Thursday, August 26, 2010

Ramadhan #16 : Kahwin? Boleh Beri Soalan Yang Lebih Mencabar Tak?


Salam.
Semalam teman Bonda ke jamuan.
Dan itu soalan yang asyik ditebak dan ditembak seperti selalunya.
Bukan Bonda, beliau tidak akan tanya punya. Ini soalan-soalan daripada kawan-kawan dia.

"Bila nak kahwin?"

"Dah ada kerja sendiri, jadi cikgu. Dah beli kereta, bila giliran tiba?"

"Bila agaknya nak merasa nasi minyak awak pula?" 

"Umur dah berapa? Bila nak berumah tangga?"

http://www.zawaj.com/askbilqis/wp-content/uploads/2009/12/confused-girl-at-train-tracks_by_sinademiral.jpg

Aku dah penat nak beri jawapannya pada mereka, aku senyum sahaja.
Biar aku jawab dalam hati aku.

1 - Kalau ada jodoh dengan sesiapa, ada lah nanti.

2 - Kereta itu sebenarnya suami saya. Kami kahwin sah.

3 - Jemput datang rumah, saya masakkan. 

4 - Umur belum 23 pun. Kalau ada lelaki nak saya, saya kahwin dengan dia.

Titik.

Zara : Lain kali kalau mahu bertanya, sediakan sekali calon lelakinya, baru sesuai. Setakat tanya kosong begitu sahaja, baik tidak mengapa. Berbahasa basi begitu kurang sesuai dengan aku. Ya, aku memang guru, tetapi janganlah persoalkan begitu.


13 comments:

cactusitu said...

eh he dah sampai seru tu cik zara. semoga bertemu jodoh yang beriman :D

en_me said...

sonokkann kawenn.. ehehe

salam ramadhan cik zara ittewww..

cik fiza said...

nampaknya ada org yg kongsi rasa dgn saya huhuhu tapi anda muda sy tua sikit huhu~~ 25 tahun dan dihujani dgn soalan cepu cemas setiap masa.. boring~~

aliesha kirana said...

biasalah itu, mereka tidak akan berhenti bertanya hingga menutup mata... adapun yang bisa kujawab hanyalah...

"Ada aku kesah?"

AK dh 24, blum kahwin, belum ade calon.. xtau kawen ble..xpeduli..hehe~

Allah dah tetapkan segalanya, yg penting usaha dan berdoa.

mira amair said...

aku paling tak suka bila org tnya mcm tu kat aku..selalu aku jawab saya tak cntikk..sapa la nak kat saya..hahahahaha..
hipokrit btoi..hahahha

Ms J said...

hhmmm.. susah hati juga bila fikirkan raya nak dekat sebab kena jawab soalan yang serupa tiap kali berkunjung ke rumah saudara mara..

(-_-)

helpp~~!

[z@ck] said...

hahahaha..macam artis duh!

eliana said...

happy fasting :)

fahmi ibrahim said...

Oh mama... saya mahu kawin...

::aien:: said...

Macam tu la bila umur dah sampai tahap rasa2 dh sesuai naek pelamin hihihi :) semoga bertemu calon yang di cari cari T___T

Benji Benn said...

kawin zaman skang tak semudah zaman dulu sebb zaman skang kita ada pilihan utk memilih pasangan berbanding dgn zaman dulu ;)

pilihan itu mudah, tp mengenali pasangan itu susah. nak buat kenduri kawin sehari tu senang, standby jer duit. tp nak kekalkan perkahwinan tu, kena tahu peranan masing2 dlm rumah tangga ;)

anymz said...

jawap aje mcm yg pernah mak akak ajar dulu,kalo lelaki ada di jual di supermarket.sudah tentu saya beli untuk jadi suami..siap saya akakn pilih2 lagi..mana yg sesuai atau tidak..

satu jawapan yg agak kurang sopan kan?hehe

noor afzan said...

susah kan.
bila dah meningkat usia.
soklan tu akan sentiasa ditanya.

jodoh tu kan di tanganNya.
=)