Thursday, August 19, 2010

Jangan Cederakan Bahagian Yang Tidak Boleh Kau Ubati | Kenapa Ramai Gadis Hubungi Aku Semalam?


Salam.
Berikutan 3 siri penulisan yang menimbulkan kontroversi (kononnya), aku telah dihujani oleh permintaan gadis-gadis untuk berkongsi pautan blog gadis yang aku maksudkan. Maaf, aku masih mahu simpan kejap di dalam pengetahuan aku sahaja dahulu. Biarkan, dan aku hanya mendoakan yang terbaik bagi mereka. Manusia mungkin akan berubah, siapa tahu bukan?


http://www.liminalgroup.org/love-web3.jpg

Ada orang memandang enteng perhubungan antara manusia. Tidak dinafikan, manusia itu sendiri berbeza, tapi adakah kamu boleh hidup tanpa kehadiran dan kewujudan manusia lain dalam hidup kamu? Mustahil. Sudah tentunya itu mustahil. Perbualan sesudah sahur bersama dengan seorang kawan, membuatkan aku terfikir, adakah manusia terlampau ego apabila dia cuba mengasingkan diri daripada orang lain hanya disebabkan dia menganggap orang lain hanya gangguan.

Kawan : Shafaza, dah sahur?
Aku : Dah.
Kawan : Bersiap nak ke sekolah?
Aku : Sekejap lagi. Kau sihat?
Kawan : Sihat. Kenapa?
Aku : Sebab pelik kau telefon aku pagi-pagi ini.
Kawan : Aku baca blog kau, aku baca novel kau.
Aku : Oh, terima kasih. Tapi, apa kaitannya?
Kawan : Adakah aku perlu keluar dari kepompong ini?
Aku : Kau dah masuk alam pekerjaan, ini bukan dunia belajar lagi.
Kawan : Aku benci dengan apa yang aku lakukan.
Aku : Berapa lama lagi kau nak menolak kewujudan manusia lain?
Kawan : Aku tak tolak semua.
Aku : Faham, cuma fikirkan balik, adakah kau hidup tanpa orang lain selama ini?
Kawan : Ya.
Aku : Hakikatnya tidak. Kau masih gunakan manusia lain tanpa kau sedar.
Kawan : Aku uruskan segalanya sendiri.
Aku : Tapi kau berurusan dengan manusia di belakang tabir juga.
Kawan : *diam*
Aku : Kau berjaya, aku akui dan aku bangga. Cuma, mungkin kau perlu jengah dunia luar juga.
Kawan : Dunia luar terlampau bahaya.
Aku : Duduk sendirian lebih bahaya.
Kawan : Manusia susah nak dipercayai.
Aku : Dan jangan lupa, kau masih seorang manusia.

Aku tahu kau mungkin akan baca ini juga kawan. Pembaca aku mungkin akan berikan pandangan mereka, dan aku mahu, kau menerima pendapat mereka dengan hati yang terbuka, kerana kau perlu tahu, ada bahagian yang tidak boleh kau cederakan disebabkan ia mustahil untuk kau ubati. Sukarnya melihat kepompong itu tetap tegar menyelimuti kau kerana sehingga kini, kau menolak untuk memulakan metamorfosis diri. Dan aku, mahu kau cuba keluar sendiri.

*******

Bercerita mengenai gadis-gadis lagi, semalam juga ramai yang mahu menambah aku sebagai rakan di Mukabuku. Sekali lagi aku mohon maaf, kalau aku masih tidak menerima permintaan kamu. Sila nyatakan siapa kamu jika menambah aku disebabkan aku tidak mahu sesuatu yang peribadi dan menggembirakan bertukar kepada kesengsaraan yang tidak dapat dimaafkan.

Ada beberapa pesanan yang aku terima semalam.

Pertama.
Zara, nak tanya. Siapa nama bekas kekasih Zara itu? Bukan teman lelaki saya kan? Sebab saya juga cerita tentang blog Zara dengan dia. Ni saya berikan sekali gambar, kalau ini bekas kekasih Zara, tolong beritahu ya?

Kedua.
Bekas kekasih kamu orang mana? Takut kita pernah bercinta dengan orang yang sama.

Ketiga.
Macam kenal sahaja. Lelaki itu belajar lagi di universiti ke?

...dan beberapa lagi yang menggunakan singkatan yang aku tidak berapa fahami. Oh maaf sekali lagi, jika ejaan seperti rempit dengan penambahan W, S, K berlebihan membuatkan aku pening mahu membaca. Dan lagi, kalau kamu murid sekolah, amaran keras, jangan hantar pesanan ringkas kepada guru kamu dengan ayat tersebut. Terdapat kemungkinan guru kamu akan padam sahaja pesanan tersebut tanpa membacanya untuk kali kedua (pengalaman sendiri). Ketawa.

Buat gadis-gadis yang bertanya (serta mengepilkan gambar teman lelaki masing-masing), jangan khuatir, tiada satu pun yang serupa dengan bekas kekasih aku. Senyum.

Zara : Hari ini kelas aku penuh. Maka, sila doakan ketahanan diri aku bertambah. Hari ini perlu bertukang lagi di bengkel kayu. Oh, indahnya bila mengenangkan tiada lagi asid dan alatan kaca, tetapi diganti dengan alatan kayu yang berat belaka.


7 comments:

The Poyo Me said...

women are paranoid.
takut sangat kekasih die player.
hahaha...

bila gadis itu yang sebenar nak SEDAR agaknye?
padahal org lain dah meroyan2 dah.

hahahah

fahmi ibrahim said...

Wow! Selebriti panas minggu ini. Boleh saya amik awk untuk cover majalah saya edisi raya ini? Kalau boleh sila hubungi saya. :P

Soni Gonzales said...

indah dunia dgn alatan kayu? oh, sangkanya zara bahagia di dalam makmal

Nadia Is Cute said...

Ironically, I get your friend. Hanya menahan diri dari mendapat kesakitan dari segala kemanisan yang dirasai dari manusia lain. Seakan mahu mengagak jika kawan kamu ini seorang Virgo. Seperti manusia yang lain, dia akan keluar dari kepompong itu bila dia bersedia. Tapi ada masanya harus dipaksa.

To your friend, don't be so hard on yourself. Lebih baik sakit dalam manisan dari tidak merasa manis langsung dalam kehidupan. YOU, are worth it.

Nur Hayaty said...

rakanmu tidak sepatutnya begitu,kadang2 Allah pertemukan kita dengsn orang yang salah dahulu baru dia pertemukan orang yang tercipta buat kita.ku faham lumrah manusia,ada rasa marah,geram sedih,tapi hakikatnya kalau kita kembali pada Allah,nescaya jiwa kamu akan tenang ketika dilanda musibah dan ketika itu kamu akan sedar betapa besarnya kasih sayang Allah tehadap terhadap kamu.renung-renungkanlah...=]

Legasi Piston Pecah said...

kita memang saling bergantungan antara satu sama lain...

HEMY said...

fuh..hot banget kamu eh...

advice buat rakan kamu;

dunia luar mmg bahaya..apatah lagi kalau yg penah kena tempias kekejaman dunia tu.

tp kita takleh lari dari masalah..kena face. org yg baik utk yg baik juge kan..percaya pada tu..n blaja utk kenal