Wednesday, August 11, 2010

Projek Khas Ramadhan : Tadarus Al-Quran Bersama Blogger Dan Rakan-Rakan Maya Lain


Salam 1 Ramadhan.
Hari ini hari pertama menunaikan ibadah puasa di dalam bulan Ramadhan pada tahun 1431 Hijrah. Moga setiap daripada kita diberikan kekuatan dalam melangsungkan ibadah ini dan memberikan yang terbaik dalam apa jua yang kita lakukan hari ini dan seterusnya dalam hari-hari yang mendatang. Alhamdulillah, hari ini aku bercuti disebabkan Johor mengambil Awal Ramadhan sebagai cuti umum.

Aku terpanggil untuk mencadangkan projek ini untuk meneruskan amalan yang sudah sebati di dalam diri sejak di bangku sekolah lagi. Tatkala aku menulis ini, Abah sedang mengatur jadual tadarus untuk surau dan Emak seperti biasa, menyusun juzuk Al-Quran yang kami sekeluarga perlu habiskan dalam masa yang ditetapkan. Sebelum ini juga, pernah melaksanakan perkara begini dengan teman sekuliah di universiti, dan Alhamdulillah, boleh dikatakan berjaya.

Projek Tadarus Rumah.
Kalau projek tadarus di rumah, Emak akan membahagikan 30 juzuk Al-Quran itu untuk dibaca oleh 8 orang. Ya, ahli keluarga kami 8 orang dan tiada seorang pun yang akan terlepas dari giliran. Maka, setelah Emak susun dan tampalkan senarai itu di almari kaca, setiap orang perlu membaca juzuk-juzuk yang telah ditetapkan (pembacaan peribadi untuk khatam Al-Quran juga boleh dilaksanakan sendiri) dan kebiasaannya Emak sudah menetapkan bila tarikh akhir agar majlis khatam beramai-ramai di rumah akan dilaksanakan.

Projek Tadarus Surau Kampung.
Ini sesuatu yang lebih lama dari apa yang telah diamalkan oleh kami sekeluarga.Setiap jemaah akan ditugaskan untuk membaca satu atau dua juzuk Al-Quran (dan disebabkan Abah yang mengatur jadualnya, jangan harap aku akan dapat juzuk yang sama dengan di rumah). Setiap jemaah akan membaca di rumah masing-masing, dan pada hari yang ditetapkan, akan ada satu majlis khas di surau untuk semua jemaah. Kira majlis khatam Al-Quran beramai-ramai disertai dengan jamuan tentunya. Itu tradisi kami di kampung, di surau yang dijaga oleh Abah.

Projek Tadarus Kawan-Kawan.
Ini dilaksanakan di tahun akhir pengajian. Membahagikan juzuk-juzuk yang perlu dibaca bersama dengan kawan-kawan sekuliah dan juga disebabkan kurang ahlinya, ada juga rakan luar yang terlibat. Majlis khatam dilakukan secara kecil-kecilan di asrama (lebih kepada jamuan kecil) dan buat rakan yang duduk di luar, dia lebih senang mengirimkan sedikit saguhati untuk dibuat jamuan atau disedekahkah kepada masjid (yang mana kami ambil duit itu dan masukkan ke tabung masjid). Itu antara bagaimana projek ini telah dilaksanakan di peringkat rumah, surau kampung dan kawan-kawan.


Projek Tadarus Bersama Blogger Dan Rakan Maya.
Ini adalah satu cadangan. Kalau ada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi aku ataupun tinggalkan komentar kalian di sini bersama dengan cadangan penambah baikan ataupun lain-lain. Aku bercadang untuk mengumpulkan sesiapa yang berminat, tidak kira kamu adalah penulis blog, pembaca blog,  pengguna Twitter, ataupun sekadar terjumpa penulisan ini untuk sama-sama memeriahkan bulan Ramadhan dengan projek ini. Cadangan yang mahu diutarakan :
1. Mengumpul sesiapa yang berminat untuk menyertai projek kecil ini.
2. Membahagikan juzuk-juzuk Al-Quran untuk dibaca. Kalau ada yang mahu mengajak ahli keluarga ataupun sahabat handai untuk turut serta adalah digalakkan, jadi ada seseorang untuk menyemak bacaan anda.
3. Peringatan : Harus jujur dalam pembacaan. Ini elemen penting memandangkan kita semua jauh daripada antara satu sama lain.
4. Menetapkan satu tarikh agar semua orang sudah tamat dengan tugasan masing-masing.
5. Majlis khatam Al-Quran - Baiklah, aku bercadang untuk mengirimkan sedikit saguhati ataupun cenderamata kepada sesiapa yang sudi menyertainya. Kalau ada kesempatan untuk berbuka puasa beramai-ramai, aku akan berusaha untuk menjayakannya.

