Monday, August 16, 2010

Ramadhan #06 - Perlukah Perempuan Mempunyai Harta Sendiri Sebelum Mendirikan Rumah Tangga?


Salam semua.
Masih mengalami kesakitan yang amat sangat. Batuk berterusan, selsema yang tidak kunjung henti serta demam yang bertambah suhunya. Sudah makan ubat sewaktu menikmati sahur yang terdiri daripada satu cawan Nescafe dan satu cawan Nesvita Coklat.

Baiklah.
Menjawab soalan di atas, aku merasakan ianya perlu. Soalan itu diutarakan oleh seorang kenalan maya di Mukabuku aku. Dia bertanya, setelah aku mendapatkan 'suami', apa yang aku mahu kejarkan selepas ini. Jawapan spontan aku adalah sebuah rumah.

http://farm2.static.flickr.com/1234/1477263188_0c8305442a_b.jpg
Alangkah comelnya kalau dapat memiliki rumah sendiri.
Harta Sendiri.
Benda kepunyaan sendiri adalah satu kepuasan peribadi. Aku selalu merasakan sebegitu hatta sebatang pen yang aku beli menggunakan wang sendiri. Disebabkan sudah diajar sejak dari kecil supaya berusaha mendapatkan apa yang menjadi keinginan, aku menjadi lebih menghargai apa yang menjadi milikan aku. Ada seorang rakan yang ketawa bila mendapat tahu aku membeli kereta dengan kewangan sendiri.

Kawan : Dah berapa bulan kau mengajar?
Aku : Dah dekat setahun. Aku masuk bulan Oktober tahun lepas.
Kawan : Dah 10 bulan mengajar baru dapat kereta sendiri?
Aku : Dah rezeki aku begitu, biarlah.
Kawan : Aku masuk kerja dua bulan dah boleh pakai kereta.
Aku : Itu rezeki kau.
Kawan : Kau beli dengan duit sendiri?
Aku : Ya.
Kawan : Kenapa tak minta pada ibubapa kau?
Aku : Dah cukup waktu belajar aku minta duit mereka, dah kerja biarlah guna duit sendiri.
Kawan : Baik tunggu suami belikan.
Aku : Dan kalau tiada suami, sampai bila nak ada kenderaan?
Kawan : Perempuan ni tak payah kumpul harta banyak sangat.
Aku : Kenapa pula?
Kawan : Nanti lelaki takut nak dekat.

Lelaki takut nak mendekati perempuan yang berharta? Ya ke? Aku jujurnya menyukai proses pengumpulan harta atau aset tersendiri kerana kita tidak mengetahui apa yang bakal terjadi suatu hari nanti. Mungkin akan ada perkahwinan, tetapi diakhiri dengan penceraian. Walaupun seboleh-bolehnya tidak mahu benda tersebut, tetapi masa depan adalah sesuatu yang tidak pasti.

Aku : Tak mengapa, insyaALLAH, kalau ada jodoh dengan sesiapa, ada.
Kawan : Nanti kalau kau ada suami, dia masuk hidup kau cuci kaki je.
Aku : Apa salahnya kan? Kebahagiaan itu lebih penting.
Kawan : Bahagia ke kalau lelaki hidup atas hasil kerja perempuan?
Aku : Kalau begitu, bahagia ke kalau perempuan hidup atas hasil kerja lelaki semata-mata?
Kawan : Bahagia, dia tak payah bersusah payah.
Aku : Boleh jamin suami dia akan kekal disamping dia buat selamanya?
Kawan : Kalau bercerai sekalipun, boleh tuntut nafkah.
Aku : Kalau lelaki itu tak bayar nafkah?
Kawan : Bawa ke mahkamah.
Aku : Di mahkamah juga guna duit bukan?
Kawan : ......
Aku : Sebab itu aku sentiasa berpendapat, tidak kira lelaki atau perempuan, masing-masing perlu ada kerjaya dan harta masing-masing.
Kawan : Kau pesimis.
Aku : Tidak, aku lebih suka pandang masa depan.
Kawan : Lelaki dan perempuan tidak sama.
Aku : Itu diskriminasi.

Jika di dalam kelas aku, budak menyatakan lelaki lebih kuat, maka mereka boleh memotong kayu dengan cermat, aku akan menyanggah dan berkata itu diskriminasi kecil. Ini disebabkan ada sahaja murid aku yang perempuan boleh memotong kayu dengan baik juga. Bila budak perempuan kata budak lelaki tidak membuat kerja dengan kemas, aku juga membantah. Kerana ada murid lelaki yang membuat kerja lebih kemas daripada murid perempuan. Dan itu, memang aku.

Hari ini aku mahu melihat matahari dengan lebih baik. Moga pancarannya tidak terlampau terik hingga aku mengalami hidrasi seperti beberapa hari yang lepas. Usikan dan ucapan tahniah kerana memiliki 'suami' aku terima daripada mereka dengan senyuman dan ucapan terima kasih.

Zara : Berbicara dengan seorang teman tentang hidup nampaknya tidak menemui noktah penghujungnya. Ada sahaja isu yang berbangkit dalam menelusuri segala yang berkaitan dengan hidup itu sendiri. Tetapi apa yang lebih penting adalah hidup itu sendiri.


