Tuesday, August 10, 2010

Cikgu Nampak Makin Kurus Bila Balik Dari Kem | Boleh Jangan Main Politik Dengan Aku?


Salam.
Aku menulis dengan serius, tajuk serta isu yang serius kebelakangan ini. Entah mengapa, bila aku tidak punya kekuatan, aku terlampau mengambil kira apa yang berlaku di sekeliling aku dengan begitu mendalam. Pelik tetapi itu aku. Masih punya rasa sayang pada dunia, anak ini tidak mahu melupakan insan-insan yang buat dia sentiasa ceria dan tersenyum gembira.


Semakin gelap dan rentung dibakar matahari.
Tidak mengapa, aku sudah biasa dengan pandangan pelik orang.

Dan pagi tadi di sekolah, seperti biasa, jika aku sudah berpergian beberapa lama, pasti aku akan datang untuk mengutip semula hasil yang telah aku tanam atau tinggalkan minggu lepas. Pasti mereka yang ditinggalkan tidak akan dibiarkan kosong begitu sahaja tanpa pedoman, bahkan aku telah mengira hari dengan sebaiknya agar tugasan aku telah dilangsaikan.

Aku : Ada sesiapa yang tak siap kerja saya, tak bawa buku atau alasan lain?
Murid : Dah siap cikgu!
Aku : Semua dah siap? Betul?
Murid : *mula bising sesama sendiri dan buka buku*
Aku : Ada sesiapa mahu mengaku sebelum saya tengok satu persatu?
Murid A : *berdiri perlahan-lahan*
Aku : Awak kenapa?
Murid A : Cikgu macam makin kurus bila balik dari kem.
Aku : Mana buku awak?
Murid A : Tertinggal cikgu.
Aku : Tertinggal? Macam mana boleh tertinggal?
Murid A : Kat rumah takde, ingat kat sekolah ada.
Aku : Jadi buku awak hilang?
Murid A : Agaknya cikgu.
Aku : Mari saya tengok sikit beg awak, boleh?
Murid A : Boleh cikgu.
Aku : (sambil periksa buku dia satu-satu) Saya ingat di rumah sahaja saya kena periksa buku adik saya satu-satu, tak sangka di sekolah pun kena tengok beg budak. Eh, ni buku Sejarah ni.
Murid - murid : *buat bunyi bising*
Murid A : Tadi saya tengok tiada pun cikgu.
Aku : *mata bersinar* Kerja saya satu apa pun awak tak buat.
Murid A : Lupa cikgu.
Aku : Seminggu saya bagi awak masa, satu apa pun awak tak buat?
Murid A : Balik nanti saya siapkan.
Aku : *mata bersinar lagi*

Aku paling pantang bila kita cuba berikan yang terbaik pada orang, tapi orang pijak balik laluan yang sudah kita sediakan secara terbaik buat dia. Memang bengang dengan situasi sebegitu pagi tadi, tetapi aku seperti yang selalunya enggan mahu menjerit-jerit marah lagi kerana aku tahu, selepas balik dari kem setiap kali, tenaga aku bertambah lebih daripada biasa. Jadi kebarangkalian kemarahan aku meledak amatlah tinggi, maka lebih baik aku senyap dan teruskan proses pengajaran seperti biasa.

Aktiviti berbasikal.
Aku semakin menyukai aktiviti ini. Masih menunggu peluang untuk memiliki basikal sendiri selepas apa yang aku tunggu ini tiba. Alahai. Aku jujurnya mahu memilih basikal sebagai bidang kepakaran kerana aku jelas dengan diri aku, aku tidak mampu untuk berenang. Maka, yang terbaik buat aku adalah basikal. Doakan aku mampu memilikinya secepat mungkin. Sekarang ini kalau ada aktiviti, aku menggunakan basikal jurulatih lain ataupun basikal yang disediakan oleh penganjur.

Zara : Esok (10 Ogos) ada jamuan lagi di sekolah. Tadi saja sudah disantakkan dengan pelbagai jenis makanan. Selamat datang bulan kemuliaan, aku sangat berharap agar dapat melaluinya dengan baik sekali lagi pada tahun ini. 


6 comments:

MX said...

sungguh comel anda berbasikal...
hehehehe...
untuk program ape tu?...

Sir Marcello said...

bab paling ditakuti masa jadi student dulu ialah bila cikgu nak check kerja masing2...adei...

Oh Malaysia said...

garangnya cikgu... >_<

LORD ZARA 札拉 said...

MX :

Untuk Ekspedisi Pendidikan Luar. :)

Sir Marcello :

hahaha~
awas bebudak kalau culas.
:)

LORD ZARA 札拉 said...

Amer OM!

Garang ke?
Lab report mana Mer?

haip2~

Soni Gonzales said...

cikgu zara nih lembut sgt ni. rotan takmau, marah jrg2, denda lagila dia tak buat.