Tuesday, August 17, 2010

Orang Buang Bayi Kalah Orang Buang Sampah - Isu Moral, Agama Dan Kemanusiaan Tiada Harga?


Salam semua.
Hanya mahu menulis sedikit tentang perbualan aku bersama dengan seorang teman maya bernama Danielle Corleone. Beliau merupakan seorang penulis aliran indie dan sudah masuk ke bidang utama (baca : mainstream) secara perlahan-lahan. Mengagumi penulisan dia dan tidak sangka dapat menjadi teman berbual walaupun sekadar di depan komputer riba. Harap dapat menulis bersama dengan dia suatu hari nanti.


Aku sentiasa rasa gambar ini amat bersemangat.

Soalan dari aku.
Apa pendapat kau tentang orang yang suka buang bayi ni? Aku tengok cara orang buang kalah buang sampah. Main baling-baling, bakar-bakar. (Sedangkan kita buang sampah pun di dalam tong sampah dan tidak merata-rata)

Jawapan beliau.
Ini isu besar.
Ini bukan setakat isu moral. Ini isu kemanusiaan.
Bagi aku, kalau dari segi kesalahan agama dan moral, orang yang membuang bayi sudah melakukan dua kesalahan. Berzina dan membunuh. 'Double salvo' orang putih cakap. Ceh. Macam 'power' pula gua ni.

Sebenarnya Zara, isu ini tidak boleh diselesaikan tetapi boleh dibendung untuk mengelak daripada berulang semula. Aku nak kau buat pemerhatian, waktu puncak kes-kes buang bayi adalah antara bulan Jun hingga Oktober. Cuba kau kira balik maksimum sembilan hingga tujuh bulan ke belakang, pembunuh-pembunuh ni mengandung pada bulan 12, 1 dan 2.

Kau cuba tengok masa bulan-bulan itu ada sambutan Krismas, Tahun Baru dan hari kekasih (baca : Valentine Day). Ini memang akan berlaku. Aku pun tak nak cakap lebih-lebih. Aku bukan bagus sangat kan, tapi ini realiti. Kalau dah terlajak jangan nak membuat kesalahan kedua pula.

Soalan daripada aku.
Aku pelik.
Adakah kita kempen, semakin menggalakkan benda ni? Kita sediakan tempat letak bayi, orang letak. Kita buat kempen bagai, orang makin melacak, makin bersungguh buang bayi dengan cara yg kita tak boleh fikir langsung. Semalam punya, sebelum keluar kat tivi, aku dah tengk kat blog Mazidul gambar bayi kat tepi kolej SEGI, buat aku rasa, hinanya manusia yang buat perangai camtu buang, baling bayi hidup. Ada najis kat tuala (baca :towel) tu, adakah sebab sakit sangat akibat terjatuh sampai terkeluar tahi? T___T

Jawapan dari beliau.
Hmm. Benda-benda ni nak selesai bukan bila dah jadi. Selesai masa-masa budak-budak masih kecik lagi. Sex is not only for pleasure.

Aku.
Itu tanggungjawab. Orang kata ajar pendidikan seks kat sekolah. Aku tak caya.

Beliau.
Aku setuju. Hehehe.

Aku.
Aku sukarela (baca : volunteer) nak ajar.

Beliau.
Untuk jelaskan pada orang dengan cara moral dan agama, apa itu seks.

Aku.
Dan, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam ada menyarankan agar budak-budak ini berkahwin. Bagus ke? Aku rasa ada kebaikan dan kelemahannya.

Beliau.
Kalau dah pandai buat seks tapi tak paham makna institusi perkahwinan hancur juga.

Aku.
Jadi, apa yang perlu dibuat agaknya?

Beliau.
Aku pun buntu.

Aku.
Manusia semakin pelik.

Perbualan kami hanya terberhenti setakat itu sahaja. Tetapi, banyak yang aku dapat walaupun perbualan itu sekelumit bicara. Aku pernah menulis isu buang bayi sebelum ini. Benci untuk mengulas lebih lanjut pastinya, cuma aku melihat perkara ini seperti tiada noktah penghujungnya. Berleluasa dan manusia semakin ganas menuruti segala nafsu serakah.

Zara : Adakah kita perlu melalui satu demi satu ujian untuk menyedari kesilapan yang semakin menimbun di atas muka bumi ini? Perubahan cuaca yang mendadak sudah terlampau cukup buat aku. Tidak sanggup melihat lebih daripada itu.

Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30][Bab 31][Bab 32][Bab 33][Bab 34][Bab 35][Bab 36][Bab 37]

14 comments:

NiZaM Limited said...

rasanya skrg sume org pon dok pening pale camne nak selesaikan isu buang bayi ni..sampai kerajaan dah amik langkah drastik utk kenakan hukuman gantung kat pesalah buang bayi yg sebabkan kematian.

tapi sbrnya baik kita cegah drpd mengubati..kaji sebab ape terjadinya masalah buang bayi..mestilah kesan drpd masalah sosial yg semakin meningkat skrg.

masalah sosial meningkat nape sbb kerajaan sendiri yg provide platform2 sosial. konsert sana sini, jum heboh la. mcm2 lagi..

beLLa said...

betullah kan.waktu mcm ni la byk kes buang bayi.geram tgk brite2 pasal buang bayi neh. da macam trend lak. si pembuang ni sgtla berfikiran cetek.xguna blaja tinggi2 kalau sanggup membunuh malah dibuangnya anak sendiri. ramai pasangan nak anak, tapi xdapat. ni..sanggup plak tu dibuangnyer. iskk

Encik Tikus said...

memang makin hari makin banyak blog2 kupaskan isu nie. dan yang lebih sedih. major yang melakukannya adalah orang melayu !

