Wednesday, August 18, 2010

Bila Bekas Kekasih Dan Gadis Itu Bercerita Tentang Aku Di Waktu Sahur | Tolong Jangan Bagi Aku Gelak


Salam semua.
Berikutan tentang cerita semalam, aku masih ketawa sehingga pagi ini apabila menerima maklum balas daripada pembaca di blog ini ataupun Mukabuku. Kalian memang pembaca yang mengasyikkan tahu? Aduhai. Dan di dalam perjalanan ke sekolah tadi (Terima kasih kepada sistem 'suami' tersayang, aku boleh menjawab panggilan hanya dengan menekan satu butang di sistem audio), aku menerima panggilan daripada bekas kekasih.

Dia : Shafaza, awak tipu saya ya?
Aku : Amboi, tak beri salam, terus cakap. Assalamualaikum.
Dia : Ya, ya. Waalaikummussalam. Awak tipu saya semalam ya?
Aku : Tipu apa?
Dia : Suami yang awak cakap tu sebenarnya kereta baru awak kan?
Aku : Memang betul.
Dia : Kenapa awak tipu?
Aku : Saya mana ada tipu? Awak dengar cerita daripada kekasih awak, saya malas nak betulkan. Mana boleh buatkan awak tak percaya dia lagi kan? *ketawa*
Dia : Tapi kan awak boleh cakap yang suami awak tu kereta.
Aku : Saya lagi suka awak tahu sendiri.
Dia : Bengang betul bila dia cerita pagi tadi. Rasa macam dia gelakkan saya.
Aku : Dia cerita apa pada awak?
Dia : Tentang apa awak tulis di blog. Tapi dia tak tahu itu saya.
Aku : Oh, jadi dia tak tahu yang dia membaca blog bekas kekasih kepada kekasih dia?
Dia : Tak, dia tak tahu.
Aku : Awak dengan dia tiada benda lain ke nak cerita?
Dia : Apa maksud awak?
Aku : Gosip tentang benda lain lah, benda di blog pun jadi nak cerita?
Dia : Orang bercinta kan cakap tentang apa sahaja?
Aku : *ketawa* Sebab dia tak tahu siapa saya.
Dia : Ya. Awak nak dia tahu?
Aku : Tak perlu kot? Nanti dia takde bahan nak bercerita dengan awak.
Dia : Apa-apa aje lah.
Aku : *ketawa* Nanti raya, jemput datang majlis kahwin ya?
Dia : Ayat tak menahan.
Aku : Tahan telinga sahaja ya?
Dia : Memang tiada lelaki lain ke dalam hidup awak sampai awak anggap kereta sebagai suami?
Aku : Sekurang-kurangnya kereta itu tidak akan menduakan saya.
Dia : Ayat makan dalam. Awak beli kereta MyVi?
Aku : Ya.
Dia : Suatu hari nanti, kita jumpa semula dan lumba kereta.
Aku : Boleh sahaja.

http://www.marissamoss.com/pictures/amelias-guide-to-gossip.jpg
Aku rasa nak belikan lelaki itu dan bekas kekasihnya buku ini.
Biar mereka jumpa cara lain untuk gosip tentang aku yang bukan siapa-siapa di dunia mereka.

Dan baru sebentar tadi aku meneliti blog gadis tersebut. Membaca dia menulis tentang dia bercerita pada kekasihnya peristiwa yang menggelikan hati tetapi kekasihnya tidak ketawa langsung. Alahai cik adik, adakah anda tahu kenapa lelaki itu tidak ketawa? Sebab anda bercerita tentang dia sendiri. Senyum. [Eh, kalau gadis itu baca ini, adakah dia akan menyedari siapa aku sebenarnya? Ketawa]

Baiklah.
Aku sudah tidak mampu mengekang senyuman lagi. Suami aku kesejukkan malam tadi akibat hujan lebat. Tiada guna aku memandikan dia semalam petang, kerana pagi ini, sisa-sisa hujan telah membuatkan usaha aku semalam menjadi sia-sia.

Zara : Kadangkala hidup ini terlampau unik untuk diperkatakan. Tidak aku sangka, hidup aku yang biasa-biasa ini sudah menjadi bahan kepada pasangan bercinta pula. Dan anehnya manusia itu. Senyum nipis apabila manusia itu sudah meninggalkan kami-kami yang dikatakan sebagai keluarganya satu ketika dahulu. Tidak mengapa kalau kau buat begitu pada semua, tetapi yang berlainan jantina masih kau simpan pula.


12 comments:

Nur Hayaty said...

haish..kesian je ngk bekas anda,ditertawakan oleh cik awek sendiri...isk2..senyum sorang2 baca entry kamu zara..hehe

Faarihin said...

hahaha.. terkena dia akhirnya.. yang peliknya.. rajin betul dia contact semula.. mungkinkah dia masih ada perasaan terhadap kamu?

kEy said...

okey zara....aku blur...haha! nda paham bha...~

Encik Tikus said...

ehh . ape link dia cegu ? bagi lah lain kali ;D

hans said...

hahaha
betul x apa aku komen semalam?
hahahaha


P/S : Alhamdulillah! Sekarang Ada 4 Buffered Earning! Some Tips About How To Get BE From Nuffnang?

Dark Half said...

aku suka gaya bahasa kau dlm setiap entry.kalau baca kelam-kabut sure x faham..haha

zara dlm class nya yg tersendiri..trtiba teringat lagu yuna penakut yg amat unik itu

Amieynna Amin said...

die terasa kot..
hehe..
tapi kalau baca tajuk entry kamu pun, kene baca betul2..
sbb maksudnya bukan begitu..
kene think out of d box..
hehe

atty's said...

adui ..kty pun gelak gulin2 hah.
terasa ar tu ..tak puas ati .tu yang kol .

Hamzah Ian said...

kalau awek2 bergosip aku tak paham sngt.. hahahaha

Nurulbadiah Lai said...

hahahha..terkena jugak dia ye kak zara.ur ex bf....kesian dia..

mendatak hijau said...

kawan,

nasib baik kamu xpilih DIA...

LiFe KaMi said...

hehe dialog macam drama plak..zara siap bole ingat semua tu...hehe