Sunday, July 04, 2010

Memahami Teman Dalam Semua Keadaan | Menuai Cinta Sehingga Perpisahan Menyedihkan Tiba


Dan manusia penuh hina kembali.
Memperdagangkan sebuah karya picisan buat tatapan semua.

*******


[Legasi Cinta Alisia Bab 29]

“Jika kamu tidak memahami teman kamu dalam semua keadaan, maka kamu tidak akan pernah memahaminya sampai bila-bila.”
(Kahlil Gibran)

*******

Dwen Zaff ketawa kecil melihatkan abang dan cikgunya tunduk malu. Ah, mengenakan mereka sekali sekala apa salahnya. Gembira hati Dwen Zaff melihatkan Brian Zaff Chia Hau sudah kembali ceria. Memang benar kata abangnya, senyumannya hilang bila membelakangkan hati Alisia.

“Buat apa di sini?”

“Jogging”

“Oh, baguslah”

“Baiklah, tidak mahu menganggu lagi. Jalan dulu.”

“Hati-hati!”


Dwen ketawa dan berlari semula ke arah kawan-kawannya yang menunggu di bawah pokok. Melambaikan tangan dan berpaling, berpaut bersama dengan teman-teman yang sering menghabiskan masa bersama.

“Anak yang baik.”

“Siapa?”

“Dwen”

“Saya ni?”

“Abang yang baik.”

*******

Manusia tidak dapat menuai cinta sampai dia merasakan perpisahan yang menyedihkan, dan yang mampu membuka fikirannya, merasakan kesabaran yang pahit dan kesulitan yang menyedihkan.
(Kahlil Gibran)

********
Alisia mengeluh perlahan. Malas sebenarnya mahu membongkarkan rahsia yang terpendam, tetapi mengenangkan Zahrin Dzal Aidi tidak akan berhenti memburu hingga dia puas hati, Alisia nekad. Tas tangan dicapai dan telefon genggam dikeluarkan. Tangan ligat melarikan jemari di atas telefon tanpa papan kekunci itu. Skrin sentuh sudah comot dengan pergerakan pantas tersebut. Bila dijumpai apa yang dicari, Alisia menyuakan telefon itu di hadapan Dzal Aidi.

“Awak tengok sendiri, saya dah malas”

“Mana awak dapat ni semua?”

“Ada nombor di situ kan? Awak mesti lebih kenal siapa”

“Tapi...”

“Awak nak menafikan? Nak kata gambar lama?”

“Bukan...”

“Habis itu apa? Saya dah penat dengan tuduhan yang dia lemparkan buat saya. Saya jadi benci dengan diri sendiri setiap kali benda ini terjadi”

“Tapi Alisia...”

“Cukuplah Dzal Aidi. Awak pernah campak cinta saya, cinta kita ke laut. Sekarang ini saya mahu memulakan hidup baru. Lupakan saya, pergilah dakap dia yang awak habiskan masa bersama.”

“Saya tak boleh hidup tanpa awak Alisia”

“Jangan buat lawak di sini. Kembalikan telefon saya, banyak lagi urusan yang perlu dibuat. Selamat tinggal Dzal Aidi. Assalamualaikum”

Gadis itu masuk ke keretanya dan enjin mengaum, membawa kereta itu meluncur laju, meninggalkan Dzal Aidi yang termangu di tepi keretanya. Jahanam Johaina! Tergamak dia menghantar gambar mereka bersama tempoh hari pada Alisia. Nampaknya peluang memiliki Alisia semula bertambah tipis. Telefon diambil dan nombor didail dengan pantas.

*******

“Awak pakai kasut apa?”

“Kasut yang biasa”

“Oh, kasut yang baik akan menemukan kamu dengan orang yang baik.”

“Maksudnya kamu ke?”


Sehelai kertas diletakkan oleh Adam di atas meja lalu berlalu pergi tanpa sebarang kata. Alisia menarik kertas itu dekat dengan diri dan apa yang dibaca semakin sukar untuk dihadam dan diselami.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs100.snc4/36355_129432983761154_100000833592291_139922_1821340_n.jpg

Nota Kaki :
1. Selamat membaca Legasi Cinta Alisia Bab 29.
2. Runut Irama Jiwa Kita mungkin akan menyusul nanti.
3. Luahan hati aku kadangkala tersirat dalam metafora hanya mereka yang mengerti.

Zara : Aku semakin tenat. Ubatan yang diambil tidak menunjukkan kesan. Apakah mungkin selepas ini aku akan tiba di penghujung jalan?

1 comment:

Encik Tikus said...

first time baca novel nie. Best ;)