Monday, July 12, 2010

Kali Pertama Hilang Kesabaran Di Dalam Kelas | Pemenang Pertandingan Dunia Sebelah Zara


Salam semua.
Hari ini kali pertama aku hilang kesabaran secara serius di dalam kelas. Entah mengapa, kesabaran yang semakin menipis itu terkoyak dan terhambur keluar apabila terasa diinjak dengan perangai murid. Buat kali pertama aku tendang papan hitam di dalam kelas. Ya, tendang papan hitam dengan memakai baju kurung dan bertumit tinggi. Oh, tidak sengaja melepaskan kemarahan kepada harta benda sekolah. Serupa vandalisme ke aku ni? Gila.

Masuk ke kelas dengan bersemangat. Aku memang suka hari Isnin. Setelah hujung minggu, kembali ke sekolah adalah perkara yang sangat menarik perhatian aku. Kedengaran pelik bukan? Tapi aku memang sukakan sekolah. Cuma apabila diuji sedemikian rupa, memang darah aku naik ke kepala. Kerja yang aku berikan dua minggu lepas, ada yang baru hendak buat pagi tadi. Ya Allah! Sepanjang minggu lepas sewaktu aku menjalani kursus, apa yang anak-anak itu buat agaknya?

Aku memegang prinsip, memberikan kerja sekolah mengikut kemampuan dan tahap murid itu sendiri. Tidak ada gunanya memberikan tugasan yang menimbun jika hasilnya aku tahu akan mengecewakan. Lebih baik beri sedikit demi sedikit tetapi hasilnya memuaskan. Tetapi ada segelintir ini yang memang sengaja mencabar kesabaran aku yang selama ini sentiasa diuji tetapi masih terkawal. Hari ini, ia terlepas sedikit dan aku jujurnya, kesal bukan kepalang.


Wajah kesal mungkin. Entah.

Aku dulunya seorang manusia yang mudah hilang kesabaran. Tetapi sejak aku masuk ke matrikulasi, aku mula memupuk perasaan untuk lebih kuat agar tidak menghamburkan kemarahan sesuka hati. Acapkali terlepas di awal-awal aku berlatih, tetapi sejak di universiti, ia hampir dapat dikawal sepenuhnya. Kalau aku marah juga, ia menunjukkan aku sudah sampai ke tahap bahaya. Gila bukan? Dan setakat ini masih dapat dikawal walaupun terhambur tadi.

Kelas senyap dan hasilnya, kerja yang aku mahukan sudah terhidang di atas meja aku tadi selepas rehat. Anak-anak itu sebenarnya boleh membuat kerja dan belajar, cuma mungkin sifat malas dan pengaruh rakan agak menebal di dalam diri mereka. Aku baru keluar dari kelas mereka sebentar tadi, menggantikan masa seorang rakan yang menghadiri kursus. Semua kerja aku telah disiapkan, malahan aku boleh mengadakan perbincangan seperti selalunya dengan mereka. Ah, kelas yang ini memang agak istimewa kerana ianya kelas hujung. Maka, layanannya juga berbeza dan tahap diplomasi juga tinggi.


[Pertandingan]
[01.Kasih][02.Syaza Syafeeqah][03.Si Lampu Neon][04.Sis Adyshariz][05.Nakashima Kureno The Legend][06.HEMY][07.YangBaik][08.Naz][09.Hizami Rahim][10. Amir Said][11. Munsyi Sama][12. masquarade][13.Fndrocka][14.Adziim][15.Yaz]

Terima kasih buat semua yang menyertai pertandingan ini. Sukar untuk memilih yang terbaik kerana semuanya hebat-hebat belaka. Menulis dengan pelbagai gaya dan membuatkan aku ketawa. Dan, walaupun agak terlambat, pemenangnya sudah aku pilih berdasarkan hasil penulisan dan juga pengisiannya.
Pemenang Utama : [06.HEMY]
Pemenang Saguhati : [11. Munsyi Sama] [14.Adziim]

