Sunday, August 22, 2010

Ramadhan #12 - Kak Zara, Kenapa Bulan Puasa Dah Tak Letak Gambar Sendiri Dalam Blog? Diet Ke?


Salam.
Aku dapat soalan ini di BorangSpring atau Borang Anjal aku. Memang aku gelak gila-gila semasa aku menjawab soalan itu. Disebabkan yang bertanya menggunakan kata ganti nama sebagai Kak Zara untuk aku, marilah Kak Zara jawab ya dik?

Bukan tidak mahu letak gambar, cuma tiada penulisan yang perlu disertakan gambar peribadi tuan punya blog yang biasa-biasa ini. Bahkan, hidup seorang blogger seperti aku yang tersangat biasa ini, ramai yang mengharap, janganlah dia meletakkan gambarnya yang tidak sempurna itu di blog. Rasa mahu muntah dan sebagainya. Bukan tidak pernah orang menyatakan aku terlampau gemuk dan hodoh untuk diletakkan di dalam blog sendiri. Senyum.

Aku tidak tahu adakah soalan yang diajukan itu berbunyi menyindir atau apa, tetapi aku mahu fikir yang positif sahaja. Anggap yang penanya adalah budak yang rindu mahu melihat gambar aku di blog sementelahan gambar-gambar peribadi aku di Mukabuku banyak yang sudah dikunci dari dilihat oleh orang yang bukan rakan.


Ini gambar malam semalam. Waktu sebelum berbuka di kem bersama dengan rakan jurulatih yang lain serta wakil-wakil daripada Pejabat Pelajaran Daerah.


Gambar ini di luar pengetahuan.
Aku ambil daripada Mukabuku TAG (Tukang Ambil Gambar) yang aku panggil Abang Hafiez.
Kasut itu buat kaki aku sakit macam nak patah dua.

Baiklah.
Itu sahaja.
Tidak banyak gambar aku.
Dah kata majlis berbuka puasa, bukan majlis sesi bergambar bersama aku.
Senyum.

Zara : Mengantuk yang amat sangat tetapi aku sedang menunggu sesuatu. Alahai.


14 comments:

Encik Tikus said...

haha. comel jea muka cikgu

Zezebel said...

Salam kenal.
Blog sendiri kan? Takkan nak letak gambar orang lain plak? Hahahaha.... kalau saya, peduli lar apa orang nak kata. Yang penting kita heppi kan? Hehehehe.....

Nudi said...

mana ada gemuk lah.

♥CIK SHA♥ said...

bersyukur saje dengan apa yg kita miliki..biarkan mereka2 yg mulut busuk itu nak kata apa2 pun pasal kita..janji kita happy..kan cikgu zara??

p/s:: muka zara mirip kawan lama saya yg dah lama saya tak ketemu..tetibe teringatkan dia..T_T

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

berapa kilo hilang sapa amek

Zarpeno said...

wawawawa...shigu santik.eheh

naz said...

ewwwww u look yummy cikgu haha

Dark Half said...

asal nmpak lebih kurus dr gamba kat header eyh?

mira amair said...

wah..cik zara kita happy bangat dong..

Cikgu Mizi said...

tu gmbar sedang berkawad ke cikgu zara oii.. haha..~~

ArtForAuction said...

jangan risau kaki sakit.
saya baru tengok E! News tadi, rupa2nya kasut tu adalah fesyen terbaru di holywood sampai Eva Longoria beli lebih lima pasang.

wah, cikgu ni stylo ya...^_^

Jard The Great said...

hehehe... looks doesn't matter la beb. yg penting kamu berani jadi diri sendiri.. bukan gadis fotoshop.

mier@merr said...

xde la gemukkkkk pon....

Vee said...

cikgu zara semakin comeyl laa...rindu sama kamu