Baiklah.
Itu cadangan aku.
Bagi sesiapa yang berminat, boleh tinggalkan nama mereka di ruangan komentar di sini. Kalau ada sebarang penambah baikan kepada projek ini, boleh utarakan pendapat juga. Boleh juga diwar-warkan di blog masing-masing agar lebih ramai menyertai projek ini. Selain itu, maaf kalau ada yang tidak menyukai projek ini.

Terima kasih.
Salam sayang daripada aku.
1. Anda boleh kongsi (baca : Share) kalau anda minat.
2. Anda boleh 'tweet' kalau anda suka untuk mengajak yang lainnya.
3. Tiada tujuan mahu riak atau apa sahaja sifat yang tidak baik, ini cuma cadangan kalau ada sesiapa berminat.

Zara : Cuaca pagi tidak begitu terik dan aku seperti yang selalunya, mengharapkan agar rezeki akan sentiasa bertambah dengan kehadiran hari baru. Dan ya, Legasi Cinta Alisia Bab 36 sudah boleh dilayari sekarang.

Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30][Bab 31][Bab 32][Bab 33][Bab 34][Bab 35][Bab 36]

34 comments:

bluecrystaldude said...

Salam Cikgu..

Cadangan yang bernas ini. (susah nak translate ayat seterusnya ini dalam Bahasa Melayu, saya khuatir saya akan menyampaikan maksud yang salah, jadi saya tulis dalam English saja lah ya :)

In my OWN, humble opinion, I prefer to keep religion matter close to oneself. I prefer to do my good things or bad things for that matter in a closed, sealed door :) I am not against the program though, I did participate in it when I was a kid. Being forced to actually. Haha. But that's not the important part of it.

I know this is going to be a successful program. With a good intention and the best interest, Insyallah it will success! I am gonna keep an eye open for this on twitter ya ;)

Salam 1 Ramadhan Cikgu!

Cikgu Nizam said...

Cadangan yang bagus cikgu... tapi, lebih baik kalau kita adakan secara konvensional, leh betulkan bacaan dan sebagainya

Chef Az said...

bagus-bagus. 1 permulaan yang baik....
=)

Saya berminat untuk sertai aktiviti ini =)

LORD ZARA 札拉 said...

bluecrystaldude :

Salam Haaziq.
Thanks for that opinion. Well, as I mentioned there, this is just a suggestion. If I can have lots of people join it, I'll start it as what I planned. If there's no response to it, I'll stick to what I have right now.

:)

Thanks again dear, and have a blessed Ramadhan. :)

LORD ZARA 札拉 said...

Cikgu Nizam :

Yeah.
Konvensional mungkin bagus, sebab itu saya nyatakan lebih baik kalau ada sesiapa untuk menyemak bacaan (saya buat begini dulu dengan rakan baik)

:)

Ahmad Tajuddin Abdullah said...

terbaik dari ladang...saya nak join sama projek nih....

http://ata-timetochange.blogspot.com/2010/08/perkara-mesti-pada-ramadhan.html

hellioz said...

cikgu!!!!
gyahahahahh~

lu msty kewl an...
gyahahahah~

mEiZ SHA said...

cadang yang cukup bernas sayang.:)
insyaallah saya berminat nak menyertai..

salam ramadhan dik..;)

LORD ZARA 札拉 said...

Ahmad Tajuddin Abdullah :

Moga2 boleh sertainya bersama.
:)

Terima kasih.

