Friday, July 02, 2010

Kerjaya Sebagai Guru Membosankan, Sangat Rutin Dan Tidak Punya Kehidupan Luar Selain Sekolah?


Salam Jumaat semua.
Oh, perut kenyang dengan periuk bertuah (baca : pot luck) di sekolah tadi. Ada makaroni bakar, kuih kasui, roti jala, mi goreng, puding, dadih jagung dan pelbagai jenis makanan lagi. Memang gila banyak dan disebalik jadual aku yang sangat padat hari ini, aku dapat mencuri masa untuk makan sewaktu rehat. Tahniah buat diri sendiri. Ketawa.

Keputusan Temuduga.
Alhamdulillah. Temuduga yang aku pergi pada 5 Mei 2010 sudah keluar keputusannya. Lulus. Sangat bersyukur dan rakan setugas yang turut ditemuduga juga khabarnya lulus. Tahniah kepada mereka dan diri sendiri juga. Khabarnya ada juga yang gagal, entah benar atau tidak.

Kerjaya Sebagai Guru Membosankan, Sangat Rutin Dan Tidak Punya Kehidupan Luar Selain Sekolah.
Aku ada berbual dengan seorang bakal guru yang masih di dalam tahun dua pengajian. Isi perbualan yang hampir membuatkan aku melayangkan pinggan di hadapan aku. Emosional? Mungkin, tetapi aku bersyukur kerana aku masih lagi berfikiran rasional.

Aku : Ambil kursus apa?
Dia : Sejarah.
Aku : Bagusnya, sekarang guru Sejarah pun kurang.
Dia : Saya kalau boleh memang tak mahu jadi cikgu. Entah macam mana dapat.
Aku : Dah rezeki tu, saya masa di matrikulasi dulu pun konon-konon tak nak jadi cikgu, tapi bila Bonda suruh pilih pendidikan, minat itu dapat dipupuk.
Dia : Saya memang tak minat. Masa ditemuduga dulu pun, saya datang pakai tak ikut etika. Lepas tu, bila orang tu tanya saya minat ke tidak, saya kata tak. Entah macam mana boleh dapat.
Aku : Mungkin rezeki. Sekarang masih di tahun dua, insyaALLAH, awak ada lagi 2 tahun.
Dia : Kalau saya habis belajar nanti, saya tak nak jadi cikgu.
Aku : Eh, nak jadi apa?
Dia : Apa-apa yang lain. Jadi cikgu ni bosan, lepas tu macam tiada kehidupan sosial.
Aku : Siapa cakap?
Dia : Selalu tengok cikgu-cikgu macam tu.
Aku : Oh, begitu?
Dia : Kalau boleh tukar kursus dah lama saya tukar agaknya.
Aku : Sebab universiti awak memang tiada kursus lain kan?
Dia : Lebih kuranglah.

Wajarkah kalau aku mahu memijak muka orang dan membaling pinggan serta mencurah air panas tepat ke wajah manusia itu? Mungkin wajar kalau mengikut nafsu semata-mata. Alangkah jumudnya pemikiran sebegitu. Siapa kata kerjaya sebagai guru hanya mengabdikan masa dan diri di sekolah? Aku menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan itu.

1. Membosankan? Sangat rutin?
Siapa kata bosan? Aku menikmati hari yang sungguh menggembirakan setiap hari. Pergi ke sekolah walaupun berjumpa dengan orang yang sama setiap hari, tetapi perlakuan setiap hari adalah berbeza dari hari yang sebelumnya. Kerjaya sebagai guru juga membolehkan aku berjumpa dengan ramai orang lain. Contohnya bila mengikuti kursus, kem, atau seminar. Bosankah? Tidak.


Ada nampak macam muka bosan ke?

Semua manusia ada rutin mereka sendiri. Contohnya ada orang setiap pagi mesti buang air besar sebelum pergi kerja, ada orang yang perlu memakai alat solek dan menghitamkan mata seperti ke konsert dan sebagainya. Jangan menyangkal, memang semua orang punya rutin. Tetapi, perlukah kita menjadi orang yang terlampau tunduk pada rutin selagi ia tidak menjejaskan kredibiliti kita? Salahkah bergembira dalam menjalani kehidupan yang sama? Tidak. Aku masih menikmati rutin hidup aku dengan girang. Pelbagai perkara dapat aku buat dalam menyemarakkan rasa kasih sayang aku pada kerjaya aku.