Namia Cinta said...

tak bolwh salah kan kerajaan juga kerana benar kan konsert sana sini.. pokok pangkal nya diri sendiri.. dan asuhan dari keluarga.. tapi ada juga mereka yang melakukan perbuatan keji nieh di berikan pendidikan agama yang cukup...

naz said...

zara ajar lah sains mendalam sikit pada murid hahaha

EDDYLEBS said...

tindakan drastik pun dorang masih buang lagi anak tu..agaknya ada masalah mental kot....terdesak yg amat sangat....tak mampu nak fikir waras lagi....

♥CIK SHA♥ said...

isu ni makin hangat dan menjadi2 skang ni kan? aku sokong dengan teori kawan bicara maya kau itu..mereka buat kerja2 kotor itu waktu2 kemuncak di bulan 12,1 dan 2..

dan seperti cakap encik tikus, major yg wat kerja buang2 bayi ni org melayu..org cina india mungkin ada wat kerja kotor ni tapi mereka tdk akan buang baby2 hasil kerja kotor mereka..cuma org melayu yg buat kerja kotor itu yg sggp buang baby ni..alasan nya sebab MALU..aku pelik dengan pemikiran mereka bila mereka kata MALU..napa masa buat kerja kotor tu mereka tdk fikir itu semua??hanyut di bawa arus keseronokan zina..sungguh tak berakal..

pearl apple said...

sedih bila nak cakap pasal nih..sebab yg buat suma nih org melayu yg beragama islam..sekadar nama saja islam tapi tak pernah pun nak amalkan islam yg sebenar...kalau masing-masing paham pendekatan islam yg sebenar..insya ALLAH benda-benda macam nih buleh elak..

kalau dah pernah berzina..a.k.a dah lakukan satu dosa besar, tak mustahil untuk si pelaku tuh melakukan 2 kali dosa, membunuh..ni lar masalah remaja kita..

pernah pesyarah saya cakap..ada sebuah negara yang jatuh sebab masalah sosial yg sangat kritikal...bila saya fikir2 balik..saya tertanya-tanya adakah malaysia juga akan jadi macam tuh? nauzubillah..jalan penyelesaiannya ialah kembalilah kepadaNYA..itu merupakan jalan yang paling baek..

kalau nak tubuhkan sekolah macam cdgn sebelum nih...tuh seolah-olah nak menggalakkan lagi benda nih terjadi..serius..sangat sedih bila dah jadi macam nih sebab ia melibatkan anak bangsa sendiri...=(

Luth Textile said...

susah zara.. masyarakat semakin sakit

Cikgu Nizam said...

Anak-anak merdeka...
Di manakah letaknya akal kewarasan?
Di mana hilangnya perikemanusiaan?
Di mana... Di mana hilangnya takwa?

Hari ini kau rasa seronok
Hari ini kau menurutkan nafsu
Di kemudian hari
Kau campakkan kedukaan dan kesalahanmu kepada anak yang tidak berdosa
Kecuranganmu kau tutup dengan noda

Sedarlah wahai anak-anak bangsa
Pertiwi ini tidak rela kau menjadi najis
Najis yang menghancurkan kesucian institusi keluarga
Namun, jalan kotor lagi busuk yang kau pilih...
Kau sandarkan kecelaanmu di atas bahu anak yang tidak berdosa
Kau buang ia, kau punahkan tanggungjawab
Setelah kau merasai nikmatnya dunia
Kini kau mahu mengelak dari neraka dunia...

Kau nantilah balasan atas semua perbuatan busukmu...
Dunia mahupun Akhirat.

Nornizam bin Jamal
12.12 pagi
17 Ogos 2008
http://cikgu-murid.blogspot.com/
Ruang tamu rumahku

MK said...

Berkahwin awal boleh membendung mslh zina dan buang bayi, tapi mslh rumah tangga pula timbul. Yelah, budak tak matang dh kahwin...phm2 jelah. Akhirnya mak bapak jugak yg tanggung walaupon dh bgelar suami/isteri..

Risiko kahwin muda ni ialah, masa depan belum tau lagi mcm mana. Tak pasal2 keje biasa2 je dan tak dapat nak tanggung keluarga dan anak2. inilah yg mnyebabkan ibubapa yg terpaksa ambil alih jg cucu hingga besar.

[z@ck] said...

punya ramai orang yg tak dapat anak, nakkan anak..tapi yg senang buat anak ni suka suki je nak campak.apa dia ingat barang mainan ke nak buang..huhuhu..

anak tu pembawa rezeki.buang baby umpama tolak rezeki Tuhan.alangkah ruginya mereka.

atty's said...

nak salah kan kerajaan.ibubapa..guru ..semuanya tak boleh ..
pokok pangkal dari dalam diri kita..
sepatutnya kita tau mana buruk dan baik ..dan yang penting jgn malu kan keluarga..kita.

Irsalina said...

Bagi saya, orang yang buang bayi ni, orang yang lemah agamanya. Bila lemah agamanya, mudahla terjerumus ke lembah maksiat. Kembali kepada agama kita adalah jalan yang terbaik....