Thursday, July 22, 2010

Ni Sharifah Yang Lari Dari Sekolah Dulu Kan? | Cikgu, Itu Kisah Lapan Belas Tahun Dahulu


Salam semua.
Hari ini balik lambat pastinya. Petang ada kokurikulum di sekolah. Oh, hari ini ada sedikit panas hati dengan budak-budak disebabkan mereka bersikap sambil lewa dan agak kurang ajar dengan aku. Jangan menginjak aku sesuka hati kerana akibatnya sangat buruk. Itu adalah pasti. Bila aku mula bertolak ansur, tapi kau mula bermain-main serta menyakitkan hati aku, bahana yang lebih besar bakal menimpa.

Dan petang semalam, aku terjumpa dengan bekas guru aku suatu ketika dahulu. Guru tadika aku sebenarnya. Sudah hampir dua belas tahun aku meninggalkan tempat itu, dan semalam aku ketemu dia di sebuah pasar raya semasa keluar bersama Abah. Selepas aku bersalaman dengan dia, perbualan tercetus.

Dia : Cikgu Syed, apa khabar?
Abah : Khabar baik. Apa khabar cikgu?
Dia : Baik juga. Ni anak ke?
Abah : Ya.
Dia : Ni Sharifah ni?
Aku : Ya saya cikgu.
Dia : Sharifah yang lari dari sekolah masa umur lima tahun?
Aku : (muka merah) Ya, saya.


Aku terjumpa gambar ini di dalam Mukabuku adik aku. Berani dia letak gambar ni?

Oh, memang aku pernah lari dari sekolah sewaktu berumur lima tahun. Jangan tanya mengapa kerana aku sendiri tidak begitu pasti. Hanya setengah tahun sahaja aku sekolah. Tahun hadapannya ketika berumur enam tahun, aku kembali semula. Aku rasa disebabkan kelas itu dipenuhi dengan budak berumur enam tahun, aku mungkin agak takut (walaupun hakikatnya selepas aku lompat kelas pada tahun 1997, mereka semua sekelas dengan aku). Ketawa.

Dan bila berjumpa dengan cikgu tadika aku semalam, aku tertanya-tanya. Adakah aku akan mengingati murid aku sebegitu rupa? Sisi yang kurang baik atau sisi yang baik seseorang itu? Kalau di sekolah menengah, ada seorang guru yang sudah melabel aku sebagai muridnya yang paling kelam kabut dalam membuat sesuatu perkara walaupun hasilnya baik. Aku ketawa setiap kali terjumpa dia disebabkan dia akan tanya aku adakah aku masih kelam kabut seperti dahulu. Senyum.

Hari ini aku bangun dengan mamai dan terbaca satu pesanan dari kawan aku di Moscow. Dia menegur gelagat aku di Twitter malam tadi. Maaf kawan, aku agak gila semalam disebabkan entah apa. Benci bila rasa diri tidak diperlukan oleh kawan yang aku hormati. Entahlah. Takdir sudah berhenti. Dan aku bukan manusia yang layak untuk mempersoalkan ketentuan Yang Maha Esa. Itu, aku sangat pasti.

Nota Kaki :
1. Esok akan punya sedikit waktu terluang untuk membaca lebih lagi.
2. Menggila dengan diri sendiri dan menulis untuk memuaskan hati.
3. Sedang membiarkan waktu berputar begitu sahaja.

Zara : Ketawa sepuas hati bila melihatkan apa yang diharap berlaku setiap pagi masih tidak berlaku. Ah, sengal juga bila menunggu terlampau lama walaupun hakikatnya rutin aku itu tidak membawa sebarang makna kepada sesiapa. Senyum mesra.


11 comments:

sHaiRA haIFA said...

ermm kalau sy mst cg ingt sbb kejar budak lelaki dalam kls smpai kpla bdk tu berdarah sbb terhantuk dekat bucu meja..nasib xkene mata.

Ery Farieha said...

uihh
ingat lg ek?
bagusnye
ery x ingat dah cikgu2 tadika
sekolah rendah sikit2
huuuu

ciK LyndaWawa igUana said...

lucu mukanya.....

FaizalSulaiman said...

wahh kamu yang tinggi berambut kerinting tu ye?muahahaha


kiut!

M.D 沙美美 said...

cikgu, comel lah.
tapi adik cikgu mcm tak puas hati je..?

IERA HAJERAH AZMAN said...

dulu cikgu lelaki pernah cerita, dia cuma akan ingat dua benda je pada pelajar perempuan,

sama ada cantik sangat
ataupun terlalu tak lawa.

heh, miang!

IERA HAJERAH AZMAN said...

dulu cikgu lelaki pernah cerita, dia cuma akan ingat dua benda je pada pelajar perempuan,

sama ada cantik sangat
ataupun terlalu tak lawa.

heh, miang!

Aidi-Safuan said...

HAHAHAHHAHAHAHAHAHAH... gler lame cikgu tuh ingat lagi kes nih. :P

Aqma eUcaLypTus GurL said...

salam. betulkah gambar kamu yg saya nampak di kedai gambar katt Bukit Gambir? erk, tapi saya tak snap the pic. But it same like u. bila tengok u nyer profile, u from ledang. itu mungkin gambar u, sedang berjubah konvo UTM. Actually it a nice pic. :)

[z@ck] said...

ahahaha..
hang lari time skolah dulu ka?
nakai naaa

reenapple said...

cool... maybe ada cara nak ingati seseorang.. =)