Friday, August 13, 2010

Ramadhan #03 - Bingkisan Buat Cinta Hati | Hantaran Senaskah Al-Quran Indah Berwarna Biru


Salam.
Manusia beku ini pernah sepi. Pernah melalui hari-hari yang menakutkan setelah kehilangan separuh daripada diri. Tiada tangisan, tiada ratapan, cuma pernah sepi. Tetapi kesepian itu tidak akan membunuh sekeping hati, itu yang dia sendiri pasti.

Bingkisan Buat Cinta Hati.
Tadi di sekolah, ada dua pemuda yang datang menjual naskah Al-Quran tafsir. Pada mulanya aku masih berfikir-fikir sama ada mahu membelinya atau tidak, sedangkan aku sudah punya naskah aku sendiri. Berfikir dan membuat panggilan telefon kepada Bonda juga (ah, adakah aku tidak mampu membuat keputusan sendiri hingga perkara sebegini juga perlu bertanya dia?).

Aku : Mak, ada orang datang jual Al-Quarn Tafsir.
Bonda : Oh, yang harga sekian itu ya? Mak dah ada.
Aku : Ya. Boleh tak Along nak beli?
Bonda : Ikut kamu. Kamu yang nak pakai.
Aku : Tapi harganya macam agak mahal.
Bonda : Haih, beli Al-Quran pun nak berkira ke?
Aku : Erk, tak, tak.

Padan muka aku sebab sudah diperli oleh Bonda. Ketawa. Memang naskah itu lawa dan sangat menarik perhatian aku, bukan sahaja disebabkan penampilannya, tetapi juga disebabkan, bagi setiap perkataan, ada diletakkan maksudnya. Oh, memang aku suka. Baiklah, nampaknya naskah Al-Quran tafsir yang aku punya sekarang ini boleh duduk di sekolah sahaja - dan dikhaskan untuk budaya Al-Quran. Yang ini boleh diletakkan di rumah atau diberikan kepada suami aku esok pagi.


Datang dengan beg (hitam) bergambarkan kelambu Kaabah serta dua baucer, $100 untuk umrah dan $200 untuk haji. Ya, dalam nilai dollar.

"Boleh bayar dua kali. Bayar deposit dahulu. Kalau telefon genggam sanggup dibeli, takkan membeli Al-Quran mahu berkira?"
*ayat motivasi (sebenarnya mengejek) kepada diri sendiri*

Alhamdulillah, ia sudah menjadi milik aku. Semangat untuk meneruskan projek Tadarus juga bertambah. Di sekolah tadi aku sudah mendapat tugasan tadarus bersama guru-guru juga. Kumpulan aku diamanahkan untuk membaca juzuk 24-26. Ada lima orang kami kesemuanya, dan aku adalah satu-satunya anak dara yang belum berkahwin. (Penting ke fakta ni?)

Ada seorang kawan aku yang terlihat aku meletakkan gambar ini di Mukabuku dan terus membuat panggila telefon kepada aku sewaktu aku dalam perjalanan pulang. Ah, rajin pula kamu ya kawan? Bonus percuma hari lahir ya? Senyum.

Kawan : Amboi, ada orang beli Al-Quran.
Aku : Hehehe.
Kawan : Nanti kalau kahwin senang cik abang, tak payah belikan Al-Quran lagi.
Aku : Hehehe. Ini kali pertama beli Al-Quran.
Kawan : Serius? Selama ini?
Aku : Semuanya orang bagi. 
Kawan : Nanti kahwin, hantaran letak Al-Quran tak?
Aku : Versi elektronik boleh?
Kawan : Ceh!

Al-Quran selalu dikaitkan dengan perkahwinan bukan? Aku ternyata tidak berfikir sehingga sejauh itu pula. Dalam pemikiran aku, aku mahu beli Al-Quran itu, mahu beli disebabkan hati aku tertarik kepadanya dan masih mampu memilikinya. Nah, kalau ada rezeki berkahwin nanti, dapat Al-Quran jugakah?

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs151.ash2/40873_139056832798769_100000833592291_178399_4806629_n.jpg
Alhamdulillah, tepak aku berkarya juga menyokong usaha kecil yang dijayakan bersama kawan-kawan semua.

Zara : Semakin banyak diri yang terhidrasi. Tabah wahai diri, cuaca begini perlu dibiasakan sehingga tiba saatnya nanti.

2 comments:

suffer8zine said...

wahhhhh, idea bagus ni!

MissNera said...

alhamdulillah zara.. moga dipermudahkan segala perancangan.=]