Tuesday, August 24, 2010

Jangan Senyum Hanya Disebabkan Orang Lain | Bila Kali Terakhir Kau Senyum Ikhlas Pada Diri Sendiri?


Salam.
Hidup memang indah.
Dan kita yang bertanggungjawab untuk membuatkan ia lebih indah, semuanya bergantung kepada apa yang kita mahukan, dan tentunya apa yang telah dirancang oleh Allah buat kita.

Aku memang beku.
Membekukan diri daripada menerima apa jua tekanan negatif daripada luar. Itu aku. Aku akan berusaha sedaya upaya untuk tidak melukakan hati orang lain di sekeliling aku, walaupun akibatnya aku yang sakit menanggung kesakitan sendirian. Senyum dan ketawa aku adalah kekuatan yang bukan sedikit aku himpun dalam menjalani hidup yang semakin buas memaksa aku agar lebih tabah.

http://www.flash-screen.com/free-wallpaper/uploads/200902/imgs/1234768658_1024x768_sweet-couple-wallpaper.jpg
[Penghargaan]
Ini menjadi paparan di komputer riba aku. Rasa mendamaikan menjadi pemerhati.

Aku ada berbual dengan seorang kawan malam tadi. Entah mengapa, banyak yang dikongsi membuatkan aku menyedari, betapa hidup aku, penuh dengan ilusi yang aku cipta sendiri. Aku mahukan kegembiraan, aku cipta kegembiraan aku sendiri dan nikmatinya sendirian juga. Aneh bukan? Berbual sambil menikmati secawan jus buatan sendiri, apabila tekak sudah kering kontang.

Kawan : Kau berubah banyak.
Aku : Apa yang berubah?
Kawan : Hati kau semakin tegar dan aku lupa bila kali terakhir lihat senyuman kau.
Aku : Aku senyum, dan kau entah bila kali terakhir senyum.
Kawan : Melalui episod duka bukannya mudah.
Aku : Macam aku kata, benda mudah jangan dipayahkan.
Kawan : Ini bukan cinta monyet Zara, kau kena faham.
Aku : Aku sangat memahami, tetapi ambil dari sudut positif.
Kawan : Bila si rapuh ini mula menjadi begitu kuat?
Aku : (ketawa) Mungkin agak rapuh lagi di dalam, tetapi luaran, aku kena kuatkan diri.
Kawan : Rapuh bila tiba hubungan dengan manusia seperti keluarga dan kawan-kawan kan?
Aku : (ketawa) Pandai. 
Kawan : Tapi tak boleh rapuh sangat dengan kawan-kawan.
Aku : Hubungan sesama manusia juga perlu dijaga kan? Bukan kau tak kenal aku.
Kawan : Kenal sangat. Mana ada perempuan lain yang sanggup berlari keluar bilik waktu malam, meredah kesejukkan disebabkan mendengar kawan dia sakit? Kau seorang yang buat kerja gila tu.
Aku : (ketawa) Itu sebagai tanda kasih dan kau, walaupun kau kasih sangat dengan dia, kau kena jaga diri.
Kawan : Aku makin tumbang.
Aku : Putus tunang masih kira kecil.
Kawan : Habis apa yang besar? Putus nyawa?
Aku : Itu besar sangat, dah lari ruang lingkup kau ni. Contohnya penceraian.
Kawan : Hmmm...
Aku : Betul apa? Putus tunang, sekurang-kurangnya tidaklah besar sangat berbanding penceraian aku rasa.
Kawan : Jadi kira baik aku tak berkahwin dengan dia?
Aku : Bukan macam itu. Kalau ada jodoh tak ke mana.
Kawan : Aku tak nak lagi.
Aku : Ada orang yang nak sakit dan dikhianati ke?
Kawan : Tiada.
Aku : Dah, basuh muka. Aku tahu kau menangis.
Kawan : Aku selsema.
Aku : Jangan tipu aku.
Kawan : Kenapa kau tahu?
Aku : Sebab kau akan telefon aku bila kau memerlukan seseorang tenangkan kau.
Kawan : Jahat.
Aku : Bila kali terakhir kau senyum pada diri sendiri? Beri kekuatan pada diri?
Kawan : Entah.
Aku : Aku lakukan setiap hari, kau cuba buat.

Bulan puasa dan ditinggalkan oleh tunang.
Dijadualkan melangsungkan perkahwinan dua minggu selepas raya.
Aku cuma mahu dia tabah.
Aku mahu dia tersenyum sendiri, bukan disebabkan kewujudan manusia yang bernama tunang, tetapi kerana dia masih punya diri sendiri.

Hidup ini memang begini.
Dan kita, jangan pernah mengalah pada sisi kehidupan itu sendiri.
Kerana apa?
Kamu fikirkan jawapan sendiri.

Zara : Menyelongkari sebuah erti persahabatan yang semakin menipis dengan beberapa orang disebabkan jarak dan usia yang semakin meningkat, membuatkan aku tertanya-tanya. Apakah dengan berhubung dengan semakin ramai manusia, kita akan melupakan yang lama, yang pernah menyangga kita?


7 comments:

HEMY said...

jom join memuahnya iftar...hehehehe...shah alam

mira amair said...

Brapa kali aku dgr orang disekeliling aku ditinggalkan tunang sedangkan hari perkahwinan dah dekat..sadis sungguh..lelaki macam tu la dayus..abah aku yang kata..bukan aku..hahahaha

eh..kwn kau laki ke perempuan?
huhuhuhu..

azieazah said...

Dugaan dan ujian tidak akan pernah habis..

Hasrol Nizam said...

sekarang ni hari-hari senyum.. =)
tak macam 3,4 tahun dulu..

Pendapat anda?
Awak, boleh pakai purdah tak?

Ms J said...

Subhanallah.. Kite tak tau la nak hadapi macam mana kalau berada dalam situasi mcm tu.. Syukur tidak bertunang dgn sesiapa.

naz said...

saya nak rasa apa yang dia rasa boleh? haha

yun said...

hari ini.!
senyum at org ta bblas, bek snyum at dri sndri..
jnji happy.