Tuesday, July 20, 2010

Adik Beradik Aku Enam, Dia Lapan. | Nanti Anak Kamu Tujuh Orang. Eh? Itu Jawapan Luar Sedar.


Ketawa.
Entah kenapa aku masih ketawa bila mengenangkan aku kerapkali menggunakan minda separa sedar aku untuk menjawab soalan. Dan bila terlalu spontan atau tanpa sedar, kadangkala jawapannya buat kita gila. Teringatkan kisah yang berlaku di dalam bilik guru siang tadi. Ada seorang kawan yang bercerita tentang keluarga dia dan ada seorang lagi kononnya mengira bilangan anak guru tersebut. Untuk hiburan sahaja.

Aku di meja aku mendengar sambil ketawa dan menulis buku untuk mengajar esok hari. Sambil itu, komputer riba dibuka dan aku melihat gambar-gambar suatu ketika dulu, kenangan bersama kawan-kawan tidak mengira siapa mereka. Gambar berhenti di satu kenangan beku masa yang entah mengapa mencuit rasa.

Kawan : Zara, adik beradik kau berapa?
Aku : Enam.
Kawan : Dia?
Aku : Lapan.
Kawan : Nanti anak kau tujuh orang.
Aku : Eh?! 
Kawan : Kenapa?
Aku : Saya main sebut sahaja tadi.
Kawan : Haish.
Aku : (Ketawa)


Pantai Mersing.
Pautan tangan sambil berjalan menuju ke pantai.

Ketawa.
Main suka aku belasah nombor lapan.
Adakah disebabkan aku lahir bulan lapan?
Ketawa.

Eh, anak sampai tujuh orang dengan keadaan tiada teman lelaki?
Senyum.
Belum sampai jodoh lagi.

Nota Kaki :
1. Sedang berusaha kuat.
2. Ada orang sudah mula naik lemak, biarlah. Kau tidak akan mengerti apa-apa.
3. Kau mahu buang aku dari senarai kawan-kawan hanya kerana aku tidak bertegur sapa dengan kau di Mukabuku, surat elektronik dan juga pesanan ringkas? Terpulang. Aku baca apa yang kau tulis segala, cuma aku malas mahu meletakkan ulasan berjela.

Zara :  sedang mencari butang khas untuk mengawal masa. Benci setiap kali mahu menyertai benda berunsur sastera, aku dihalang oleh tanggungjawab hakiki yang merengsa.


10 comments:

mendatak hijau said...

adik bradik same jumlah camno???

hidayah said...

kelak ada.
senyum skmo =))
7 tu ramai wooo

en_me said...

kita kawan kanns walopun me xde mukabuku ittewww.. uhuhu

aZLiNa aZiZ said...

Salam ziarah..haha..saya pun tergelak pada mulanya...tujuh, it's quite larger untuk masyarakat kita even saya pun, tujuh adik beradik. haha ;p anak? belum ada rezeki lagi.

kimisai said...

dah kalau mandul pulak mcm mne.. hehe

Mohd Adziim said...

6+8=14 boleh ? Memang betul-betul kilang bayi.

naz said...

produktiviti gitu haha

i'm_siCK_n_tiReD said...

saye pon lahir bulan 8.. ehehe~

hans said...

oit
sapo yg buang ko dari FB tu?(nana jarum)
hahaha

p/s : Review Film : Inception Memang Terbaik! Aku Sangat Teruju! Kreatif!

Encik Tikus said...

dapatkanlah sampai 9. campur cikgu dengan suami boleh buat team bola terus ;)