2. Tidak punya kehidupan selain sekolah?
Kerjaya ini memang ada etika tersendiri. Sudah namanya juga adalah penjawat awam, pasti ada batasan-batasan yang mungkin tidak sama dengan pekerja sektor lain tetapi perlukah terlindung atau berada dalam ruang lingkup yang hampir berbunyi kepompong? Pelik dengan manusia yang dangkal pemikiran begini. Hidup sangat berwarna warni. Aku jumpa pelbagai ragam dan jenis manusia semenjak aku menjadi seorang guru. Aku juga punya kehidupan lain di luar.


Keluar dengan teman lama., Sabariah.


Bersama dengan Itafukada dan Kak Kujie.


Dengan penulis-penulis blog lain dan mereka antara keluarga kecil yang aku rasakan ada ikatan kasih sayang walaupun berjumpa baru sekali dua.


Kelihatan formal tetapi aktiviti yang kami jalani bersama?
Memanjat gunung, berkhemah, berbasikal dan pelbagai lagi aktiviti luar.

Membosankah kehidupan aku? Aku rasa tidak. Aku menulis novel secara sambilan. Membuat kelas tambahan percuma kepada pelajar yang memerlukan di kampung. Berbual dan berkongsi pendapat di forum-forum dan sebagainya. Terlampau banyak benda yang aku buat sehingga aku tidak merasakan kerjaya aku membosankan. Setiap hari aku belajar benda baru, dan itu hakikatnya untuk sepanjang 36 tahun yang aku, insyaALLAH bakal tempuh.

Kehidupan bermasyarakat adalah antara intipati utama yang sering Abah dan Bonda gariskan dalam aku menjalani kehidupan sebagai seorang guru. Itu aktiviti sosial yang dapat diberikan kepada masyarakat, dan tidak terhad di sekolah. Ah, jangan sempitkan kotak pemikiran dengan menyatakan kerjaya guru hanya akan terhenti di sekolah. Lawak betul ayat kamu itu budak.

Nota Kaki :
1. Sudah meninjau institusi perbankan tertentu dan menemui sesuatu yang menarik.
2. Tidak dapat ke Segamat Ahad ini untuk menjalani latihan bermain catur.
3. Ada sesuatu yang menyakitkan di dalam mulut.
4. Hujan lebat.

Zara : Tidak senang bila memikirkan legasi Cinta Alisia Bab 29 belum siap lagi. Aku baru pulang dari bandar bersama Abah. Oh, ada dua teman yang menjalani hari akhir praktikal hari ini. Nakama dan juga Dwen. Tahniah buat kamu berdua.

16 Ulasan:

  1. setuju! banyak hal je bulih buat. kena lah pandai uruskan kehidupan kan :)

    ReplyDelete
  2. siapa yang kata kehidupan guru membosankan sesungguhnya orang itu mmg tidak tahu menilai dan melihat

    tempat yang paling banyak boleh jumpe pelbagai ragam manusia setiap hari adalah di sekolah

    ada mungkin 400 orang pelajar atau lebih guru2 perlu depani setiap hari

    saya kira mmg tidak sempat untuk bosan

    hehe

    ReplyDelete
  3. erm..even sy bukn bkal guru tp mama sy guru..
    xde lak nmpk cm xde life..hepy aje..
    sy smpt jd gru sndran 2 buln kt skolah rndah..penat tp sgt srOnok..knal knak2..
    ksian lak ade ory yg xtaw bsyukur n smpit fkiran cm2..huhu:-(

    ReplyDelete
  4. saya mmg suka kerjaya sbg cikgu..

    menjadi cikgulah antara kerjaya yg paling best dan tidak membosankan.. boleh tgk pelbagai ragam pelajar2.. kalau dorg berjaya kita juga akan terasa kejayaan itu jugak.. wonderful life!

    ReplyDelete
  5. sebelum ini ika dapat tawaran lain tapi sebab impian mak nak tengok ika jadi cikgu dan ika pun minat, ika pilih bidang ni.. tp memang kepuasan menjadi guru sukar untuk digambarkan apa lagi murid yang dididik dapat menguasai apa yang kita ajarkan =)

    ReplyDelete
  6. tak bosan pun jadi cikgu..!!
    :) seronok.. :))

    ReplyDelete
  7. cikgu yg ajar bengkel kat skolah vokasional terbaik...

    bkn tiap² hari mengajar...
    so pelagi, ngadap game zuma r...
    tu dulu, skrg ni layan fb kot...
    hahahaha...

