Thursday, August 26, 2010

Ramadhan #15 : Cikgu Poyo Dan Ketinggalan Zaman | Aku Pun Pernah Ada Meja Comel Suatu Ketika Dulu.


Salam semua.
Hari yang cerah dan serakan warna langit begitu indah. Warna biru akibat penembusan panjang gelombang warna biru dalam spektrum membuatkan terasa damainya alam dan Bumi Allah ini. Oh, sudah keluar teori Sains penyerakan dan pembiasan cahaya. Asyik membaca fakta, sudah mahu pitam dua saat. Ketawa.

Semalam aku agak angin sedikit. Tetapi memandangkan aku sudah malas (baca : menyampah) untuk menegur orang yang tidak mendengar kata, aku akan cakap secara terbuka dan kalau ada yang mahu terasa, aku sudah tidak mahu ambil kira. Kejam bukan? Tetapi memandangkan aku sudah memberikan masa dari awal tahun, tetapi masih memandang rendah dengan kuasa aku sebagai guru serta tanggungjawab mereka untuk belajar, memang aku akan tegur juga dengan suara yang rendah dan mendalam.

Di meja sesetengah kelas, murid dibenarkan untuk menghias meja masing-masing. Semua kelas sebenarnya, tetapi ramai yang tidak menghias meja masing-masing. Terpulang kepada individu tersendiri. Tetapi yang aku kurang berkenan adalah sesetengah meja yang penuh dengan pelbagai benda yang membuatkan mereka hilang tumpuan di dalam kelas.

Gambar artis pujaan atau manusia terkenal yang kita panggil selebriti.
Remaja. Memang lumrah remaja sukakan hiburan tetapi kalau meja sudah dipenuhi dengan gambar artis pujaan, adakah patut begitu? Sudahlah begitu, kalau artis pujaan lelaki, boleh diterima lagi kerana biasanya lelaki berpakaian yang agak senonoh (yang bergambar di kolam mandi itu lain cerita). Ini kalau artis pujaan perempuan, dengan gambar-gambar yang mencolok mata, alahai, bagaimana ilmu mahu lekat di kepala? Sudahnya, mata lebih banyak melihat dan membaca apa yang ada di atas meja (ada keratan akhbar dan majalah juga) daripada apa yang ditulis atau diterangkan di hadapan.

Aku : Awak boleh tengok depan kalau saya mengajar?
Murid : Saya dengar cikgu.
Aku : Tengoklah sekali, sebab saya tengah mengajar. Nanti kalau keluar peperiksaan, tak boleh jawab, macam mana?
Murid : Saya tumpukan perhatian.
Aku : Saya nampak awak tak habis-habis betulkan apa yang awak letak bawah plastik meja tu.
Murid : Senget sedikit la cikgu.

Aku pergi ke arah meja budak tersebut. Penuh meja dia dengan gambar-gambar artis dan entah siapa-siapa lagi termasuk gambar sendiri. Aku ternampak gambar yang paling besar adalah gambar Daniel Radcliffe (Harry Potter).

http://www.moviesonline.ca/movie-gallery/albums/Harry_Potter_5/HP5-SP-2623r.jpg
Rasa macam nak membuat sumpahan bila tengok gambar ini kan? Avada Kedavra!

Aku : Besar gambar?
Murid : Saya suka dia cikgu.
Aku : Oh, suka. Apa yang awak tahu pasal dia?
Murid : Dia Harry Potter, cikgu. Kacak kan?
Aku : Memang. Awak boleh beritahu saya satu nama filem yang dia berlakon?
Murid : Harry Potter lah cikgu.
Aku : Setiap filem dia ada nama sendiri. Dah keluar di pawagam ada 6.
Murid : Bukan saya ingat semua.
Aku : Beri saya satu pun dah cukup.
Murid : Oh, saya ingat dah. New Moon cikgu.
Aku : (ketawa berdekah-dekah)

Sejak bila New Moon jadi cerita Harry Potter? Ada sesiapa boleh boleh beritahu aku? Sumpah, aku memang masih ketawa berdekah-dekah melihat keyakinan diri yang melampau sebegitu rupa. Ya, panggil aku keji pun tidak mengapa. Aku gigih mengajar Sains di hadapan, kau boleh tengok gambar artis pujaan dan sebelum aku tanya fakta Sains yang belum tahu kau boleh jawab, biar aku tanya benda yang kau rasa kau sangat tahu.

Aku : Kenapa awak semua suka sangat letak benda-benda begini di atas meja?
Murid : Suka cikgu. Nampak cantik.
Aku : Dengan lirik lagu, dengan gambar artis, gambar sendiri pun ada.
Murid : Ala cikgu, poyo lah. Budak sekarang memang macam ni.
Aku : Saya poyo? Dulu pun meja saya pun saya letak gambar kartun yang saya suka. Tapi tidaklah saya membelek sepanjang masa.
Murid : Sedikit je ni cikgu.
Aku : Penuh satu meja kot yang kamu-kamu ni. Ada gambar sendiri yang tak bertudung tu.
Murid : Kat luar memang saya tak pakai tudung cikgu.
Aku : Kot ye pun, tak payah letak atas meja. Letak gambar ibu bapa lebih baik saya rasa.
Murid : Ni ada letak doa gak cikgu.
Aku : Kecil sangat, terselindung bawah gambar artis.

