Sunday, July 25, 2010

Sheffield, Tariq Lutfi Dan Hujung Minggu Bersama Keluarga Twitter | Papa, Mama Dan Skandal


Salam semua.
Manusia beku yang tidak punya apa-apa ini masih mahu terus menggarap.
Tiada nafsu untuk meneruskan penulisan novel aku. Entah mengapa, minda aku yang terlampau dibelenggu masalah, membuatkan aku tidak mampu menulis.

Malam tadi, ada seseorang yang perwatakannya aku abadikan di dalam novel menghubungi aku. Ya, manusia yang aku gambarkan sebagai 'Tariq Lutfi' di dalam novel Legasi Cinta Alisia Bab 31. Anak itu seperti selalunya, muncul dengan perasaan rusuh dan terbelenggu dengan pelbagai masalah. Kasihan, aku tidak dapat menolongnya kerana aku sendiri dalam keadaan runsing mengenangkan diri aku. Katanya, sudah membaca coretan aku, tapi masih tidak mampu untuk mengembalikan senyuman kerana diri sendiri juga menghadapi saat kesukaran. Aku hanya mengiyakan kerana aku juga tidak punya kekuatan bagi mendorong adik itu melangkah dengan lebih kuat ke hadapan. Hanya doa aku mampu titipkan buat dia.


Adik, kalau kamu masih ingat ini, kamu tahu yang 'dia' tetap akan sentiasa di sisi kamu.

Sheffield.
Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, nama Sheffield kerap muncul di dalam laluan trafik ke Dunia Sebelah Zara. Bukan apa, aku hanya tertarik dengan kekerapan pengunjung dari sana. Satu-satunya kawan  blog yang aku kenal dari sana adalah Joegrimjow. Tetapi memandangkan beliau sedang berada di Bali, aku menjadi ingin tahu yang teramat sangat. Itu sahaja. Yang lain, maaf kalau aku tidak tahu siapa kalian.

Apa pun, jutaan terima kasih aku hulurkan kerana sudi menziarahi penulisan aku. Oh, buat yang datang dari Brisbane, Wellington, Melbourne, Moscow, Newcastle, Durham, Kyoto, Nagoya dan lain-lain - aku masih boleh mengagak siapa kalian. Senyum. Terima kasih juga ya? Moga kalian juga meninggalkan sedikit pesanan buat aku andai membaca ini.

http://www.world-guides.com/images/sheffield/sheffield_map1.jpg
Sengaja pilih ini disebabkan sama warna dengan gambar di atas.

Keluarga Twitter
Disebabkan aku dilanda sesuatu yang membebankan pundak pemikiran, masa aku habiskan dengan membaca bahan ilmiah serta menggunakan Twitter untuk berbual dengan sesiapa sahaja. Nah, itu memang aku bukan? Dan topik hangat keluarga Twitter aku hari ini adalah isu pertunangan dan peminangan serta perkahwinan. Aduhai. Aku ketawa juga. Oh, hari ini di Twitter, ada lelaki kacak yang mahu menjual peti mengkhayalkan (baca : televisyen) di rumahnya, serta kewujudan Papa dan Mama Twitter dan skandal Twitter yang tidak asing lagi.


Ini boleh diibaratkan sebagai keluarga Twitter kecil aku.
Ada pelbagai jenis manusia dan ragam tetapi sentiasa buat aku ketawa riang.

Atok kacak yang mahu menjual televisyen yang hitam bersinar, moga menjumpai pembeli yang sesuai.
Papa artis, kalau mahu kahwin, sila jemput aku.
Mama, saya sangat sayang Mama. Kalau Mama mahu saya pinangkan Papa, saya sanggup.
Skandal, tak boleh bergurau banyak dengan kamu. Nanti tertutup peluang kamu mencari isteri.
Jurugambar merangkap jurutera (yang berbual secara peribadi) - saya akan cuba masak untuk kamu kalau kamu balik ke sini nanti. Tapi ingat ya janji kamu? Kita mesti buat kerja gila itu bersama! Oh, dan menyambut ulang tahun kelahiran bersama juga.


Dan sebolehnya, manusia beku yang sukakan sesuatu yang berwarna warni ini mahu kembali menggarap novelnya semula. Doakan dia mampu, doakan dia berjaya hendaknya.

Suka cium buku sebelum baca. Benci orang buat awan guna asap rokok. Gilakan bahan kimia berkepekatan tinggi. Kadangkala agak sarkastik.

Zara : Hari ini aku belajar sesuatu. Berterus terang walaupun pahit dan menyakitkan itu perlu dan sangat bermakna walaupun hakikatnya ada hati yang terasa. Asalkan mencapai kepuasan hati, maka aku sangat berharap dapat menggulung makna hidup lebih sempurna.

10 comments:

Afnie Roslan said...

yeahh...kuatkan hati kamu....anda akan sentiasa tersenyum dgn kewujudan scandal...papa...mama

Namia Cinta said...

kuat kan semangat... jangan sesekali mengalah dengan dugaan.... penghujun nya pasti ada kegembiraan dan kebahagiaan...

MuNsYi SaMa said...

Wah. best la ade kluarga twitter. Harap papa dan mama kawin cepat. :P

dan ya, doa utk kmu juga. Kuatkn semangat. mungkin itu yg dapat menolong adik itu untuk berdiri semula.

Encik Tikus said...

Ada twitter tapi tak tahu sangat nak guna. Juz update status jee ;D

naz said...

sokong munsyi tang kahwin tu hahaha

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

Best tak ada Twitter? Lalala ~

bluecrystaldude said...

Terima kasih Cikgu sebab singgah di blog saya. Saya mengenali anda pun dari Twitter juga. Hehe. Salam perkenalan.

Oh Malaysia said...

dr Adelaide pun slalu dtg. hehe. :D
tp kalo guna iPhone, dia tulis Melbourne.

Che Shazwani said...

salam cik zara..
sgt teruja bila tgk tajuk entry ni..xsangka sgt kamu perasan jgk kehadiran pengunjung dr sheffield ni..hee..sgt suka penulisan kamu dan juga LCA..byk yg boleh sy pelajari..satu persamaan kita, sy juga bekas pelajar UTM skudai..semoga terus sukses dalam setiap yang kamu lakukan..

LORD ZARA 札拉 said...

Semua2~
Terima kasih.
Zara sayang kamu semua!
Peluk!

Utk Che Shazwani :
Hehehe~
Takde link ke dear?
TQ sebab singgah.
Oh, dulu budak UTM Skudai juga?
Sekapal kita~
weee~