Sunday, August 22, 2010

Dunia Sebelah Zahrah di Mukabuku Itu Siapa Punya Ya? | Alahai Adik Manis, Itu Memang Blog Kak Zara


Mengantuk.
Deringan telefon yang tidak henti-henti di rumah memang merenggut tidur aku. Pantang kalau aku tidur diganggu oleh anasir-anasir luar begitu. Haram tidak boleh terlelap semula. Kepala pening dan aku perlu memandu sebentar lagi. Aduhai. Menguap.

Aku menerima satu pesanan di Mukabuku peribadi tadi. Ada seorang perempuan, mari gelar dia Adik  Manis disebabkan dia ternyata lebih muda dari aku. Mari ikuti perbualan di situ.

Adik Manis : Kak Zara, nak cakap sesuatu, jangan terkejut.
Aku : Apa dia?
Adik Manis : Ada orang macam buat 'page' ambil isi blog Kak Zara. Tapi dia tak tulis Dunia Sebelah Zara, dia tulis Dunia Sebelah Zahrah.
Aku : *gelak dalam hati* Dik, itu 'page' blog kak.
Adik Manis : Kenapa bukan Zara?
Aku : Sebab nama 'Zara' itu dilindungi di Mukabuku. Sebab ada jenama nama ZARA kan?
Adik Manis : Ye ke? Saya ingat ada orang tiru blog Kak Zara.
Aku : Kak bukan artis segala orang nak tiru.


[Dunia Sebelah Zara]

Itu tempat interaksi dengan orang yang tidak mahu menambah aku di Mukabuku. Ketawa. 

Zara : Mengantuk di tahap yang tidak boleh dirungkaikan dengan kata-kata. 


6 comments:

MuNsYi SaMa said...

she's cute.hehe. at least she's concern. ;)

Soni Gonzales said...

lawak petang.aku tak gelak pon. tp hati kecil aku tersenyum.

Soni Gonzales said...

oh,lupa lak.mintak izin since i'm reposting this in my blog.

mier@merr said...

haha,...aku pun igt org len ritu..tp..da bke tu tau la ko..

izulman said...

hahaha wtttt? LOL

[z@ck] said...

hahaha..ada juga yg concern naa