Friday, July 02, 2010

Tak Dapat Nak Hubungi Kau Sejak Habis Sekolah | Aku Tidak Pernah Menukar Nombor Telefon


Salam Jumaat semua.
Moga kalian punya hari yang ceria.
Malam tadi ada seorang rakan lama menghantar aku pesanan di Mukabuku.
Ya, sejak menamatkan pengajian, akhirnya jejak kasih berlaku di Mukabuku.
Ketawa.


[Gambar asal dari sini]

Kawan : Akhirnya aku jumpa juga kau.
Aku : Ya betul.
Kawan : Lepas habis sekolah dulu, langsung tak dapat hubungi kau. Sombonglah.
Aku : Ada sahaja aku, kau yang hilang kot.
Kawan : Kau tu yang tiada.
Aku : Maksudnya?
Kawan : Nak jejak di Friendster ke apa ke, tak pernah jumpa.
Aku : Aku dah tak guna Friendster mulai tahun lepas. Jadi kalau sekitar tahun 2004-2009, aku ada lagi di situ.
Kawan : Sini pun dapat jumpa sebab ada kawan-kawan lain. Susah nak hubungi kau ya?
Aku : Kau ada nombor telefon aku?
Kawan : Ada, kenapa?
Aku : Nombor telefon rumah ke telefon genggam?
Kawan : Dua-dua ada.
Aku : Untuk pengetahuan kau, aku tak pindah rumah, aku tak potong telefon dan aku tak pernah tukar nombor telefon.
Kawan : Maksudnya?
Aku : Tiada sebarang alasan aku boleh dikatakan hilang atau tak dapat dihubungi sebab aku masih guna nombor yang sama. 
Kawan : Nombor rumah mungkin sama, yang telefon genggam?
Aku : Tak pernah tukar sejak aku beli pada 26 Januari 2003.
Kawan : (Tak balas-balas lagi)

Ya, buat yang mempunyai alasan lain untuk menyatakan tidak dapat menghubungi aku, sila nyatakan. Jangan gunakan alasan yang pasti memakan diri semula. Ya, aku memang sarkastik bukan? Tetapi sarkastik aku sangat bersebab. Kalau kamu menuduh sedemikian rupa, aku tidak pernah menukar sebarang talian yang aku gunakan. Kamu tahu rumah aku, tahu segalanya, maka janganlah mengatakan aku sombong pula.

Nota Kaki :
1. Pagi ini ada pot-luck (periuk bertuah?)
2. Sekarang aku memang tidur awal, maaf buat yang telefon aku malam-malam buta.
3. Sudah kembali kepada ketagihan lama.

Zara : Hari ini kelas penuh. Gembira!

13 comments:

Nur Su'aidah said...

emmmm. sabar zara. takde apalah cmtu kan? hehehe. nway ku dah kt shah alam! :)
tunggu aku balik muar yaa. haha

Manager Tandas KLCC, Takamine Kiyomaro said...

eh belog gua juga tidak pernah bertukar sejak sekolah (tipu) mengapa tidak hubungi gua (tetiba)

btw chill beb

kekasih plastik mu ini ada disini

hehe peace

En iLham said...

alasan itu memang sering digunakan untuk kawan lama yang lama tidak menghubungi

hehe

saya kalau tukar no telefon pun akan memberitahu sekalian nombor yang ada dalam phone tu tentang no baru saya

jadi mmg tidak boleh dijadikan alasanlah.

naz said...

zara awak pun lama tak panggil saya hahaha mahu jadi mcam dia juga? hahhaa

diya said...

cool eyh cikgu zara. btw, bile nk bwk aku naek kete br? hehe

Hidayah Ismawi said...

yup, it's a very popular excuse for not contacting friends..

LORD ZARA 札拉 said...

Suaidah :

Balik cepat!
ha ha ha~

Takamine :
Laling, meh bercintan (tipu).
ha ha ha~

Ilham :
Itulah pasal~
sengal je kan?
LOL!

Naz :
awak~
kita selalu contact ya awak~
ha ha ha~

Bad :
I still don't buy it~
=)

Hidayah :
Yeah it is.
=)

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam Zara;



kan ke dah malu .

lain kali kena tapis dulu kalau nak berkata-kata.

Wanita Mutalib said...

kamoo tak pernah sombong sayang :)

Hazzy Ishak said...

dia patut karang alasan bombastik, baru boleh kenakan zara. tak gitu?

HEMY said...

kih kih..smartly sarcastic...

en_me said...

kiter kawan kanns.. ehehe

LORD ZARA 札拉 said...

Kak Rina :

tu la kan?
ha ha ha~

Kak Wanita :
TQ kak~
love U!

Hazzy :
hahaha~
betul!

HEMY :
well, I should~
LOL!

en_me :
yup!
kawan~
wee~