Tuesday, July 27, 2010

Panggil Aku Kolot, Aku Memang Tidak Kisah Kerana Aku Tidak Boleh Menerima Perempuan Merokok.


Salam semua.
Terima kerana masih sudi mengunjungi Dunia Sebelah Zara.
Bagi puak-puak yang mempunyai perasaan hasad dengki yang berleluasa, maaflah ya? Kata-kata cacian kamu tidak layak untuk dibenarkan masuk ke sini. Kalau kamu betul-betul perlukan makanan, beritahu sahaja aku, tidak perlu mendoakan aku mati cepat dan pelbagai tuduhan yang tidak enak pada aku. Membuatkan aku bosan membacanya. Senyum.

http://image3.examiner.com/images/blog/EXID43411/images/thank_you_for_smoking_poster.jpeg

Semalam aku ternampak lagi perempuan yang merokok. Aku jujurnya tidak begitu menggemari perokok, tidak kira lelaki atau perempuan, tetapi tetap ada batasannya. Maksudnya, jika mereka menghormati suasanan dengan merokok di tempat lain contohnya, aku tidak kisah. Kerana, kalau orang menghormati kita, kita juga perlu menghormati orang bukan?

Lingkungan kawan-kawan lelaki aku juga ada yang merokok. Tetapi semuanya jenis yang menghormati orang. Kalau aku sedang makan bersama mereka, sekurang-kurangnya mereka akan menunggu aku habis makan, baru mereka akan menghisap rokok. Dan aku, memang dengan tegarnya, akan menegur orang yang menghisap rokok tanpa memikirkan orang lain, terutamanya di tempat-tempat makan. Eh, duit yang digunakan untuk membeli makanan berkhasiat, sila fikirkan orang lain.

Minggu lepas, aku ke bandar atas satu keperluan. Nampak seorang murid, entah dari sekolah mana dengan bangganya duduk menghisap rokok di tepi jalan. Aduhai, entah mengapa aku rasa amat terluka dan marah. Satu, disebabkan dia adalah murid sekolah. Dua, dia memakai pakaian sekolah. Tiga, dengan bangganya menghisap rokok tanpa rasa malu. Bila aku menghampiri dia, dia cepat-cepat menutup bahagian lencana sekolah. Ah, geramnya.

Aku tidak akan berkata dari segi kesihatan disebabkan semua orang tahu apa akibat merokok, tetapi bila mengenangkan kalau murid-murid sekolah merokok, agak sayang di situ. Usia muda sudah digunakan untuk merokok. Ada orang yang merokok untuk ketenangan, tidak mengapa lagi aku rasa. Tetapi bila sudah ketagihan? Apa akan jadi? Pergi ke peringkat seterusnya?

Teringatkan apa yang pernah kawan aku kata suatu ketika dahulu.

http://promotehealth.info/wp-content/uploads/smoking.jpg

Penceramah : Antara akibat merokok, kalau seorang bapa itu merokok, terdapat kemungkinan anak yang dikandung oleh isterinya akan cacat atau mengalami mutasi.
Kawan aku : Bapa saya perokok tegar, adik beradik saya semua sihat.
Penceramah : Saya kata kemungkinan, sebab ada pernah terjadi.
Kawan aku : Saya pun perokok tegar.
Penceramah : Saya nasihatkan awak kalau berkahwin nanti, jangan hisap dekat dengan isteri.

Kawan aku itu baru mendapat cahaya mata. Alhamdulillah, anak yang dilahirkan itu normal. Kalaulah anak dia mengalami mutasi atau sebarang perkara yang tidak dingini? Dan aku bertanya dengan dia, sewaktu dia memberitahu aku.

Aku : Tahniah.
Kawan : Terima kasih.
Aku : Sihat bayi?
Kawan : Sihat. Aku ikut apa penceramah itu cakap, aku hisap rokok jauh dari isteri aku.
Aku : Kenapa?
Kawan : Sebab abang aku lama hisap rokok, dia belum dapat anak lagi sampai sekarang. Dia dah berhenti, takut kena penyakit yang boleh menyebabkan dia tiada anak.
Aku : Oh.

Buat sesiapa yang merokok, sila hormati orang yang tidak merokok dengan merokok di kawasan yang dibenarkan atau tiada orang lain. Buat perempuan yang menghisap rokok, kalau perlu sangat menghisap rokok, janganlah sewaktu di hadapan orang ramai. Selindunglah sedikit ya? Murid sekolah, kalau boleh jangan merokok.

Pelik, kerana walaupun harganya mahal, masih ada lagi yang mahu membeli dengan gigih.
Tidak kisah kalau yang dah bekerja, tetapi yang belum bekerja ni, ada yang sanggup mengikat perut demi sebatang rokok.
Alahai.

Nota Kaki :
Tadi ada seorang rakan sekerja yang terlupa dia berpuasa hari ini. Dia sedang makan rambutan, dan aku menegur dia. Terus dia berlari membasuh mulut. Senyum. Ah, aku juga berhati-hati disebabkan atas meja aku ada makanan juga. Jangan pandang Zara. Abaikan.

