Thursday, August 19, 2010

Lelaki Dan Perempuan : Masing-Masing Punya Kelebihan Dan Kekurangan | Jom Tidur Bersama!


Salam semua.
Aku sudah berada di rumah. Tahniah kepada budak-budak di sekolah yang mendapat 'netbook' seorang satu. Ya, di bawah projek 1 Malaysia (lebih kurang begini namanya), setiap murid di sekolah aku mendapat 'netbook' dengan hanya membayar RM 68 sahaja. Aku fikir dapat yang murah ataupun yang biasa-biasa sahaja, tapi dapat jenama Samsung! Buat orang geram sahaja. Kalau lepas ini malas juga, boleh aku minta izin lempang mereka seorang sekali? Ketawa.

Cikgu macam cemburu pula. Eh, salahkah? Dulu zaman sekolah, ada komputer biasa sahaja sudah rasa bertuah dan bangga. Pandai menaip dan cetak apa sahaja, sudah rasa bahagia. Senyum, tahan rasa.

http://www.ludumdare.com/compo/wp-content/uploads/2008/04/sleep-motivation.png
Buat yang mungkin tidak tahu, ini adalah struktur molekul untuk kafein.
Benda wajib yang perlu masuk ke dalam diri aku setiap pagi.

Diskriminasi.
Memasuki bulan puasa, aku mula mengajar kerja kayu di bengkel. Ya, lupakan fakta yang aku adalah budak Kimia (yang tidak dapat mengajar Kimia), aku adalah cikgu Kemahiran Hidup yang perlu pandai bertukang, memotong kayu dan sebagainya. Lainnya daripada bidang yang aku belajar separuh mati di universiti. Ketawa. Tiada lagi campuran asid ataupun alkali yang berkepekatan tinggi sebagai hiburan aku. Sedih.

Tidak mengapa.
Mana tahu tahun depan aku akan dapat mengajar Kimia? *Ayat untuk membakar semangat diri sendiri* Aku jujurnya suka juga belajar tentang sesuatu yang baru seperti ini dan bila di bengkel, keganasan aku haruslah berlebihan daripada biasa. Oh, percayalah cakap aku. Mengajar 28 murid di dalam kelas atau makmal adalah senang berbanding di bengkel, di mana mata kita perlu meliar memerhatikan setiap pergerakan murid.

Murid : Cikgu, nak potong papan ni guna mesin tu?
Aku : Ya.
Murid : Kalau suruh budak lelaki buat boleh cikgu?
Aku : Kenapa?
Murid : Lelaki pandai buat benda-benda macam itu, lagipun lelaki kuat.
Aku : Sudah tu, perempuan lemah? Habis tu, saya yang angkat keluar papan banyak-banyak dari stor ni bukan perempuan?
Murid : Cikgu lain.
Aku : Apa yang lainnya? Kawan awak yang kurus, boleh potong kayu dia sendiri. Guna gergaji lagi.
Murid : Baik cikgu.
Aku : Ukur betul-betul. Sebelum potong, tunjuk pada saya dahulu.

Oh, aku memang sinikal apabila orang menyatakan lelaki kuat, maka dia boleh buat segala benda. Perempuan lemah, jadi nak buat kerja begini semua pun tak boleh. Bukan semangat feminisme ataupun apa, tetapi aku rasa, apabila datang kepada proses pembelajaran, sesuatu seperti itu tidak boleh wujud. Ya, mungkin murid lelaki mempunyai kekuatan nak memotong papan, kayu segala, tetapi murid perempuan harus buat juga. Kalau tidak, baik suruh budak lelaki sahaja buat kerja kayu, budak perempuan tengok sahaja. Benda yang dibuat sendiri adalah satu pengalaman hidup.

Dan, apabila waktu bengkel habis, kerja mengemas haruslah dilakukan. Segala habuk kayu, serta peralatan yang digunakan haruslah dibersihkan dan disimpan di tempat yang sepatutnya. Di mana diambil, di situ perlu disimpan. Memandangkan alatan adalah berbahaya dan mahal juga harganya, sikap tanggungjawab perlu dipupuk ke dalam setiap dari individu.

