Monday, August 23, 2010

Memang Mukabuku, Twitter Dan Apa Jua Jaringan Sosial Internet Itu Bahaya | Tempat Mengintip Rahsia


Salam semua.

Hari ini seperti yang biasanya adalah Isnin yang membahagiakan serta memenatkan. Masih dalam proses menyiapkan manuskrip untuk Hari Kemerdekaan, membuatkan aku lebih banyak menumpukan perhatian ke arah sesuatu yang semakin menjadi darah daging aku saat ini. Bukan bermaksud aku melupakan Kimia, tidak sama sekali. Kecintaan aku pada sesuatu yang berkepekatan tinggi belum pernah pudar.

Dan pagi ini, setelah menghantar Bonda ke sekolahnya, aku menerima panggilan telefon daripada seorang kawan. Ya, hanya mereka tertentu sahaja yang mempunyai akses kepada nombor telefon aku dan biasanya kalau kenalan maya, aku akan berikan jika aku benar-benar percaya dan telah berkenalan lama dari segi persefahaman dan sebagainya. Baiklah, bukan itu yang mahu aku perkatakan saat ini.
Kawan : Aku gaduh dengan si dia.
Aku : Kenapa lagi?
Kawan : Dia terbaca aku berbual-bual dengan kawan lain di Mukabuku dan Twitter, lepas itu dia sentap.
Aku : Dia terbaca ke dia memang sengaja baca?
Kawan : Entah, dia kata dia terbaca.
Aku : Kau tulis apa?
Kawan : Benda-benda biasa, bual-bual dengan orang lain.
Aku : Kau ada tipu dia apa-apa ke?
Kawan : Aku tak sihat semalam. Dia suruh aku rehat.
Aku : Dia suruh kau rehat, tapi kau guna Internet, mana dia tak angin?
Kawan : Aku dah baring dah. Bukan aku menghadap komputer, aku guna telefon sahaja.
Aku : Lain kali, tak payah guna.
Kawan : Aku bosan, aku gunalah Internet. Dia kata kalau aku bosan aku patut telefon atau SMS dia.
Aku : (ketawa) Dia cemburu lah tu.
Kawan : Dia siap cetak paparan (baca : print screen) lagi apa yang aku bual. Dia kata bukti kalau aku tak mengaku.
Aku : Mak ai, bahaya betul dia tu.
Kawan : Sadis kan?
Aku : Ni dia ada letak peranti pepijat ke di telefon kau?
Kawan : Apa kau ingat dia perisik ke?
Aku : (ketawa) Mana lah tahu dia rakam perbualan kita, lepas itu dia muatnaik di mana-mana.
Kawan : Gila apa kau?
Aku : Aku tak nak ada skandal ya? Aku masih bujang dan bujang.
Kawan : Satu dunia tahu kau bujang, cikgu.
Aku : Sekurang-kurangnya tiada orang cetak perkataan - "Zara masih bujang lagi"
Kawan : Orang gila sahaja yang buat macam tu.
Aku : Nak bagi aku sentap nampak.
Kawan : Gurau sahaja.

Jaringan Sosial = Tempat Mengintip.
Seperti yang diketahui, memang jaringan sosial adalah antara tempat terbaik orang mahu membaca sesuatu mengenai kita dan sebagainya. Walaupun kita menghadkan pembaca dengan mengemaskini bahagian privasi, acap kali yang menikam kita dari belakang adalah orang yang kita kenali. Sesetengah orang bila mempunyai hubungan, sudah semakin tidak percaya kepada diri sendiri. Gambar dan sebagainya sudah menjadi bahan tontonan buat mereka yang melayari. Kadangkala bukan kita yang letak, tetapi orang lain yang meletakkan maklumat tersebut tanpa menyedari mungkin ada sesiapa yang terasa atau makan hati.

http://www.zachalig.com/aap/wp-content/uploads/2009/03/0006_dsc_0391-800x535.jpg
Cuba diletak gambar begini, biarkan pasangan masing-masing meneka dengan laju.

"Eh, ini bukan kasut tinggi aku. Dengan siapa teman lelaki aku berpelukan?"

atau

"Ini bukan kaki aku. Mana ada aku pakai kasut macam tu? Itu macam kasut teman wanita aku. Dengan lelaki mana dia bergayut ni?"

Nah, bukankah sudah boleh mendatangkan kecurigaan kepada pasangan jika tiada nilai kepercayaan yang tinggi di dalam diri? Ah, sebab itu aku selalu mencadangkan kepada kawan-kawan yang bercinta agar berhati-hati jika mahu melakukan sesuatu. Fikir dulu buruk baik sebelum meletakkan sesuatu gambar ataupun kenyataan. Aku sendiri kalau ada sesuatu yang kurang menyenangkan, akan meminta orang yang meletakkan sesuatu yang tidak begitu menyenangkan untuk memadamnya.

