (dan makan-seperti-keluarga) juga.


Ini gambar di dalam bilik untuk satu persatuan yang aku sertai.
Bukan persatuan peragut, bukan.


Gambar-gambar di atas adalah sekadar perkongsian.
Teringat akan kenangan lalu bersama teman-teman seperjuangan.
Buat yang menulis kepada aku semalam, aku hanya mahu menyatakan, isu kemanusiaan bukan sesuatu yang baru dalam hidup manusia beku bernama Zara.
Terima kasih.
Senyum lagi.

Orang boleh meluahkan apa sahaja. Ya, bak kata seorang teman, anggap sahaja orang mahu menegur tetapi tidak kena cara dan gaya. Aku senyum dan angguk kepala. Ini cuma ujian-ujian kecil pada aku, ah, tidak perlu melatah bukan?
Senyum.

Mungkin aku bukan orang yang terang-terangan boikot segala.
Orang kata jangan minum Bintang Duit (baca : Starbucks), aku ada minum juga dahulu.
Orang pesan jangan pakai Kotex, aku pakai Intimate.
Orang tegur jangan guna Rexona, aku sembur Nivea.
Orang jeling aku minum Nescafe, aku teguk kopi tenom Sabah.
Orang marah-marah jangan makan McDonalds, aku makan pun bukan selalu sebab diet (ketawa)

Pendek kata, aku memang bukan orang yang patuh semua.
Cuma, aku manusia yang percaya pada usaha berterusan.
Apa yang mampu aku beri, memang aku sumbangkan.
Yang mampu aku sokong, aku berikan kata semangat, titipkan sari perjuangan.
Orang boleh mengata aku bermacam-macam, aku tidak kisah. Tetapi aku kenal mereka-mereka yang kekal berjuang dalam perkara ini (kami sendiri mengerti ini bukan benda bermusim) dan aku bangga dengan mereka. Ya, aku mengaku aku bangga dan menyokong mereka.

Bila aku minta doakan, ada yang marah-marah.
"Macam alim sangat kau Zara"

Bila aku titipkan pesanan kita solat hajat bersama, ada yang sindir-sindir mahu bagi naik darah.
"Eleh, entah kau solat ke tidak Zara"

Biarlah.
Sengaja mahu mengingatkan diri sendiri dan teman-teman lain pun dilayan sebegini rupa, aku hanya mampu tersenyum sahaja. Itu kekuatan aku, dan aku enggan mahu terus tenggelam dengan sesuatu yang tidak sepatutnya mengundang sendu. Tidak perlu rasa pilu. Tidak perlu rasa berbulu.

*Peluk badan*
*Ketawa perlahan-lahan*

Senyum.
Tidak mahu melatah.
Ini bukan kali pertama dihentam begini rupa.
Ketawa.

Sekolah Hari Pertama Bulan Enam Dua Ribu Sepuluh.
Ramai teman-teman yang tidak ada di sekolah kerana pelbagai urusan, maka aku dihimpit kesibukan yang amat sangat menjaga peperiksaan (walaupun sempat menggunakan Twitter menggunakan telefon genggam - sekadar mengemaskini status). Betapa banyak yang perlu ditanda dan aku semakin menghampiri sasaran yang perlu untuk menyelesaikan segala tugasan supaya mampu menjalani cuti sekolah dengan tenang.

Nota Kaki :
1. Pertandingan sudah tamat. Aku sedang membaca semua penyertaan yang dihantar semula.
2. Hari ini aku dapat setimbun kertas lagi - Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 4.
3. Terima kasih atas panggilan telefon dari teman penulis blog tengah hari tadi. Ya, aku tidak menulis hari ini sebab aku sibuk, sila percaya teman.
4. Otak berdenyut membaca dan melihat jawapan pelajar. Adakah ini yang cikgu-cikgu aku dulu rasa?

Zara : Bila aku percaya sesuatu dengan hati yang terbuka, minda yang lapang, jangan pernah cuba untuk membunuh neuron yang segar dan memutuskan nafas yang semakin panjang helanya. Jangan, kerana ia bakal memburukkan keadaan yang sepatutnya penuh acara bahagia.