    ReplyDelete
  8. mmg tak reti bersyukur.sedangkan tahun ni jer yg memohon jadi guru seramai 100 ribu lebih.yg diperlukan hanya kurang lebih 8 ribu jek.

    sgt takbur.marilah kita berdoa yg terbaik buat budak tu zara.amin :)

    zara...ada jugak kawan combi bila tanya "ngapa anak tak minta cikgu...? dia jawap "tak minat"

    tapi setelah dapat segulung ijazah terhegeh-hegeh minta KPLI.kenapa?sendiri mau jawab laa.

    cakap jgn ikut sedap mulut kerana peluang datang sekali dlm hidup dan org yg bengap jer selalu menolak rezeki.

    hubby combi cikgu dan 2 org anak combi jugak bakal cikgu.alhamdulilah.

    anak sulong combi skrg sedang mengambil masters in education jugak... :)

    ReplyDelete
  9. Hodoh gila!

    bosan!

    bosan!

    bosan!

    ReplyDelete
  10. Kerja apa pun, kalu dah set dalam kepala tak minat, sampai bila pun tak minat juga.

    Kerjaya cikgu sangat mulia tau..

    Ehhh pic Kak Azie pun ada sana? tkasih.

    rindu ZARA.

    ReplyDelete
  11. Memang ramai guru yang terpaksa menjadi guru kerana tiada pilihan lain. Sama ada tak dapat tawaran belajar yang lain ataupun tak dapat tawaran kerja lain. Mereka menjadikan kerjaya guru sebagai pilihan terakhir. Hal ini boleh dikenalpasti melalui sikap guru itu sendiri dalam mendidik murid-murid. Biasanya mereka membuat kerja sambil lewa dan tidak pernah peduli dengan kemajuan murid. Tidak ada kerisauan sekiranya murid mendapat keputusan yang buruk dan sering memberikan pelbagai alasan bodoh untuk mengelak dari pelbagai tugasan, kursus, latihan atau kelas tambahan.

    Boleh tanya sket tak? Gambar last tu yg duduk sblh kanan mcm Suhani Abd Ghani la. Betul ke?

    ReplyDelete
  12. Nur Su'aidah:

    itulah pasal~
    happy je~

    Ilham :
    sangat tak sempat~
    kerja banyak~
    istilah bosan tak wujud.

    Alya :
    memang menyakitkan bila org kata begitu~sakit hati~

    Syah :
    Agree!
    ^___^

    ieqa :
    betul tu dear~
    itulah, kadang2 manusia ni kan~
    hmm~

    ReplyDelete
  13. Proffy :

    Yes babe!
    *hi5*

    Azizul :
    kih3~
    layan FB~

    Kak Eychah :
    tahniah kak.
    =)
    cuma itulah, moga dia terbuka hatinya.

    Doo Doo :
    mentally retarded?
    are U?

    Kak Azie :
    betul tu kak~
    orang camtu, entah apa kerja yg dia nak, tak tau lah~
    rindu kak juga~

    =)

    Norasikin :
    betul tu.
    ada yg main tangkap muat sebab result best dan tak dapat kerja lain. menyakitkan hati bila orang ni masuk dalam arena kami. sigh.

    Eh, gambar yang mana?

    ReplyDelete
  14. si dia terpengaruh dengan persepsi negatif yg terlalu banyak sehingga membuatkan dirinya berasa jelik utk berkecimpung dlm bidang pengajaran. Minat orang, bukannya kita dapat paksa.. :D tetapi suatu masa nanti pasti akan terbuka minat dihatinya.. teruskan mendorong beliau utk meminati bidang ini...

    p/s: susah sangat, cucuk jek jarum berisikan cecair MINAT!! hahaha! kalaulah ada

    ReplyDelete
  15. cakap senang. huhu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komentar anda. Kalau boleh, tinggalkan sekali nama dan 'tweethandle' anda. =)

 
.Dunia Sebelah Zara. Blogger Template by Ipietoon Blogger Template