Aku : Sila berhenti buat kerja masing-masing. Kemas meja, angkat kerusi. Barang yang digunakan sila simpan di tempat sepatutnya.
Murid : Suruh budak perempuan kemas cikgu.
Aku : Kenapa?
Murid : Sebab perempuan pandai mengemas.
Aku : Amboi! Yang paling banyak potong kayu, kamu semua. Nak suruh budak perempuan yang terkial-kial potong kemas segala habuk yang awak buat?
Murid : Dah mereka lambat potong.
Aku : Kemas tempat masing-masing. Saya nampak ada reja-reja kayu, habuk, alatan yang tertinggal, siap.
Murid : Kena ke cikgu?
Aku : Jangan malas.

Potong kayu sama-sama, bila mengemas pandai nak suruh budak perempuan buat semua benda. Memang awas kalau budak-budak ini mahu ada sifat diskriminasi dalam diri. Memang aku basuh semula secukup rasa. Jangan harap dapat dengar aku kata, ya, lelaki memang kuat, perempuan memang semua rajin mengemas. Tidak sesekali sebab aku dibesarkan dengan sikap lelaki dan perempuan sama-sama boleh buat kerja (kecuali beberapa perkara seperti mengandung dan sebagainya). Ketawa. Ada tahap masing-masing dan dalam belajar, guru-guru aku sebelum ini tidak pernah membezakan aku mengikut jantina.

*******

http://www.manageyourlifenow.com/Portals/0/ArticleImages/stress-and-sleep.gif
Ada sesiapa yang mengalami benda begini?
Ini adalah salah satu daripada tanda anda mengalami tekanan.

Kawan : Dah sampai rumah?
Aku : Dah.
Kawan : Puasa?
Aku : Puasa. Kau?
Kawan : Puasa lah. Penat gila badan.
Aku : Jom tidur.
Kawan : Aku dah baca apa pembaca kau tulis.
Aku : Dah tu?
Kawan : Beri masa untuk aku berfikir.
Aku : Silakan, ambil masa kau kawan.
Kawan : Jom tidur, rehat. Kau mesti penat gila di sekolah.
Aku : Kau dah balik kerja juga?
Kawan : Hari ini aku jumpa pelanggan sahaja. Jom tidur.

Dan itu mengakhiri penulisan aku kali ini. Jom tidur ataupun rehat sebentar sebelum bangun melunaskan solat Asar dan menyediakan juadah berbuka puasa. Kepada yang sedang bekerja, minta maaf. Senyum mesra.

Zara : Masih dihujani dengan pertanyaan tentang siapa gadis dalam penulisan sebelum ini. Aku hanya senyum sendirian sahaja.


7 comments:

Nur Hayaty said...

lawaknya baca telatah anak muridmu zara,memang kamu happy dengan kerjamu sekarang...ku pun turut rasa kegembiraan itu ^__^

mier@merr said...

haha,,sama la kita.... aku pun tak dapat ngaja sains...tapi math adalah jiwa....aku tada kesah...


~aku dulu skola pompuan...sume pun wat sniri hape... tak payah mntk tlg dak laki pong...hehe

joegrimjow said...

formula tu...
macam pernah jumpa
ahahaaaa

lumut said...

ok skrg awk dah tau kan tugas awk??saya nak jadi kaya dgn blogging dna nak jadi femes macam adibah noor melalui blog..cpt lakukan tugas anda syg!!

hahahah..

lumut said...

jgn lupe promote i taw..i nak jd kaye jugak..hahha..
muahh!!

azieazah said...

Zaman Kak Azie skulah dulu, bayang komputer pun tak nampak.. Untung budak sekarang..

The Poyo Me said...

biasa la dgaan menjadi cikgu. kadang2 disuruh mengajar benda yang luar kemahiran. lagi2 kalau cikgu kat sekolah tk cukup.

pesan akhir--hati2 dengan pelajar2 lelaki. selalu diorg la paling rajin curi alat tukang. pastikan kira sebijik2 sebelum balik. hehehehe