23 comments:

Nur Su'aidah said...

sabar My Dior~ :D

tmukmkd said...

paling kurang tulisan ko ramai yang baca.. banding aku? hahaha

jumlah pengunjung berkadar langsung dengan jumlah ragam

Farid said...

zara

apa2 hal jgn mudah emo k.
biarkan mereka

zara
aku dan blogger len ada program
hope ko leh join skali..

g entri terbaru aku kalau nak faham

i am Naa... said...

Terus TABAH Zara...kita tak perlu dangkal dan melatah! Itu yang membezakan kita dari insan yang tak pakai mata hati bila berbicara...kita bukan Tuhan untuk menghukum bila kita rasa ia tidak betul....Renung dengan mata hati...tenung dengan mata akal dan jiwa....

uncle said...

meh sini uncle tolong kipas orang tengah hot nih.

Faizal The Newscaster said...

zara..biarkan mereka menyalak.
sekurang-kurangnya kita prihatin dengan isu yang berlaku. kita mungkin tidak mampu untuk berjuang sampai ke sana, tapi kita boleh sebarkan maklumat kepada semua.

Kazaztan Team said...

teruskan shj usaha..jgn melatah...

En iLham said...

abaikan mereka zara
mereka mungkin masih jahil dengan jihad sebagai islam yang semua orang wajib lakukan
yang penting kita sudah tunaikan tanggungjawab kita
semuanya di bawah nialaian Allah
bukan nilaian manusia

Sidratul Muntaha said...

Assalamualaikum cikgu Zara~

Yg penting tanggungjawab kita sebagai daie dah dilunaskan.

Biarkan mereka dengan mulut mereka.Kuat semangat dan sabarlah~

Saya suka penulisan cikgu.Mengingatkan sy pada seseorang. :)

naz said...

ah blog kamu paling layak untuk hal besar. nanti saya kahwin kamu jadi blog rasmi ya? hahahaa

zahidah dihaz said...

biarkan apa mereka kata...

Fiza Notty said...

Salam.. biarkan mereka kak. Sekurang2nya kita masih ada sembangan walau ia ibarat sebutir pasir tepi pantai ataupun ibarat menangguk air di lautan. Sekurang2nya Allah pandang kita. Kita tak perlu pandangan manusia yang tak ikhlas kan?

oh ye sis.. saya pun terlibat pada hari berikut. ngahahhaha dari ktf berjalan kaki ke fakulti memanjat bukit dengan berbaju serba hitam.. huuuuu SERONOK!!! dan bangga dapat membantu walau sedikit.

Contest Siapa Mahu Topup?

Zatty XOXO said...

Boo Zara!

U looked terrible in that attire!
Plus, that's consider as support? Why don't you go to Israel and jihad there if U really support the Palestine.

Oh, U've big ass so-called-Lord.Yucks!

fiD said...

bia mereka kak zara... sekurangnye kite ade usaha kan... mereka apa ade?

sI tEDI said...

luncai mmg suak terjun dgn labu2 nya.

sekurang2nya kita bersuara!

HEMY said...

yg penting dari sume2 ni..blog kamu popular..hehehe

Hanis Halid said...

abaikan saja mereka2 itu anggap saja mereka cemburu atau anggap saja mereka itu mengalami masalah mental... teruskan menulis.. rasa nya lebih ramai yang suka membaca di sini jika nak banding kan dengan mereka yang tak suka membaca dan hanya tahu memburuk2 kn orang lain

joegrimjow said...

better lg dari digelar prg kafir
huhu
org camni senyum je la
jgn dilayan sangat

。syuhada。 said...

sabar ye k.zara..biarkn mulut mereka yg x sopan dan terus berceloteh tnpa akal asal kita x jd cm mereka.. ingat,masih rmai yg sokong n sayang k.zara..^.^

Hizami Rahim said...

cikgu zara,
haha.
siapa la orang yang tu ek.
haish.
at least kita melakukan sesuatu.
;)

Mohd Adziim said...

You're what you're....a honest writer
whose writing variety of issues and I love each one of them.

Eh...terbahasa English pula.
Cikgu Zara, saya sentiasa sokong anda.

Frodo Baggins said...

zara ~ org mudah sangat menilai kan? xper abaikan jer. yg ptg kita tau apa yg kita buat. n betul. :)



>>___<<

ishiko said...

menyOkong dengan ikhlas !!!! ^_^