Aku dulu ada letak gambar kartun. Ya, kartun dengan cogan kata - "Tugas pelajar adalah belajar gila-gila, bukan bercinta bagai nak gila". Dahsyat juga bila difikirkan betapa sadisnya meja aku begitu. Ketawa.

Tidak, aku bukan menolak hiburan ataupun menolak apa yang remaja suka. Tidak perlu dihalang kerana usia remaja memang begitu kehendaknya. Tetapi jika sangat melampau, aku rasa perlu ditegur juga untuk kebaikan bersama.
Bonda selalu kata, kalau terlampau sukakan hiburan (sehingga melampau, melalaikan dan mengagungkan), hati akan menjadi keras apabila ilmu disalurkan kepada kita. Dan disebabkan itulah, aku sentiasa berpegang dengan kata-kata, "Benda dalam kuantiti sedikit memang baik, kalau secara berlebihan memang akan memudaratkan"

Zara : Hari ini kelas penuh dan disebabkan cuaca yang sangat ceria, aku mahukan hari yang indah. Memakai baju batik merah dan kasut but comel. Ketawa. Ada kerja pertukangan kayu Tingkatan Dua hari ini. 


15 comments:

The Poyo Me said...

taraf doa lebih kecil dari artis kesayangan.
FFFUUUUU (menaham asap2 marah)

ps. dlu ada gak meja kecil. tapi lukis sendiri kartun atas tu. (oh patutla blogku penuh kartun. hahaha)

Cikgu Nizam said...

Haiz... Itulah yang dinamakan remaja.. Haha. Kan skolah saya ni tak brani dorang nak letak kat meja... sekejap jer ada... pastuh hilang dirampas...

Itulah jiwa remaja.... Kan zaman skarang ni plak, remaja lebih advance dari kita pasal benda2 camnih...

Daffodil D said...

zara, i rindu u~ oh~

avid gunner said...

haha..baru je cite kat blog..zaman sekolah dulu, beria aku letak gambar player arsenal atas meja..dari manager sampai la player muda2 skali!

Hazzy Ishak said...

dulu ku pengawas so tak leh buh gambar gitu, takut kena sekeh dgn cikgu.
ekekeke

reff fizan said...

Salam..teringat pula dulu ustaz saya pernah merabik sampul meja seorang pelajar kerana terlebih hias. Saya juga pernah ditegur kerana kononnya saya meletakkan lirik-lirik cinta, asik nak bercinta di zaman sekolah oleh guru +math saya yang cukup saya hormati. Oh, pada masa itu ingin saja saya jeritkan "Ini lirik Mirwana-Aku tanpa Cintamu"...tapi saya hanya pelajar, tak berani nak menjawab..apalagi menyelar guru sebagai POYO. Semoga terus jadi guru yang sabar menangani anak murid alaf baru...=)

HEMY said...

kalau aku..aku kutuk kaw2 murid aku tu.new moon wak lu

Vee said...

apa yg ur student tu suka sgt kat Daniel Radcliff kalau nama movies langsung x taw? bolh pulak slh n letak nama movie lain..gler jauh. tu namanye minat kat muka celeb je..haha

cinta said...

rindu sekolah...

cinta said...

rindu sekolah..

SD said...

Aku juga menghias meja aku dulu2.....lirik lagu apa pun tak ingat tapi lagu kanak2.....Maseh simpan kertanya tp entah kat mana simpan...huhuhu~~~

mira amair said...

New Moon..??hahahaha..lawak budak zaman la ni..selalu cakap kita taktau pape pasal zaman depa..padahal kita semua dah lalui semua tu..ceh!
Hang gelak kat situ jugak noh..kejam la hang..hahahahha..

♥ aien aziz said...

dulu kat bwh plastik tu letak palstik gula-gula yang susah nk jumpa kat m'sia...hahaha..pastu penuh cik semut..

g0m0k9enDek said...

sis, sayer juga penah buat meja cumel! letak gamba sndrik juga! tapi gamba kai baju skol lah.. hahaha.. tapi bg sayer meja cumel bt sayer lbh smgt nak study~~ lalala..

Benji Benn said...

selalu sangat nampak sekolah dgn ayat2 ilmu itu penting tp takde satu pun yg boleh bg clear definition kt student kenapa ilmu tu penting dan apa yg diorg leh buat dgn ilmu tu ;)

bg diorg satu sebb kenapa diorg kena ke sekolah dgn hati. kalo gi hari2 pun tp mindset cuma aku ke sekolah sebb wajib. belajar tak belajar belakang citer.