19 comments:

Aini said...

dah lebih setahun kerja masih belum beli kereta... masih naik bas pergi balik kerja..

sazzy said...

yes..setujuk...aku akan seb0leh2nye kumpul harta sendiri dulu...ngeh3

HEMY said...

stuju...btul apa yang mamat tu cakap..tp dari satu sudut yang kecik je..laki mmg akan sangat2 risau bila takde harta sebab nak berkahwin kena ada..pompuan dipandang tidak perlu risau.

tp sebenarnya taraf hidup skang..dengan keje yang ntah hebat ntah idak...kami laki pn perlu bantuan si isteri

Zqah Ail said...

perlu .. tak payah tanya kenapa tapi ku sokong 100% zara .. ku masih pandang perkara yang orang lain kureng pandang macam bila bercerai ... harta ku bukan milikmu .. haha .. harta sepencarian ? larikkk ..

Wanita Mutalib said...

dek zara..

akak pun begitu..
kereta akak, semua pakai duit sendiri..

cukup2la nyusahkan mak dan ayah masa belajar dulu kan..

mmg seingat akak, sejak akak keje, perbelanjaan semua pakai duit sendiri..mmg tak mintak dah..

pasai kumpui harta, itu juga penting..

tak paham kalu kata perempuan tak perlu kumpui harta.

eeee..tak boleh, zaman makin maju, bukan makin mundur..

kita juga harus ke depan..

MuNsYi SaMa said...

dlm keluarga kena saling tolong menolong cr nafkah..even buat keje2 rumah pon. abah dan umi cm tu. respect! :)

MX said...

sokong dengan Zara...
sekarang pun dah banyak kes-kes penceraian...
perempuan tak boleh hidup dengan bergantung kepada suami semata-mata...
perlu juga bersedia akan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan..
=)

Dark Half said...

lelaki akan dipandang lebih bertanggungjawab bila dpt sediakan basic aset sebelum bernikah. bonus bila bertemu bakal isteri yg juga mempunyai aset sendiri. aku rasa ini lebih adil

Latest entry grafik novel gua ~ Kalau Aku Bendul Kau Apa?Bangang?

sabariah.noor said...

wah wah...sudah ada kereta..bestnye!!!nnt nak naik!! :)

eliana_adnand said...

betol tu dear..
xsalah pon if nak berharta b4 kawen..
xde soal cuci kaki @ ape.. sume tu kan usaha n rezeki dariNYA.. :)

♥CIK SHA♥ said...

aku sokong pendapat kau..aku pun macam kau..nak ade harta sendiri sebelum berkahwin..biarpun usia macam aku ni orang kata dah patut kawen..tapi bg aku selagi aku tak dapat ape yang aku nak aku takkan kawen..aku cukup tak suke dgn mereka2 yg berpendapat perempuan tak payah nak sedia ape2 kalau nak berkahwin dan tak perlu berharta..sekalipun nak kawen aku nak wat kenduri pakai duit aku sendiri..bukan duit hntaran dari pihak lelaki..duit tu aku nak simpan untuk anak2 aku..wahaha..pjg lak aku komen kat sini..

Cikgu Mizi said...

wahh.. jauh nye cite2, mau memiliki mahligai pula.. mahligai tidak seri tanpa putera nya tau..!! haha..

Ms J said...

Perempuan sekarang perlu sediakan payung seblum apa-apa terjadi. Tak kiralah bakal pasangan kaya raya jua. Kita tak tau apa takdir kita di tengah jalan. Seeloknya kita ada tabungan sendiri.

Ye Zara, J pun dah jemu bila org mahu berbicara tentang jodoh dan pasangan hidup. Letih.

YobSumo said...

memang selalu macamtu... berdebat tanpa penghujung.

kalau aku, aku lagi suka wanita yg berharta. nampak independent.

naz said...

mmmm perlu :) kerana lelaki sekaran tak boleh percaya hahaha

Eazy Izzuddin said...

comeynya rumah itu..
;)

fadh ^_^ said...

xsalah kan pompuan nak kumpul harte sendri...
apelah~

[z@ck] said...

zaman dulu ye lah depends solely kat hubby.sekarang tak boleh pakai dah weyh.kena ada simpanan juga.mana tau time emergency nak kena pakai kan.better prepare before apa-apa.

=)

by the way, bila nak kahwin? hahaha

Lee Zha said...

mmg kalau dlm islam, lelaki n pmpn tu berbeza, tp skrg ni, kbykn apa yg laki o pmpn blh buat, msg2 blh buat..

n harta b4 kawin? aku stuju n ko n aku rs dialog ko kat atas sm lbh krg sm an dialog aku ngn kwn aku, knon dia dpt bkl laki kaya..

bla kita bgtau pndpt kita, jwpn nya mcm sm "laki aku kn de duit..aku goyang kaki je.." dia ckp mcm dia kawen esok, then hdp happy ending smp mati.

we nvr know what will happen in 10 years akn dtg..btol..kita x mtk perceraian, tp kita kira bsdia, andai ms itu tb, xla tkapai2 bla nk nyara anak sorg2, ryte?

sb tu..aku risau bla byk kwn sebaya aku (skg umo aku 22 thn) kawen...risau ms dpn yg blm tentu jelas..

kalau hrp laki bg harta, itu ksh zmn jpun..skg ni dunia mkin mcabar, pmpn kna beware, n open minded. jgn msh pk, laki = keja. bini = jg rmh. jg laki pn..pndai2 la wt harta sdiri..