Sunday, July 18, 2010

Puan, Telur Saya Hilang. Puan, Telur Saya Pecah | Jeritan Hingga Tercabut Tuala


Salam semua.
Baru pulang dari kem dalam keadaan yang girang gembira.
Aku kan sentiasa senyum dan ketawa walaupun hakikatnya sudah dikenali sebagai mak tiri terbaru di kem.
Ketawa.

Banyak yang perlu diselesaikan hari ini.
Sepanjang 2 hari tiada, usaha mendapatkan bakal suami menampakkan hasil yang positif.
Suntikan kewangan sudah mendapat kelulusan.
Alhamdulillah.

Kali ini peserta-peserta mendapat pelbagai barang amanah daripada kem komandan mereka sendiri. Oh, kali ini perkhemahan yang lebih dikuasai oleh guru-guru sekolah peserta, maka kami jurulatih hanya memerhatikan serta menolong bahagian yang perlu, walaupun hakikatnya ada perkara yang aku sendiri kurang berpuas hati dari aspek pengurusan (nasib baik sekolah Abah, kalau tidak pasti aku dah jadi ibu tiri lagi). Ketawa keji. Antara barang amanah yang para peserta dapat adalah telur.

http://sushizombie.files.wordpress.com/2009/08/egg-and-shell.jpg

Peserta : Puan, saya nak laporkan ada barang saya hilang.
Aku : Apa dia?
Peserta : Telur saya hilang Puan.
Aku : Telur apa? Telur semulajadi dari lahir?

Oh, di kem aku dikenali sebagai Puan Zara walaupun ada peserta yang memanggil aku kakak, tetapi etikanya, aku harus dipanggil sebagai Tuan atau Puan. Oh, keji kan jawapan aku pada peserta tersebut? Eh, itu amanah yang cikgu dia bagi, bukan aku. Maka, kalau hilang telur itu, takkan aku yang mahu gantikan?

Petang semalam juga ada aktiviti merentas halangan. Kelakar melihat peserta cuba untuk menjaga telur dan juga tanda nama (barang amanah kedua) daripada pecah, hilang, rosak, kotor dan sebagainya. Di bahagian memanjat tembok tinggi paling menarik.

Peserta : Alamak, telur saya pecah!
Aku : Minta ganti dengan telur sesiapa.
Peserta : Lupa letak telur dalam poket seluar.
Aku : (Ketawa)

Menarik dan menggembirakan juga walaupun aku sudah menjerit berkali-kali di sana. Dan paling aku panas hati semalam apabila peserta mengambil masa yang amat lama untuk membersihkan diri. Aku datang dengan menaiki basikal dan memberi amaran serta arahan di setiap kawasan mandi. Tidak kira lelaki atau perempuan dan peserta perempuan memang suka mandi lambat walaupun jumlah mereka ramai. Geram aku. 

Habis memberi arahan di kawasan pelajar perempuan, aku ke bahagian peserta lelaki. Dengan suka hati mereka jalan berdedai keluar dengan memakai tuala sambil berlenggang. Panas hati aku.

Aku : Cepat! Awak ingat mandi di rumah ke?
Peserta - peserta : (berlari-lari ke khemah)
Aku : Ni yang lambat lagi kenapa? Cepat!
Peserta : Baik Puan.

Dan sewaktu aku menjerit, ada peserta yang tercabut tualanya. Ya Allah! Aku ketawa bagaikan hendak berguling dari basikal. 

Macam-macam lagi kenangan yang aku akan coretkan. Tunggu sahaja nanti ya? Jaga diri semua. 

Zara : Alhamdulillah, badan aku tidak terlalu letih dan aku masih bergembira. Oh, kawan Moscow aku sudah menghubungi aku. Gembira rasa di hati dapat mendengar berita dari dia walaupun hanya berhubung menggunakan Twitter. Kawan, cepat balik!


14 comments:

kEy said...

haha~

Legasi Piston Pecah said...

wah..tegas sungguh..memang itu saja cara terbaik dan berkesan kan?tapi takpe sebab garang tapi cute..hihi
-------------------------
Selepas 2 hari J,rasa penat masih tak ingat

sazzy said...

bab yg tercabut tuala 2 mmg x bley blah bt0l la...hahaa

fahmi ibrahim said...

Oh ibu tiri garang.. Kalau garang cepat tua tak?

Encik Tikus said...

garang jugak cikgu ye ;P

DuniakuAbstrak said...

adess..ko nampak ape zarra? hahaha

meo188 said...

telur ape? huhuhuhu....

btw, jom ambil award khas utk blog awk ni :D

http://freewebcomic.com/2010/07/geng_cipan_award_pakatan_komik_online/

diya said...

kontroversi okayh Puan Zara ni..haha. tp cm best je, slalu kte g kem..ni ley buli org yg g kem..len kali nk ikot ley x?

roslaini saad said...

salam..saya pernah jadi komandan kem bina diri...hakikatnya pelajar perempuan lebih lambat...sebab nak berbedak dan bersolek..entah apa=-apa dalam hutan pun nak sapu bedak.. dah tu..sempat keluar cermin lagi nak tengok muka...cisss...buat sakit hati je..

azuan said...

haha...granag benor cik zara nie hehe

wawan said...

tiba² terbayang naik basikal sambil pakai jubah convo tersebut!

HEHEHEHEHE

hans said...

garang jugo
hohoho

LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN said...

hahahaha,,,segan seyyhhh

Hidayah Ismawi said...

teringat zaman2 kena jaga telur ..hehe

MY LATEST ENTRY: Bedtime Stories