Zara : Otot di bahagian kanan leher agak tegang. Mungkinkah akibat tekanan? Selamat berpuasa Nisfu Sya'ban bagi yang berpuasa. Petang ini, kita berbuka bersama-sama ya?


22 comments:

lea said...

samala...x suke perokok..!

The Poyo Me said...

Hahaha...

ada satu hari tu, semasa saya masih di tempat kerja lama. kami rakan2 sekerja sedang tunggu tamat meeting.

seperti biasa, seorang lelaki mengeluarkan rokok.

tiba-tiba...yang lain pun ikut sekali, satu demi satu.

termasuk yang perempuan.

mereka semua terus membuat satu kumpulan rapat; merokok, dan bercerita tentang rokok.

maka tinggallah saya seorang.

rasa ketinggalan zaman pulak bila tak merokok. hahahaha

*well, at least they all moved away to another room when they start smoking. Dun wanna taste their cancer sticks. sheesh!

Encik Tikus said...

suka entri nie ;D

Hazzy Ishak said...

aku juga tak suka perokok, rasa lemas & rimas.

chekgu Moe said...

salam zara.:)

akak dan suami tak merokok. masih menantikan kehadiran cahaya mata..^_^

cik panadol said...

nk merokok boleh, tapi kne la hormat member2 yg tak suke dengan bau dan asap rokok tu...kdg2 ada member2 tu ada penyakit asma ke, sian dia...

tp kalau perempuan yang merokok, mmg aku tak suka...tak manis org tgk...

Zqah Ail said...

suka dengan entri yang panjang lebar nie zara .. bau asap rokok menyesakkan hidungku .. pergi jauh jauh dari aku ! =P

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

sumi pun xsuke perokok.. tapi nak buat camne. org2 keliling sumi sume jenis perokok.. asap rokok memang merimaskan..

cKyN WaN said...

juga tidak suke perokok. ciri2 lelaki idaman mestilah bukan perokok hehe
dan sangat menghargai mereka yang kalau nak merokok p duk jauh2 dari aku haha

HEMY said...

kalau diorang hormat non-smoker mmg la aman dunia...salaing menghormati mmg aman duniaaa

hans said...

member perempuan aku ada juga yg merokok
tapi aku kawan juga sebab xkisah pun
janji jgn merokok dkt aku
hoho

P/S : Kena Tidur Awal Nih! Esok Ada Kelas Pagi!

maPieCeoFarT said...

hurm...xleh juga nak discriminate terus atau pandang serong pada mereka yg merokok ni, esp. perempuan...sebab kembali kpd hak individu, merokok ni pilihan masing2 dan kita x tahu apa sebab diorang merokok... cumanya, selagi si perokok tahu menghormati orang lain dan pandai jaga kebersihan, i don't see it as a problem...

*lama x singgah di teratak zara... salam singgah n slamat berbuka! jom buka sama2! XD

Sophie Al-yahya said...

betul sebenarnya apa yang zara cakap. minta maaf kalau ada yang terasa.lelaki merokok masih boleh diterima tapi bila perempuan merokok, ayah saya kata nampak macam perempuan jalang.

MuNsYi SaMa said...

I sleep with a H1N1 mask on sometimes coz all my roommates are smokers. well, not every night. :(

HaNiE said...

salam ziarah..

saya pon tak suka perokok.. rimas

CgMas said...

Ada seorang lelaki ni, pernah ku tanyakan padanya bila nak berhenti merokok? Jawabnya 'Mati berhentilah (merokok).' X lama selepas itu beliau telah pergi mengikuti latihan jihad. Di sana, dengan izin Allah dia berhenti terus dari merokok. Apakah yang mengubah pendiriannya tentang rokok? Sama2 kita fikirkan..

hans said...

kepada perokok silalah berhenti merokok
hohoho

P/S : Rajnikanth Nak Datang Malaysia? Biar Betul?? Nak Kena Pergi Jumpa Nih!

yongsofea said...

hi cikgu zara,
saya pun tak suka perokok, pernah dulu saya kata terang2 kt kawan2, mereka mencebik.
tak 'cool' kononnya.
alahai..

Q said...

setuju
kami sekeluarga tak pernah isap rokok
alhamdulillah semua sihat

RIS-IT said...

Memang tak patut kalau merokok di kawasan awam, tambahan pulak di kawasan larangan macam di pejabat kerajaan, sekolah, restoran berhawa dingin dll.... Samalah juga jika merokok didepan sahabat yang tidak merokok.

ザ-sylver-shooter said...

apa pendapat zara ,orang perempuan yang merokok?

mcm cool jerk~

LORD ZARA 札拉 said...

Guys up there :

Thanks for commenting.
:)
Love all of U!

ザ-sylver-shooter :

Perempuan merokok nampak cool ke?
Bergantung saya rasa. Disebabkan oleh beberapa faktor. Kalau merokok sambil pakai baju kurung dan tudung, kira cool lagi ke?