LORD ZARA 札拉 said...

Chef Az:

Chef Az, thanks a lot dik.

:)

LORD ZARA 札拉 said...

hellioz :

gua tak kewl langsung beb~

:)

LORD ZARA 札拉 said...

mEiZ SHA:

Thanks a lot Kak ku sayang~

:)

Anonymous said...

CgMas tak dapat join sebab jauh sangat. Dapat buat di rumah saja, tp masalahnya bila sorang2 ni banyak gangguan, kena disiplin. Anak2 memang kena ingatkan lebih 3 kali... ni yang nak bunuh je TV tuh..

eNaSaN said...

salam ramadhan zara,


bagus juga cdangan nie... mahu jaoin juga dekat opis nie ada 2 lg kawan insyaAllah akan join... (^_^)...

zida said...

mau jugak. nak nak joinn ;)

shahirahkhairudin said...

Assalamualaikum cikgu (nada murid-murid)

wawawa... zara.. nak join... nak join.. btw, selamat menjalani ibdah puasa.. semoga diberi ketenangan dan dilimpahi rahmat-Nya..

Miya ✖ said...

helo cikgu zara, miya mahu join boleh? :)

tiha said...

Salam Ramadhan Zara...^__^

Berita terbaru dari blog saya:

hARAP MAKLUM sUMIMASEN
Wah sampai sudah...!!^__^
Songs : Maher Zain feat Irf - Allahi Allah Kiya Karo

MuNsYi SaMa said...

Kena cepat la kalau nak ajak ramai2. atau start terus sendiri2.er, tak paham camne konsep die sbenarnye. slalu tadarus AQ sendiri2 je. anyway, good effort! Smoga dapat menarik ramai lagi mendekati Alquran.

join je~

Hazman aka species1980 said...

Idea baru yang menarik..... cuma saya just nak kasi idea lain - derma atau sedekah kat badan kebajikan... sekadar cadangan....

Cikgu Mizi said...

cadangan yang baguih.. share pahale ngan blogger ylen.. haha.. chaiyok3..

che amyza said...

salam...
suatu cadangan yg agak bernas di bulan yg mulia ini. sama2 menjayaknnya...dan sama2 brusaha utk melakukn yg trbaik. (semua org mahu pahala bkn?? hahaha) di masa nilh kita buat sedaya yg trmampu. kongsi kebaikkan, jauhi kemungkaran. tahniah cikgu!

-anak murid....(",)
(sy mahu sertai bersama!!! yey!)

Qaseh said...

idea yg cukup2 bagus dan menarik. saya sangat setuju. moga2 dpt berkat drpd bulan mulia ni

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

Sangat suka dengan idea dan projek ini Zara. InsyaAllah sekiranya ada kesempatan akan dilaksana.

Cikgu Nizam said...

Saya dah linkkan dalam fb... insya Allah ada lagi nak join...

new blog

http://cikgu-murid.blogspot.com

emieysandra said...

salam cikgu zara..

cadangan yang baik..insyaAllah, emiey nak jOin jugak..

~_^

MK said...

Good effort..

aku join =]

tapi aku agak blur, mcm mn ko nk kumpulkn semua?

explain sket.

HEMY said...

memang bagus kalau konvensional utk semak bacaan..tp idea yg baik juga begini..kita tak tentu ada masa utk sua muka kan

count me in!!

A t i Q a h said...

saya nak menjoinkan diri ye chekgu. pas tu nak buat majlis khatam kat mana? huhu.

Sir Marcello said...

wah menarik...semoga yang ikut serta mendapat keberkatan ya :)

♥Hernee Nazir♥ said...

salam ramadhan zara..

akk nk join gak blh ke?

naz said...

oh zara u memang cikgu :)

eliana_adnand said...

sayang, mau join juga..
nt bahagikan part mane yg nak kena baca eh.. :)

Ms J said...

setiap ada kelapangan Insyallah akan bertadarus... tp sorang dirilah. Cuma anak-anak bulu je yg dgrkan bacaan.

Pembahagian bacaan maccam mana?