Sunday, August 15, 2010

Ramadhan #05 - Kenapa Surat Khabar Ahad Penuh Dengan Iklan? Rasa Macam Beli Katalog Barang.


Salam semua.
Entah kenapa benda ini mengasak pemikiran aku sejak beberapa ketika. 



Kenapa surat khabar Ahad amat dipenuhi dengan iklan? Rasa seperti membeli katalog barang setiap kali membeli surat khabar Ahad. Sudahlah sisipan begitu banyak dengan iklan perumahan, pasar raya serta promosi-promosinya, dalam surat khabar juga penuh dengan iklan. Berita yang dapat dibaca adalah sangat sedikit berbanding dengan surat khabar hari biasa. Alahai.

Setiap hari rumah aku memang akan membeli surat khabar dan jujurnya, aku lebih suka surat khabar hari biasa. Tidaklah penuh dengan iklan semata-mata. Ada yang menyatakan, baca sahaja surat khabar secara atas talian ( baca : online), tapi jujurnya, aku lebih suka memegang naskah surat khabar. Lebih kepada perasaan membaca itu sendiri. Selalu juga aku membaca surat khabar atas talian, disebabkan aku suka mencari lebih maklumat mengenai sesuatu isu, tetapi bukan iklan. Bukan. Bukan.

Aku tidak jumud dengan iklan. Kalau iklan kerja kosong, boleh aku terima lagi, tetapi iklan yang mengarut juga penuh. Alahai.

Bagaimana dengan pendapat kamu semua?

Zara : Hujan akan turun setiap kali aku memandikan 'suami' aku. Alahai.


11 comments:

MissNafa said...

kalau penuh dengan iklan rase mcm membazir plak melabur duit utk beli newspaper tuh. kan.?

hans said...

hahaha
betul cakap ko zara
aku suka beli surat khabar daripada baca online
tak rasa puas kalau baca online

P/S : Kalau Minum Batal Puasa Kan?

lya said...

ya, terlalu banyak iklan..

naz said...

sebab ahad waktu perdana hahaha

Robot Baik said...

macam paper metro.
tebal sebab iklan jer.
macam hampeh.

DaNieL HafIz said...

best ape kalo newspaper byk iklan, x payah la kite tgk katalog da kalo nak beli barang. lagipon die akan mengurnagkan penggunaan kertas sbb org x payah print katalog hehehe....
len kali x nak iklan bace online mcm kate hans kat atas tuh...

salam kunjungan
dunker-season.blogspot.com

BuDakHutaN said...

tu yang tak best tu... iklan meraban di bulan ramadhan ~_^
cuba masukkan iklan berkenaan giliran untuk juadah moreh kat masjid / surau...agak2 ada yang setuju tak..hehehe

The Poyo Me said...

ada satu suratkahbar tu, tebalnya seinci. nak beli bawak dalam beg, amboi leceh yang amat! tapi kalau kita tanggalkan classifield dia saja, dah lebih nipis dari kosmo. hahaha

fiQ Froz said...

surat khabat mesia kadang2 x berkualiti..part2 artis ah paling byk..cis..

hye syg..=)

Amanda Eltiqaz said...

mak sy suka iklan tu...stiap kali nmpk iklan mesti dia menjerit.. "Waahh.." "Uish!" "bang..bila nak beli ni?"

hihihi.

[z@ck] said...

newspaper pun nak buat duit juga.hahaha