Monday, August 09, 2010

Kenapa Cinta Dijadikan Seakan-Akan Perkara Penting Dalam Hidup Sehingga Mengabaikan Ibubapa?


Salam.
Hari ini aku menulis berdasarkan permintaan seorang teman. Teman ini seseorang yang aku cukup sayang dan bila dia meminta aku menulis mengenai ini, aku rasa perlu juga berkongsi dengan kalian semua. Semuanya bermula apabila aku menerima pesanan ringkas daripada dia malam tadi.


Kenapa cinta itu dijadikan seakan-akan perkara paling penting dalam hidup?
Kenapa teman lelaki atau suami dijadikan insan terpenting dalam hidup walaupun ibu bapa masih ada?
Kenapa kahwin itu dijadikan misi seumur hidup yang harus digesakan, sedangkan diri masih terkial-kial menyara diri?

Persoalan itu dikemukakan oleh dia yang pelik dengan pemikiran kawan-kawan yang sebegini, hingga menyebabkan kadangkala dia menyampah sehingga dia hilang minat untuk bercinta atau berkahwin. Dia berharap agar ada di antara kalian yang boleh mengemukakan cadangan atau pandangan masing-masing mengenai isu ini. Dan aku, mahu menulis pandangan peribadi dengan jawapan aku sendiri.

Kenapa cinta itu dijadikan seakan-akan perkara paling penting dalam hidup?
Cinta itu mungkin penting. Setiap manusia ada rasa ingin mencintai dan dicintai. Kalaulah tidak dengan orang yang bukan muhrim, masih ada rasa cinta di kalangan ibu bapa, adik beradik serta kaum keluarga serta rakan taulan. Tetapi cinta janganlah sampai membuta tuli hingga mengabaikan sesuatu yang lebih utama. Bahkan, aku melihat kecintaan kepada Allah dan Rasulnya lebih utama walaupun mungkin hati aku tidak disinggahi rasa cinta manusia lagi saat ini. 

Aku mahu membiarkan rasa itu berlalu pergi dan mengkhususkan kecintaan aku lebih kepada apa yang aku ada sekarang ini. Aku menyedari kecintaan aku kepada Allah, Rasullullah, ibu bapa, keluarga atau rakan taulan serta diri aku sendiri mungkin belum cukup tinggi. Biarlah aku mengabdikan rasa cinta itu dulu, sebelum aku memikirkan untuk mencintai manusia lain sekali lagi.

Kenapa teman lelaki atau suami dijadikan insan terpenting dalam hidup walaupun ibu bapa masih ada?
Untuk bahagian ini, aku jujurnya tiada jawapan. Walaupun begitu, aku melihat walau bagaimanapun cinta kita kepada pasangan masing-masing, tidak kira lelaki atau perempuan, ibubapa masih mempunyai tempat terpenting di dalam diri. Nah, keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa bukan? Walaupun begitu, bila mempunyai pasangan masing-masing yang halal (maksudnya suami atau isteri), kena pandai membahagikan masa antara keduanya.

Entah, aku tidak punya alasan atau dasar yang kukuh mahu berbicara mengenai ini. Kalian punya ilham untuk dikongsi bersama?

Kalau suami, memang isteri itu sudah menjadi tanggungan dia bukan?

Suami atau isteri aku masih boleh bertolak ansur, tetapi kalau setakat teman lelaki atau teman wanita, awas kalau berkelakuan begitu. 

Kenapa kahwin itu dijadikan misi seumur hidup yang harus digesakan, sedangkan diri masih terkial-kial menyara diri?
Aku secara jujurnya meletakkan segalanya di tangan takdir. Aku sudah penat mencari kebahagiaan dengan bersandarkan kepada orang lain. Aku tidak mahu lagi kegembiraan dan senyuman aku hilang bila aku tidak punya orang kesayangan. Disebabkan itulah, hal perkahwinan aku tidak begitu memikirkan buat saat ini memandangkan aku tidak punya sesiapa untuk dijadikan calon suami.

Aku meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya melangsungkan pernikahan pada umur 25 tahun (kalau punya jodoh suatu hari nanti). Biarlah amsa yang menentukan, dan aku melihat orang yang berkahwin muda ini juga ada kebaikannya. Mungkin boleh mengelakkan daripada melakukan zina, dan sementelahan sudah bersedia menggalas tanggungjawab, biarlah mereka. Tetapi kalau masih terkial-kial mencari rezeki untuk menyara diri sendiri, mungkin lebih baik untuk memikirkannya terlebih dahulu dengan nyata.

