Sunday, July 04, 2010

Hidup Terkurung Di Dalam Kepompong | Maaf, Saat Metamorfosis Aku Tidak Akan Kunjung Tiba


Salam semua.
Di sana sini dalam dunia maya, dunia blog semua orang berbicara tentang perjumpaan GengBlogger yang akan diadakan pada Sabtu nanti. Ramai yang mengajak aku turut serta tetapi malangnya, aku terpaksa menolak. Bukan aku tidak mahu, tetapi kebenaran keluar dari rumah adalah sesuatu yang mustahil. Senyum.


Saat metamorfosis aku belum tiba.

Teratak keluarga ibarat sangkar emas yang hanya ada dua penjaga. Untuk melepasinya dengan tujuan bertemu rakan lain atau sesuatu yang tidak melibatkan kerjaya hanya akan membuatkan aku terpuruk semakin jauh ke dalam dunia yang aku sahaja yang tahu. Hidup aku di dalam kepompong yang dibina dari kecil sehingga aku hampir mencecah usia dua puluh tiga.

Senyum.
Aku sudah terbiasa di dalam kepompong utuh jagaan dua pemilik yang berkuasa penuh. Tiada apa yang mampu dilakukan untuk keluar dan terbang bebas menikmati dunia. Tiada. Kalau aku berjaya lepas bebas keluar, tunggu sahaja bahana yang aku perolehi bila mahu pulang ke sangkar semula. Lebih pedih atau menyakitkan dari yang sebelumnya. Ah, teringat saat aku keluar bersama bekas-bekas rakan sekolah, sepanjang tiga jam aku berada di luar, telefon genggam aku tidak berhenti berbunyi dan bergetar dengan pesanan ringkas penjaga wanitanya. Pelbagai kata-kata dilemparkan kepada aku, dan aku hanya tunduk pada ayat-ayatnya. Pulang aku ke sangkar sebelum waktunya demi menjaga hati mereka.

Ketawa.
Metamorfosis adalah sesuatu yang mustahil akan berlaku pada aku selagi kaki aku terikat di dalam kepompong. Takdir barangkali, aku mahu lari keluar dengan meminta kerja jauh dari sangkar emas, tetapi aku tetap terpuruk di dalamnya untuk membina kerjaya. Senyum kanyur.

Kamu boleh ketawa, silakan.
Kamu boleh menghina, mulakan.
Kamu boleh berbuat apa sahaja, relakan.

Kerana metamorfosis aku tidak akan bermula. Senyap dan sunyi dunia aku bila aku tidak dapat berhubung dengan manusia lain secara maya. Aku bina dunia aku sendiri, mengikut acuan yang aku mahukan, dengan rangkaian yang aku senangi dalam usaha membina keluarga kecil yang mengerti kemahuan aku. Belum berjaya barangkali kerana orang sering tersilap dengan jantina aku. Senyum.

Maaf.
Maaf.
Maaf.
Aku mungkin (dan kedengaran pasti) tidak akan dapat menyertai kamu-kamu yang menyuntik warna dalam kehidupan aku yang sementara dan penuh kisah duka penuh warna ini. Senyum.

Nota Kaki :
1. Tahniah Jerman. Gembira.
2. Menjadi manusia beku sudah menjadikan aku lebih tabah dari dahulu.
3. Demi ketaatan, aku lebih rela mengorbankan apa yang aku suka.

Zara : Menyelami sisi gelap seorang manusia beku yang menghidapi penyakit senggugut yang teruk setiap bulan dengan catatan yang aku sendiri mengerti.

5 comments:

Mohd Adziim said...

aku tidak dikawal dua penjaga tapi aku juga tak dapat pergi sebab aku ada tanggungjawab kerja.

Dakjaat said...

kekeke penyakit yg tak boleh dielak akhirnya kunjung tiba juga ye zara... :P

saharol said...

hehehe...
Sabor aje la..XD

MuNsYi SaMa said...

Seperti yg ku kata td, Mereka sayang kamu. Gembirakan lah hati mereka. :)

maShea said...

fret not miss zara... there's still hundreds of girl yg mmg susah nak dpt peluang menjengah dunia. like me! Ahaks.