Tahniah kepada pemenang yang layak mendapat hadiah. Buat yang tidak berjaya, bukan hasil penulisan kalian tidak menarik, masih menarik, tetapi yang tiga ini adalah dipilih berdasarkan kriteria penulisan yang baik serta pengisiannya juga. Oh, untuk bulan Ogos, insyaALLAH, akan datang lagi pertandingan. Kenapa agaknya ya? Siapa boleh meneka dengan tepat?
Buat yang sentiasa menyokong Dunia Sebelah Zara, jutaan terima kasih buat kalian. Yang menghina dan mengutuk demi kebaikan juga aku ucapkan terima kasih. Yang mahu meruntuhkan, aku ucapkan terima kasih kerana mahukan aku kuat dalam menghadapi hidup dan cabaran. Cuma, aku tidak akan siarkan komentar yang kalian utarakan jika ia penuh dengan perkataan lucah dan hinaan yang tidak terhingga. Alangkah aku yang membaca ini rasa malu yang teramat sangat kerana yang menulis itu seperti tidak punya maruah, keluarga atau lebih tepat lagi ibu dan bapa.

Biarkanlah.
Hari ini aku mahu hidup dengan lebih ceria.
Hari ini aku mahu hidup demi kesejahteraan aku sebagai seorang manusia.
Hari ini aku mahu hidup kerana aku tahu nikmat yang Allah berikan bukan untuk dipersia.

Nota Kaki :
1. Unjuran kasar yang dilampirkan ke dalam buku buat aku tersenyum.
2. Hari ini menukar sedikit gaya ke sekolah. Entah kenapa sewaktu meyarung pakaian, buatkan aku teringat pesanan seorang teman yang menyatakan dia lagi senang dengan gaya aku yang lama.
3. Cuaca sejuk, hujan sejak awal pagi tadi.
4. Tahniah buat pasukan Sepanyol. Eh, sotong Paul itu perlu direbus agaknya. Ketawa.
5. Sahabat aku, Si Sepet sudah pulang ke kampusnya. Ah, tidak dapat menggila lagi selepas ini.
Zara : Lidah iblis dan tinta syaitan yang mungkin kau pinjam dan gunakan bagi menulis dosa itu lebih baik dibuang dan taubat serta keampunan dipohon dari Yang Maha Esa. Aku manusia biasa, masih lagi seorang hamba. Kau buat kesalahan dengan aku, aku serahkan sahaja hitungannya pada Allah. Itu bukan urusan aku, tapi urusan kau dengan Maha Pencipta.

13 comments:

Angah said...

Salam kenal. Semoga menjadi guru yang dicintai dan dikasihi anak-anak murid :-)

HEMY said...

wahhh!!!~~~~

aku menang!!!!! yeahhhhh~~~~ ailebiu??? adiah dia semalaman bersama kamu?? eh..lupe pula..ekekeke

Kujie said...

cikguuu..... jangan marah nanti lipstik MAC Ori cikgu hilang kena telan.. hehehe

naz said...

zara mengamuk wah wah jadi bara hahaaha ah saya kalah memang patut pun haha

eliana_adnand said...

bykkn bersabar ye zara..
budak2.. tp kadang2 mmg bole buat hilang sabar..
bdw,..ubah gaya 2 cmne? tukar tudung eh? :)

fndrocka said...

Tak siap kerja?budak budak tu memg nak kna dididik.huhu.dulu masa aku skolah..ada sorg cikgu praktikl ajar akaun.memg selalu bergaduh dgn dia..ksian kat dia sebb dia mcm nak mnangis je ajar kami.huhu.kami bru provok sket.hehe

alaaa...tak menang pulak.nak berhenti blogging la slama smiggu.nangis.nangis

Legasi Piston Pecah said...

ish..marah betol kan?sakit tak kaki tu?
-------------------
Selepas 2 minggu menanam AV

[z@ck] said...

weyh sabar weyh..
cuba ingat moment manis berkurik kendi dgn anak murid hang..
hihihi

Nur Su'aidah said...

sabar zara! hehehe :)
wahhhh isteri kamu menang saguhati lah :D

*gosip terbawa2*

MuNsYi SaMa said...

sabar cikgu sabar. Lepas ni hrp2 diorg dgr ckp ye. :)

Sepet kirim slm td.jumpe kt cafe mse tgh mkn.

oh, Syukur dpt saguhati pun jadila. alhamdulillah. :)

yangbaik said...

tu la... anak murid yang amat nakal... tak dapat hadiah dari cikgu yang cantik... huhuhuhu

Amirul Faiz Abd. Razak said...

Kamu melakukan tendangan penalti kah kat papan hitam tu? :D

Mohd Adziim said...

Aaa~ saguhati tu hadiah apa ye?
Terima kasih!