Saturday, August 21, 2010

Ramadhan #11 - Kita Macam Air Soya Dan Cincau Walaupun Persamaan Terletak Pada Murtabak Mee


Salam semua.


Aduhai.
Bukankah sudah aku nyatakan dengan jelas di situ bahawa kami memakai baju kurung biru. Nah, sejak bila lelaki normal memakai baju kurung pula (kecuali berlakon tidak diambil kira ya?). Ternyata suka betul manusia bermain dengan spekulasi walaupun hakikatnya aku ini masih anak yang belum mampu bergelak ketawa meriah dengan lelaki dalam erti kata cinta lagi. Ah, selagi tidak punya manusia yang mampu buat aku menyapa dunia dengan gulingan gila, selagi itu aku masih begini sahaja.

Cukup.
Itu bukan isu apa-apa.
Aku masih muda dan banyak yang perlu aku kejar dalam masa yang singkat ini.
Perlu sentiasa bersiap siaga.

Aku sedang bekerja dalam satu projek yang berelung dengan satu projek yang lain.
Perlu kuat dan utuh dengan semangat yang aku sendiri tidak tahu mana lekat.
Kuat!
Kita harus kuat.

Dan tadi, tiada bekalan elektrik yang membuatkan aku sakit hati disebabkan kerja-kerja aku terbengkalai. Kerja rumah serta kerja sambilan yang membahagiakan juga harus aku tangguhkan. Kini bekalan elektrik kembali pulih, maka, masa untuk menyambung semula tugasan. Sebentar tadi baru menerima pesanan ringkas dari gadis yang aku tulis semalam. Ya, kawan aku itu.

http://2.bp.blogspot.com/_BCqvEtHb3EA/Senv8CdCw3I/AAAAAAAACjs/jz0VGMQxw24/s400/happy-girl-1.jpg

"Kita ibarat air soya dan cincau walaupun mungkin persamaan hanya terletak pada murtabak mee segera"

Awak, apa maksudnya?
Adakah kita ibarat air soya dan cincau kerana kulit awak putih dan saya gelap?
Atau kerana cincau tidak akan tenggelam di dalam air soya?
Oh, saya sukakan air soya.

Persamaan hanya terletak pada murtabak mee segera?
Adakah ini disebabkan rambut semulajadi ibarat Shakira yang kita miliki?
Ataupun disebabkan sudah berzaman saya tidak menjamah makanan itu kini?
Awak, kalau awak baca, sila jawab soalan-soalan ini.

Atau, adakah itu petanda awak tidak berpuasa dan sedang menikmati itu semua di rumah?
Awas!
Saya telefon pejabat agama.
Ketawa.

Petang ini ada jamuan bersama dengan jurulatih-jurulatih di kem. Memandangkan Abah dan Emak tiada di rumah, maka aku akan membawa Abang dan Adik bersama ke kem. Marilah adik-adik, kita berbuka di kem yang Along paling suka.

Zara : Kadangkala hidup tidak terlampau rumit tetapi cara ia dirumitkan membuatkan manusia berhenti untuk berfikir tentang apa yang patut mereka lalui sebenarnya di dalam hidup ini.


6 comments:

zida said...

kak zara! lapar laaaa!! hahaah lama xmakan murtabak mee tu...

mier@merr said...

kawan ko pun guna ayat pusing2 cam ko....nice..aku suka... aku plak yg berpikir2 maksudnya,..hik2

JLean said...

Dropping by ere. =). Smiles..

naz said...

cincau dan soya satu cair satu kenyal tetapi di gabungkan ahhhh itu yang buat menarikkk

Amirul Faiz Abd. Razak said...

Nampak seperti anda sedang meneguk dengan derasnya air soya cincau itu. :)

hemy cute said...

heee...masih suka dengan cara kamu menulis..tengah belajar skit2..hehehe