Cetak Paparan (Baca : Print screen)
Ya.
Ini adalah sesuatu yang semakin terkenal sejak kebelakangan ini. Jika ada sesuatu yang tidak puas hati dan sebagainya, terus dicetak dan disebarkan. Kalau sekadar untuk peribadi, contohnya aku cetak paparan orang yang menyumpah seranah di blog aku dan diletakkan di penulisan aku, masih boleh diterima. Ini kalau ada yang menjejaskan seluruh negara contohnya, nah, bukankah akan menjadi skandal baru?


Contoh cetakan aku sendiri.
Hazami, minta maaf, ini bukan skandal ya? Ketawa.

Jika pasangan masing-masing boleh menerima, itu tidak mengapa. Kalau boleh menimbulkan ketegangan, pastinya, perlu dielakkan daripada menjadi duri yang menikam hati yang mungkin sering cemburu buta. Oh, Hazami Bahrin Daniel itu adalah bapa kepada anak-anak angkat aku. Sering bergurau gila di Mukabuku. Nasib baik Hannah seorang yang memahami kegilaan suaminya itu. Alahai.

Dan, itu sahaja yang aku mahu menulis hari ini. Bukan tidak pernah orang bercinta, berpasangan serta berpisah, bercerai disebabkan skandal-skandal yang terbongkar di jaringan sosial. Maka, sila berhati-hati. Bukanlah aku menggalakkan orang bermain kayu tiga, cuma, sila berhati-hati.

Dan aku juga bercakap melalui pengalaman, apabila privasi aku dicabul (boleh guna ayat ini?), oleh keluarga sendiri, walaupun bukan adik beradik ataupun ibubapa sendiri.

Zara : Badan ku agak keletihan apabila tenaga hampir kesemuanya telah disalurkan ke bengkel kayu semasa mengajar Tingkatan Dua tadi. Ya, bertukang itu indah. Sekian. Ketawa.


15 comments:

mira amair said...

sebab tu la aku tutup semua akaun laman sosial aku..senang..hihihihi..

Nur Hayaty said...

ku jarang update di FB coz ramai kenalan disana,kalo post ckit pasti ada yang komen,nsb baik ku ada twitter,kenalan blogger je semua,tak ada kenalan rapat,lagipun ku kalo nak luahkan pun ku takkan tulis terang2,pasti ku akan tulis samar2..hehe..ada baik dan buruknya laman sosial,depend individu itu sendiri bagaimana nak handle emosi..=]

eliana_adnand said...

betol, bende2 cmni mmg bole di jadikan 'bahan'.
sampai ade yg bergaduh anak beranak. kesian. sepatutnya social network ni di guna utk kebaikan.
tp, inilah dunia berteknologi,kan? hee

joegrimjow said...

kena baca apa yang tern and condition kat fb atau laman lain

memang tak boleh nak saman sebab join fb bermkna dah merelakan diri dicabul =)

funky_D said...

aku silent reader....tetiba terpanggil nak komen tentang isu ni. dulu pun aku penah buat entry pasal perkara ni. x semua perkara perlu bagitau pada org. contoh nak tido, rindukan seseorg dan sebagainya. kalau rindu terus telefon org tu kan senang.

zara, i like ur style of writing. sgt jujur dan tulus. marah pun masih dalam susunan kata yg sempurna. sgt suka. teruskan menulis ye. aku akan sentiasa tunggu entry terkini kamu. =)

kutojimedo said...

kak zara, bukan tertakluk kepada pasangan je, family pon sama!
tu la kadang2 sy rasa susah kalau family ada fb, semua die tahu. skarang ni sy dah restrickan wall dkt diorg.hahaha. kalau tak, status yg kita cakap untuk org lain, diorg pulak yg perasan mcm kita cakap dkt dia. adehh =_="""""""""""

Amieynna Amin said...

btol..
skg kan ramai yg celik pelik IT...
hackers laa ape laa..
menakutkan..
so, better xyah ada semua ni..
oooppss..
mcm xbleh je..
hehe

etomyam said...

lama dah aktif dlm mukabuku dan twitter nih :D

Encik Tikus said...

buka puasa jom cikgu ;P

cKyN WaN said...

setiap kali baca perkataan ketawa aku akan terbayang muka di header blog ni hehe jgn marah~

zam.enol.arep said...

ak prnah hadapi nih. dulu ak sentap. ak bising. skang ak sentap ak senyap je. *laki satu je, kalau anda cuba bohong kami, anda silap besar. haha.

hey lama x mnjengah kau la kak. @_@

[z@ck] said...

nak num tepon boleh?
hehehe

Hamli Sanai said...

Saya pun kalau nk cari orang guna facebook jer, semua ada, huhu~~

encHIx laNDax said...

ya!!x pasal2,pasal FB,gaduh sana sini~~hampeh T T

The Poyo Me said...

benci features facebook yang baru sekarang.

ala, yang kalau kita berbalas mesej dgn seseorang, orang lain boleh baca mesej kita walaupun orang lain tak kawan dgn seseorang tersebut. dia akan muncul dalam wall fedd anyway. terpaksa la berhati2 dan takboleh main sound direct orang lain dah. haisshhhh...

also tak suke dengan mangkuk2 yg terlebih rajin promot hasil niaga diorang serta penuhkan wall dengan emo post setiap lima minit. eh ngumpat pulak....hahaha