Friday, July 02, 2010

Sila Beri Buku Ini Seorang Satu, Waalaikummussalam Cikgu | Sebelum Maki Aku Sesuka Hati Baca Dulu


Salam semua.
Terima kasih buat yang sudi membaca Legasi Cinta Alisia Bab 28
Sangat terharu kerana ada juga yang sudi membaca karya picisan aku.
Ya, hina bukan?
Sampai ada yang sanggup pautkan dengan Mukabuku mereka setelah aku tidak melayan karenah mereka di surat elektronik. Tidak mengapa, aku boleh keluarkan kalian dari situ. Itu sudah cukup membahagiakan. Senyum.


Gambar meja aku yang sangat kontang hari ini.


Dalam makmal kimia - tempat aku menghirup bahan kimia berkepekatan rendah.
(Mana nak dapat bahan berkepekatan tinggi di sekolah? *kecewa*)

Petang tadi aku mengajar kelas tambahan Sejarah Tingkatan 3. Dua sesi untuk dua kelas berlainan. Sangat menggembirakan sebenarnya dalam seminggu aku berjumpa dengan murid-murid lain dari jadual mengajar aku. Senyum. Sesuatu yang berlaku di dalam kelas sesi kedua tadi. Aku ketawa gila.

Aku : Baiklah semua, sila ambil buku di hadapan ini seorang satu.

Secara tiba-tiba ada seorang budak bangun tegak dan berkata ini.

Murid : Waalaikummussalam cikgu.

Aku : Eh, awak kenapa?
Murid : Cikgu kan beri salam.
Aku : Eh, mula-mula tadi adalah.
Murid : Baru sekejap tadi cikgu bagi. Cikgu kata, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu.
Aku : Saya kata, ambil buku di hadapan seorang satu, bukan saya beri salam.
Murid : Ya ke cikgu?
Aku : Ya.

Aku cuba untuk menahan ketawa tetapi tidak berjaya. Habis meledak walaupun aku ketawa dengan menutup mulut. Oh, memang entah apa-apa. Sepanjang kelas budak itu sudah merah mukanya. Dia mengusik aku tentang sesuatu dan aku mengusik dia kembali dengan apa yang dia tuturkan pada aku. Senyum.

Nota Kaki :
1. Buat yang mahu menerjah aku dengan kata-kata hinaan, aku mencadangkan agar kalian baca dulu sebelum memaki aku sepuas hati.
2. Ketawa girang setelah nampak warna sebenar seseorang itu. Ah, pandai bermadah sungguh kamu, sampai aku asyik tertipu dengan cara kamu. Rasa nak menyumpah, tapi kemam dahulu. 
3. Oh, kalau di Mukabuku aku ada pautan blog dan sebagainya, sila tekan untuk pembacaan lanjut kerana status yang aku letak adalah mempunyai kaitan dengan pautan tersebut. Jadi jangan tiba-tiba emosi dan menuduh aku yang bukan-bukan tanpa membaca pautan. Boleh?

Zara : Malas mahu menulis malam ini, boleh?

13 comments:

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

Kekadang orang sebut 'Waalaikumsalam'. Tapi sebenarnya 'Waalaikumussalam' :)

P/S : Eh laptop kamu sama denganku :)

Hanis Halid said...

siapa kata hina... mana ada hina... sangat bagus apa lca tuh...

intanurulfateha ❤ said...

mesti budak tuh berangan!
hahhahha!

ZihNuN FaTiN said...

kdg2 anak murid penghibur duka...huhuhu

IERA HAJERAH AZMAN said...

hahaha...budak tu berangan kot!

Nur Su'aidah said...

ngahahahha! lawak ok murid tuh :)

zool said...

kesian lah budak tu cikgu oit..
mesti balik umah ngadu ngan mak bapak nanti.. huhuhuh

Hizami Rahim said...

haha.
adeh.
boleh pulak dengar lain.
:)

Mohd Adziim said...

buli student.
:p

Nina Nurziana said...

haha..ape da..

sri juju said...

buat segan je . tah mcm mne mke bdk tuhh . hehe

LORD ZARA 札拉 said...

Hami Asraff هامي أشرف ™:

nombor siri sama ke?
Aspire 4920.
=)

Nama dia Sean.

Hanis Halid :

Biasa aja dear~
TQ~

Intan :
he he he~
agaknya kot~

Zihnun :
yup

Iera :
hahaha~
agaknya~

Su'aidah:
wee~
nak jumpa~

Zool :
aku kena buli lagi teruk ok?
T___T

Zami :
ngee~
hujan kot~

Adziim:
ha ha ha~

Nina :
hehehe~

Juju :
LOL!
Dia buli saya gak~

diya said...

cikgu zara bley prescribe cotton buds utk student tu ;p