Itu sekadar pandangan peribadi aku yang mungkin bukan siapa-siapa. Menulis pendapat bagi menjawab pertanyaan seorang teman yang memerlukan pandangan daripada kalian yang mungkin pernah melaluinya. Sudi-sudikanlah berkongsi cerita dengan aku dan juga dia.

Zara : Cuaca hari ini sangat mendung. Aku rindukan matahari yang entah bila akan muncul kembali. Biarlah masa yang menentukan sama ada aku mampu mencari semula kebahagiaan yang telah sirna dan menghilang kerana aku percaya, ketentuan Allah tidak akan pernah salah.


8 comments:

Ery Farieha said...

bila dah kahwin kan suami no 1
baru ibubapa kite
hurmmm.
tapi janganla sampai diabaikan pulak ibu bapa tu kan?



renung2kan dan selamat beramal.
hehehehe

x-po said...

sejak aku duk single setahun ni, memang aku nak pentingkan family plak..malas dah nk serabut2 kpala dgn cintan2 ni

Rasuah polis atau tak? RM300 atau RM50? Pilihan anda?

Wanita Mutalib said...

setuju dengan ery ~
perempuan bila dah berkahwin mmg kepada suami dia pergi dulu, namun walau apa pun terjadi, ibu bapa tak boleh dibelakangi..

tak setuju dengan pendapat teman lelaki atau suami dijadikan insan terpenting dalam hidup walaupun ibu bapa masih ada..

sebab pada te, mereka sama penting..

ntah la.. zaman sekarang, orang makin bijak pandai.. banyk pendapat sendiri.. ada juga yang berpendapat teman lelaki atau suami lebih penting, namun te tak rasa begitu :p

saya sayang suami tapi saya tetap tak lupa ibu dan bapa yang membesarkan te sampai dapat jumpa suami ni kan :p

owh panjangnyer :p

Cik Nass said...

Itulah hakikat jika menjadi seorang wanita. Sebelum berkahwin, syurga wanita terletak di kaki ibu mereka. Namun, setelah berkahwin, syurga itu terletak di kaki suami mereka, malahan keluarga si suami adalah yang pertama, dan keluarga sendiri jatuh di tangga kedua.

Tapi itu hanyalah sekadar perumpamaan. Jika kita seorang manusia yang mempunyai nilai hati dan perasaan, tetap juga kebajikan ibu bapa itu tidak boleh kita abaikan, terutama dari segi makan, pakai dan perubatan.

Hargailah ibu bapa selagi mereka masih bersama kita..

p/s: merasa sayu kerana ibu bapaku kian meniti usia..dan mereka mengharapkan mereka meninggalkan dunia ini bersama-sama.. :( tidak mampu rasanya membayangkan hidup tanpa mereka di dunia ini...

Entri terkini: http://ciknass.com/oh-senggugut

Fiffy said...

kalau dah kahwin tu lain kira la kan, sebab keredhaan allah bergantung dengan keredhaan suami kepada isteri. asalkan dia x menderhaka kpd ibu bapa. tapi yg masalahnya sekarang...


BUDAK2 ZAMAN SEKARANG NI MACAM MEMBELAKANGI IBU BAPA SEMATA2 UTK PAKWE/MAKWE DORANG PADAHAL LOM TENTU LAGI KAPEL DIA TU KAWEN NGN DORANG.


pirrah, seluar dalam pn mak bapak yang beli, ada hati nak ketepikan mak bapak. puih.

MK said...

Bagus! membuka minda aku supaya kawin bila dh cecah 30an.haha!

PinQib said...

betullah.. ada orang meletakkan cinta lebih atas dr tuhan, ibu bapa dan keluarga.. --_--"



Latest entry. Mai la singgah. 
Harap satu keluarga lu kena kencing manis!


Jejaka hot posisi kurang panas


Tolong (-_-“)

Soni Gonzales said...

untuk cintai org lain, kena cintai diri sendid tuhri dulu, tpi sebelum itu semua - pastikan kita cinta pada Allah dulu