Friday, August 20, 2010

Ramadhan #09 - Kemanakah Menghilangnya Semangat Aku Pada Makanan? | Gadis Beku Mesra?


Salam semua.
Semangat aku dengan makanan sudah menurun secara mendadak semenjak aku tamat pelajaran di universiti. Aneh kata sesetengah orang, tetapi mungkin disebabkan aku sudah semakin biasa makan seorang diri, aku hilang nafsu pada makanan yang sering menggembirakan aku selama ini.

Pertanyaan Pembaca Blog Lama.
Ada seorang pembaca blog bahasa kedua aku mengajukan soalan. Mungkin dia telah mengikuti perjalanan aku menulis di dunia maya ini begitu lama, maka dia menyedari bahawa penulisan aku semakin lama tidak lagi dihiasi dengan semangat aku pada makanan. Ya, di blog lama, aku banyak menulis tentang makanan yang aku makan setiap hari, sama ada seorang diri ataupun bersama rakan-rakan. 

Penulisan aku bertambah rancak dalam bulan Ramadhan, apabila hidangan berbuka pasti akan aku sajikan buat tatapan pengunjung blog. Tetapi di Dunia Sebelah Zara, aku sudah tidak menulis tentang makanan dan sebagainya. Ah, aku aneh juga sebenarnya. Mungkin juga nafsu makan aku sudah tidak diceriakan dengan gelak ketawa manusia-manusia yang memahami dan sama-sama menikmati setiap makanan yang dijamahi. Senyum pahit.

Antara gambar makanan serta kenangan.


Ini hidangan berbuka puasa pertama kali dengan mereka yang aku anggap sebagai saudara lelaki aku sewaktu zaman universiti. Pakcik Ady dan Adik Dwen.


Bazar Ramadhan terakhir aku di zaman universiti.
Antara gerai yang sering aku tuju untuk mendapatkan juadah berbuka puasa dan aku gembira buat muka tak tahu ambil gambar segala.


Pencuci mulut selepas berbuka puasa bersama-sama dengan rakan-rakan Sekreteriat Pencegahan Rasuah Universiti Teknologi Malaysia. Kami ada pelancaran perasmian penubuhan sepanjang hari dalam keadaan berpuasa ketika itu.


Ini selepas kali pertama aku menonton wayang dalam hidup aku.
Kali pertama juga keluar dengan mereka-mereka selepas melalui proses belajar yang sesak aku rasa.

Dan setiap kali aku menikmati makanan sendirian, aku seringkali akan memerhatikan orang di sekeliling aku. Ah, sudah biasa juga sewaktu zaman universiti, tetapi kegembiraan itu semakin sirna sekarang. Bila aku makan sendirian sekarang, pasti akan ada mata yang memerhati dengan pandangan, "Eh, kasihannya dia tu". 

Ada aku kisah?
Ketawa.

Gadis Beku Mesra?
Hari ini juga ada seorang pembaca yang menelefon aku. Dia kata manusia beku ini seorang yang mesra. Dia juga kata, tipulah Zara ini seorang yang beku kerana aku juga bisa ketawa. Nah, sudah aku nyatakan, aku memang gemar ketawa. Tanyalah mereka yang pernah berjumpa dengan aku, adakah manusia ini seorang yang sama dengan dunianya di sini?

Senyum.
Aku tiada jawapannya.
Mereka yang pernah ketemu lebih kenal siapa sebenarnya Zara ini.

Zara : Senyum gembira hari ini. Ada sesuatu yang membuatkan hari aku bertambah riang dan gembira. Suntikan semangat dengan janji yang diucapkan oleh seorang kawan yang aku hormati disebabkan perwatakan dia. Bahagia.


3 comments:

Pocket said...

pocket pun,
makin tak berselera,
tadi makan maggi ngan buah sikit.
entah kenapa.
makanan bagaikan tiada makna.
kenyang jer cukup lah...

tapi yg heran nya...
kenapa pocket tak kurus kurus..
adehlaa..
92 woi!!

J. Love said...

makan sorang pun orang pandang ke? tak paham gua. gua tengok wayang sorang pun ada orang pandang2. tak paham jugak.

macam mana nak hilang selera pada makanan. boleh kecik sikit paha ni. kah kah kah kah kah!

eliana_adnand said...

ouh sayang, yong tau fu tu nmpak sungguh sedap!

bg sy, kamu xbeku mesra pon.. xkenal maka xcinta.. :)