Saturday, July 24, 2010

Adakah Aku Wajar Lari Dari Rumah? | Kegilaan Yang Nyata - Pakaian Pengantin


Salam semua.
Seharian aku tidak menulis.
Mempunyai masalah peribadi yang agak berat.
Syukur, aku masih bernyawa.
Masih punya iman.


Ini wajah gadis yang bermasalah itu. Ada sesiapa yang mahu menghulurkan bantuan kecemasan?

Semalaman aku memikirkan adakah wajar aku melarikan diri dari rumah untuk seketika hari ini. Tidak. Aku tidak punya kekuatan untuk melangkah keluar hatta dari kamar aku sekalipun. Teruk aku. Memikirkan sepanjang malam tapi hakikatnya? Aku masih lemah dan tunduk dengan arahan dan prinsip yang aku pegang. Kaki tidak tegar melangkah walaupun jiwa aku parah.

Dan aku menghabiskan masa sepanjang hari di dalam kamar. Keluar hanya bila perlu. Bunyi agak kebudak-budakan. Aku tidak menjawab telefon sepanjang hari. Maaf kalau ada sesiapa yang terasa kerana aku tidak menerima panggilan. Kali terakhir aku berbual di telefon, malam tadi, selepas peristiwa yang membunuh aku. Aku telefon Sepet - entah tak sampai dua minit pun agaknya. Lebih banyak bunyi menangis dari bercakap aku rasa. 

Kegilaan yang nyata, aku habiskan masa menonton drama Korea yang membuatkan aku senyum dan ketawa tetapi mengalirkan air mata juga dalam masa yang sama. Ada sesuatu yang buat aku tertarik sangat dan menulis di Twitter tentang itu.

http://redhotbrides.com/blog/media/blogs/redhotbrides/french_black_wedding_dress.jpg

Entah mengapa aku tiba-tiba teringin untuk mengambil gambar dengan memakai pakaian pengantin. Aneh bukan? Tapi aku rasa ia disebabkan oleh satu babak dalam cerita Korea yang aku tonton sepanjang hari tadi. Ah, aku tidak jumpa perkhidmatan begini lagi di kawasan aku, atau bandar berdekatan. Mungkinkah sebab aku malu untuk masuk ke butik pengantin? Tapi, adakah kita dibenarkan menyewa baju itu semata-mata untuk mengambil gambar sahaja?

Entah.
Aku tidak tahu.
Walaupun aku mahu.
Ada sesiapa yang sudi memakai pakaian itu bersama aku?

Zara : Aku sedar apa yang aku lalui saat ini adalah satu ujian yang teramat berat. Dosa yang aku himpun dalam masa tidak sampai setengah jam menggunung dengan banyaknya. Berdosa, aku arif amat tentang itu, cuma kesabaran aku sampai ke hadnya malam tadi.


14 comments:

Namia Cinta said...

setiap aper yang blaku ada sebabnya... itu dugaan dan jangan sesekali mengalah dengan dugaan yang datang... tabahkan diri zara... setiap kedukaan akan berakhir dengan kegembiraan.. setiap kekecewaan akan b'akhir dengan kebahagiaan...

tentang baju pengantin tuh.. boleh saja kalau mahu sewa untuk bergambar tapi kat tenpat zara tak pulak dapat di pastikan

gigitjari said...

mcm besa ja maslh anda

~** PROFFY **~ said...

cikgu zara ada masalah apa... nampak berat saja ayat2 itu... ;))

naz said...

yaww baju itu cantikkk yang wanita punya

MX said...

zara...try la masuk rancangan mencari jodoh...
hehehehe....

Amirul Faiz Abd. Razak said...

Moga Allah mempermudahkan kamu mencari penyelesaian bagi masalah kamu itu. Sungguh Dia tidak membebankan hambaNya dengan beban yang tak mampu digalas hambaNya.

luth textile said...

taktau la zara.. setiap org ada cara nak atasi masalah sendiri.

aku pon tengah diselubungi masalah jugak. kekadang rasa ok, tapi kekadang rasa down sangat

Encik Tikus said...

semua yang berlaku ada hikmah nya. eh-eh tetiba cakap pasal pakaian pengantin nie. teruja eden ;P

Hizami Rahim said...

haha.
haiyak.
tu mcm bunyi2 nak kawen tu.
cepat2 kawen.
:P

bankier said...

Nice blog...good luck and have a nice day :-)

DARMOWE KONTO KREDYTY POŻYCZKI KONTO DLA MLODZIEZY
KREDYTY BEZ ZASWIADCZEN POZYCZKI BEZ BIK-U

hans said...

filem korea tu tajuk apa?

P/S : Review Filem : The Sorcerer's Apprentice Cool Giler Beb! Terbaik!

MuNsYi SaMa said...

=(

Angah said...

owh..drama korea! saya suka, kerana telah banyak menumpahkan air mata duka dan gembira saya..

Anonymous said...

Saya anom....gaya bahasa terganggu oleh jiwa.