Sunday, August 22, 2010

HIDUP SEORANG BLOGGER | Dunia Sebelah Zara | Antara Kerjaya Pendidik Dan Terapi Hidup Warna Warni


Salam semua.
Dalam hidup ini, kita menerima cabaran yang bukan sedikit. Ujian yang mendatang bagaikan hentaman peluru yang membuatkan diri menjadi semakin kenal apa erti manusia itu sendiri. Manusia dan kehidupan tidak dapat dipisahkan, dan itu yang membuatkan mengapa kita masih dapat bernafas di dalam dunia dan sedar apa yang kita lakukan untuk menikmati setiap inci Bumi yang berharga.

Aku seorang pendidik dan aku juga seorang penulis blog yang dikatakan tegar oleh kawan-kawan aku. Hakikatnya, blog adalah dunia aku yang kedua. Disebabkan itulah, kalian dapat menikmati Dunia Sebelah Zara.




Jujurnya kehidupan aku sedikit berubah apabila penulisan aku di sini boleh dibaca oleh manusia di mana sahaja. Internet itu sendiri dunia tanpa sempadan dan apabila alam maya sudah melangkaui realiti, kehidupan aku di dalam ini sudah bercampur dengan dunia sebenar itu sendiri. Selalu aku terjumpa, sama ada di luar ataupun sekadar di ruang sembang, orang bertanya tentang keunikan menulis blog, menjadi blogger dan hidup seorang blogger.

Kawan : Apa yang menariknya menulis blog?
Aku : Itu terapi aku sejak di universiti. Menulis di alam maya.
Kawan : Tetapi hidup kau diketahui oleh semua orang yang baca.
Aku : Tidak semua aku paparkan, ada lagi yang aku tapis.
Kawan : Ramai orang yang tahu, jadi macam mana kau boleh elak orang bercakap tentang kau?
Aku : Menjadi diri sendiri di dunia maya, membuatkan aku ramai kenalan jujurnya. Contohnya, masa aku menghadiri temuduga, ada seseorang yang menegur aku. Dia pembaca blog aku. Dan lagi, penemuduga aku, juga bertanyakan tentang integriti menulis di dalam blog. Itu satu pengetahuan yang kau tidak akan dapat dengan sekadar membaca.
Kawan : Tapi menulis blog bukanlah buat kau hidup senang.
Aku : Bahkan aku menulis bukan untuk mencari keuntungan. Sudah aku nyatakan ia sebagai terapi.
Kawan : Orang lain tulis blog buat duit.
Aku : Kau nak bercakap tentang duit? 'Suami' aku sekarang ini antara hasil aku hidup sebagai seorang blogger.
Kawan : Setakat nombor plat kenderaan.
Aku : Dan itu menunjukkan, hidup seorang blogger bukan hanya jumud dalam dunia dia sahaja.
Kawan : Kau dah lama tulis blog, tapi tak popular macam orang lain pun.
Aku : Aku menulis blog bukan untuk popular, itu kau kena ingat.
Kawan : Jadi, macam mana kau bahagikan masa kau nak menulis blog dan kerja?
Aku : Itu baru soalan yang baik.
Kawan : Apa dia?
Aku : Setiap hari pun aku menulis.


Hidup seorang blogger adalah sama macam hidup manusia lainnya.
Cuma yang membuatkan ia lebih istimewa adalah, apa yang dilalui, ada orang lain yang boleh dikongsikan bersama.
Aku lebih memahami erti hidup selepas aku menikmati dua-dua dunia.
Realiti dan maya.
Dan, adakah aku dapat melayarinya kalau aku tidak hidup sebagai seorang blogger?
Jawapan peribadi aku : Tidak.

Hidup kita, kita yang harus menentukannya.
Dan aku suka untuk hidup di dalam kedua-dua dunia.
Di luar aku mungkin sekadar seorang gadis yang menjalani hidup sebagai seorang guru.
Tetapi di dunia maya, aku hidup dengan lebih menjadi aku.

Nota Kaki :
Ini merupakan penulisan wajib 1 untuk pertandingan yang dianjurkan oleh Denaihati. Sekadar menulis untuk berkongsi pandangan aku sendiri di dalam apa yang aku fahami. Oh, ini juga telah ditaja oleh eQurban.

Zara : Semakin lama, semakin jelas dengan apa yang aku mahukan dalam hidup ini. Aku mungkin bukan calon yang terbaik untuk dijadikan suri di hati mana-mana lelaki, tetapi aku masih mahu hidup sebagai diri sendiri yang ceria tanpa mengundang rasa benci daripada mata dan hati yang iri.


15 comments:

Oh Malaysia said...

all da best utk contest ni. ak x masuk. PR blog 0. T_T

Kujie said...

semua orang join kontest... mesti best

kalau menang boleh dptkan nombor bukan saja utk 'suami' malah ntuk 'anak cucu'...hehehe

yusuf mujahidin ™ said...

gudluck cikgu

ima said...

kak zara, sy suke baca blog akak. serius!! :)
gud luck yer.

Rara said...

good luck Zara :)

HUDA said...

menarek! good luck n selamat berpuasa ;)

tmukmkd said...

tulis bukan untuk untung sebagai tunjang utama. itu perlu :D

apa pun selamat berjaya :D

Zarpeno said...

gud luck shigu...

kalau buat kontes nanti hadiahnya bagi nombor ekor ye?hehe

Gula dan Kepentingannya

Faarihin said...

semoga berjaya cikgu zara..

suka baca entri kamu..

belajar mengenai erti hidup antara realiti dan fantasi..

~~ciklinn~~ said...

gud luck sis.... sgt best penulisan ni.... suka kesini....huhuh kita melayarinya utk hidup sebagai seorg blogger.....

emieysandra said...

suke part..menulis blOg sbg terapi..
gudluck cikgu zara!
~_^

Encik Tikus said...

gudluck cikgu ;)

yong sofea said...

sukanya saya baca entry cikgu yang kali ni.
*winkwink*
i like!!!!!100x

x-po said...

gud luck weh hehe

Bilakah semangat berblogging anda akan meniti hari tua?

munir ardi said...

Jayalah Blogger Malaysia-Indonesia semoga berjaya dalam kontes ini