Tuesday, August 24, 2010

Petronas Merdeka 2010 - Kereta Buruk | Kekuatan Sebenar Kita Terletak Pada Hati | Kemerdekaan Ke-53


Salam semua.
Sekadar ingin berkongsi dengan kamu semua tentang iklan yang aku temui tadi. Aku jujurnya jarang meletakkan video di blog, tetapi ini sesuatu yang membuatkan aku teruja. Ya, aku dan iklan amat tidak dapat dipisahkan. Hari itu orang bercakap tentang 'Keropok Moni', aku sanggup menunggu di hadapan televisyen untuk menonton sendiri iklan tersebut.

Hari Kemerdekaan.
Antara yang memeriahkan Hari Kemerdekaan saban tahun adalah iklan yang disiarkan di kaca televisyen. Kalau Allahyarham Yasmin Ahmad ada lagi, pasti iklan beliau yang menjadi kegemaran aku. Sentiasa menantikan saat setiap peristiwa dan perayaan penting negara, semata-mata untuk menonton iklan arahan beliau. Dan hari ini, aku jumpa suatu iklan sempena Hari Kebangsaan yang akan disambut untuk kali ke 53 tahun ini.



Agency: Leo Burnett Malaysia
Film Director: Hafiz Ibrahim
Creative Directors: Tan Yew Leong/ Ali Muhamad
Art Director: Tan Yew Leong
Copywriter: Sheikh Azraai Azmi
Production Company: Chilli Peppers
Senior Producer: Michelle Fung
Other credits: Mohd Effendy Harjoh, Raja Affandi Jamaludin


Sekalung tahniah buat mereka semua yang menerbitkan serta mengarah iklan ini. Menyentuh jiwa dan jujurnya, aku menyukai pesanan di akhir iklan ini. Kekuatan sebenar kita terletak pada hati.

Enggan mahu mengomel panjang, sama-sama kita hayati iklan ini. Walaupun mungkin tidak terlalu menyentuh hati seperti karya Allahyarham Yasmin Ahmad (Ya, aku memang peminat karya-karya Allahyarham), tetapi masih ada pesanan yang kita boleh ambil pengajaran.

Tahukah anda bahawa Tan Yew Leong adalah suami kepada Allahyarham Yasmin Ahmad?

Zara : Aku menyukai iklan Merdeka dan perayaan di Malaysia. Bagaimana dengan kamu semua? Adakah menyukai iklan juga?


20 comments:

mier@merr said...

iklan petronas belm penah gagal memenangi hati aku :)

encHIx laNDax said...

memang stail iklan ni~petronas x pernah menghampakan bila beriklan~

mira amair said...

tanpa arwah yasmin ahmad pun..tetap best..syabas..

ima said...

iklan petronas sentiasa best. unik plak tue.

Eyriqazz said...

umm..biasa aje iklan ni...iklan yasmin ahmad tetap terbaik...

♥CIK SHA♥ said...

aku pun seperti kau..suka kan iklan2 hari perayaan..and yes..this adv touch my heart too..aku pun suka ayat dia yg kau hi-lite tu..^_^

iklan petronas mmg slalu best dan tak pernah hampakn aku sbgai peminat iklan keluaran mereka..

Amoroso Renato said...

iklan2 petronas rasanya semua terbaikkk!!!

Legasi Piston Pecah said...

betul tu...iklan mereka tidak pernah menghampakan kita..

10 Jenis Motor Berkuasa Tinggi 2010

khaizarien said...

sgt best :)

PinQib said...

SETUJU. IKLAN PETRONAS MEMANG DA VOMB. KALAU ARWAH YASMIN ADA.. ;(

naz said...

saya masih mahu karya arwah yasmin

azieazah said...

Hasil produksi arwah Yasmin memang sentiasa superb!

Faizal The Newscaster said...

sorry cikgu..iklan kali ini tak berapa umpphh..

straight foward pada pendapat aku. kalau macam arwah yasmin, mesti ada maksud tersirat yang buatkan aku fikir balik iklan tu

tapi oklah daripada takda lansung kan? hehehe

selamat hari merdeka!

~~Ciklinn~~ said...

yupp ciklinn pun suka iklan2 camni..best tgok...tingat iklan arwah yasmin yg semuanya best2

k.e.r.i. said...

rasa macam biasa je iklan ni.

Hazzy Ishak said...

iklan yang ditunggu2

Mah@mahu said...

Jom sertai kempen 1 Blog 1 Bendera semoga kita teruskan semangat kemerdekaan negara kita tercinta ok..

Vee said...

best gler ads ni..suka2 ;)

pilotHans said...

salam merdeka dr sy! 53years n counting...hope it remains peacefully till years to come!


pilotHans latest entry - http://www.yohanibrahim.com/blog/the-true-meaning-of-independence

ieQa sWetLuv said...

ika pun suke iklan-iklan petronas.. byk mesej tersirat bagus3 huhu