Friday, August 13, 2010

Dan Saat Ini, Aku Kembali Menjadi Seorang Perindu Yang Setia | Nasya Nicole Dan Shafaza Zara


Cahaya.
Terik memancar dan acapkali aku lihat diri aku menerima limpahan yang bukan sedikit.
Diam.


InsyaALLAH, bakal suami mungkin akan tiba di rumah Sabtu nanti.
Aku yang harus menjemput dia, setelah wang hantaran aku lunaskan siang tadi.

Aku melihat kehadiran dia sebagai pembawa senyuman aku yang sirna. Nah, aku pernah duduk termenung menunggu panggilan, mahu mendengar walaupun sebaris ayat cuma. Belum punya rezeki, belum pernah bersua, tetapi dalam ukhuwah yang terpelihara, aku mahu dia tahu, aku menyayangi dia sebagai dia. Diam, duduk dan membaca nukilan tinta yang menyentuh marga. 



Nasya Nicole.
Gadis yang membuatkan dunia aku menjadi semakin ceria. Aku tidak lagi melihat diri aku keseorangan dan aku mula mengerti, aku bukan pelarian. Kerana, dunia aku yang kecil ini mampu berhubung dengan dia. Senyap sunyi dia, aku pula bising menggila. Aku sayang dia, seperti aku menyayangi separuh jiwaku ini. Ku titipkan doa agar ada satu pertemuan di antara kami berdua.



Shafaza Zara.
Entah siapa aku pada gadis yang bernama Nasya Nicole?
Aku harap aku adalah sesuatu juga.
Tidak.
Aku tidak mahu apa-apa.

Shafaza Zara adalah manusia beku yang memakai topeng wajah gembira.
Biarkan dia mencoretkan tinta dan menari di atas pentas duka.
Kerana setiap peluh dan darah yang mengalir adalah bukti dia masih bernyawa.
Dia yang kamu panggil Lord Zara.

Epilog
Aku sayang dia. Dia sayang aku juga?

Prolog.
Kami mahu mencoretkan apa sahaja.

Zara : Buat Nasya Nicole, aku mahu kamu tahu yang menulis dan mencoret sesuatu buat kamu adalah menjadi rutin yang paling aku suka. Biarlah orang menghina aku dan melemparkan kata-kata kesat kerana kononnya sentiasa begitu, aku tidak peduli. Kerana aku pasti, yang aku mahukan adalah persahabatan sejati.


2 comments:

Hamzah Ian said...

selamat ramadhan eyh..

naz said...

saya bila pula haha