Sunday, July 11, 2010

Bila Menulis Tanpa Emosi Dan Jiwa.


Tulis.
Satu.
Dua.
Tiga.

Kadangkala orang benci bila aku menulis menggunakan emosi. Orang benci tengok manusia beku mula cair dan terlarit dalam kalam duniawi. Terheret menerjah gelanggang dunia yang panas dan penuh hasad dengki, ramai orang mahu si beku terus menari sendiri di atas pentas dunia sambil melambungkan aksara tanda dirinya sentiasa bahagia.

Aku.
Manusia beku.
Hati mungkin sedingin salju.
Tetapi aku masih percaya dengan ketentuan Yang Satu.
Bila-bila masa sahaja aku mungkin diseru.
Untuk kembali, dan diberhentikan waktu.

Aku baca akan puisi-puisi yang pernah aku coretkan sebelum ini. Penuh emosi dan menjadi diri sendiri. Kelemahan dan kelebihan manusia dan segumpal darah bernama hati menjadi intipati. Aku menulis tentang cinta, kasih sayang, persahabatan dan juga acapkali sesuatu yang bersadur kemarahan, kebencian serta kesakitan yang dilayangkan kepada aku tanpa manusia-manusia itu sedari.

Jasmani.
Emosi.
Rohani.
Intelek pekerti.
Masih adunan terbaik menjadi diri.
Bukan aku kata, tapi itu yang telah terpateri.
Kita, menilai yang baik dan buruk, yang terbaik kita adaptasi.

Diam dan ketawa. Aku kadangkala membiarkan emosi tinggal sebagai nama sahaja. Aku tutup jiwa dan marga daripada disinggahi perlip yang aku tidak mahu merosakkan sebuah nyawa yang mahal harga. Kesakitan yang pernah aku lalui dihimpit pelbagai rasa buatkan aku kadangkala terlalu keras sehingga tiada jalan penyembuhan yang nyata. Selalunya emosi aku campak ke tepi dan aku hidup darah sendiri sebagai pemanis bicara salutan nyawa hamba.

Dua.
Sembilan.
Lapan.
Lapan (lagi).
Tujuh.
Ketawa.

Bila aku menulis tentang haiwan (di satu forum dan blog lain yang kamu mungkin tidak akan jumpa), aku gembira. Entah sejak bila menulis tentang haiwan buat aku bahagia. Sebab apa? Sebab haiwan tidak menyalak atau meraung gila seperti sesetengah orang yang menyatakan diri mereka manusia tetapi tidak berkelakuan sewajarnya. Tidak mengapa, masih gembira lagi menulis tentang perasaan dan manusia kan? Hebatnya manusia yang punya akal.


Milik peribadi manusia beku yang berdiri di atas kaki sendiri.

Angin bertiup.
Kira lagi.
Dua.
Tujuh.
Lapan.
Sembilan.
Tiada diskriminasi.
Betul.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan diri. Ada sesuatu yang entah bagai memberhentikan nafas dan kalam dari membiarkan tinta terus menari. Ada jiwa yang meronta mahu kembali, mengogoi mahukan diri yang lama kembali. Renungan jauh ke masa silam mengetuk sekeping jiwa yang mula hitam penuh dengan celaka yang entah bagaiman hendak dimusnahkan dengan tangan sendiri. Eh, sebentar. Penulisan ini tidak boleh punya emosi.

Dan juga tidak boleh punya nota kaki.
Serta pesanan dari diri sendiri.
Maksudnya, si Zara, tuan punya diri.
Dan juga penjaga diri sendiri, Lord Zara, tuan pemilik hati.

8 comments:

velasrizal said...

hmm tinggi falsafah ni.. hebat!

Sukarnya Menolak Undangan Perkahwinan

lya said...

"Dua.
Sembilan.
Lapan.
Lapan (lagi).
Tujuh."

saya tahu apa ini.. nanti celebrate sama2 dari jauh nak? sorang di utara, sorang di selatan.. hehehe...

hans said...

Kak Mah dah tak komen ker zara?
hehehehee

mifh @ Hadi said...

salam.. Penulisan yg menarik :) jemput ke blog sy http://kembarahadi.blogspot.com ,ada 5 tinta nukilan dari sy,mintak komen apa yg patut.. Masih belajar dalam penulisan ,trm ksh :)

chekgu Moe said...

saya ingatkan zara bersenam. hehe

shinawawa eyenie said...

cntik kasut2 tu

Hizami Rahim said...

tulis dengan emosi rasa dia lain.
:D

Encik Tikus said...

dapat feel kott dekat entry kali nie :)