Sunday, August 29, 2010

Ramadhan #19 : Hadiah Paling Berharga Dalam Usia Mencapai Dua Puluh Tiga Tahun.


Menangis.
Itu dia.
Itu sahaja.

http://3.bp.blogspot.com/_nw8UBuF1zRY/TEnJYyEUNkI/AAAAAAAAA9U/vEluYm9q2Pg/s1600/crying-emo-girl.jpg

Aku ingat umur 23 tahun aku tidak akan menangis dan disakiti lagi oleh jalinan ukhuwah dan persahabatan. Rupa-rupanya aku silap. Selamat ulang tahun ke-23 Zara. Sila terima hakikat yang dunia masih tidak memberikan tempat yang terbaik buat kamu.

Duduk dan nikmati hidup yang semakin lesu.
Ini yang mereka semua mahu.
Senyap, kunci segala pilu.
Diam membisu.

Air mata mengalir sewaktu di dapur. Tidak berhenti dan entah mengapa, aku sendiri tidak mengerti. Sepatutnya aku sudah ampuh dengan sebarang kata-kata yang menikam aku dalam senyap, tetapi rupanya ada bahagian diri aku yang masih tidak sempurna. Yang masih tunduk dengan kesakitan yang memilukan walau sekelumit cuma. Tarik nafas dalam-dalam, aku sudah semakin lega.

Tadi aku dapat berbicara dengan Nakama sekejap. Mendengar suara sahabat itu sudah buat aku sedikit gembira. Dia asyik mahu meminta maaf pula. Ah, bukan dia ada salah dengan aku. Anak itu selalu begitu, nampak sangat aku patut jadi lelaki dan dia jadi perempuan pula. Ketawa. Nakama, kamu tidak mahu menyanyikan aku lagu ke? Tidak perlu, doa kamu sudah cukup buat aku.

Zara : Mahu keluar sebentar. Membeli sesuatu buat diri sendiri. 

17 comments:

Namia Cinta said...

jangan menangis lagi, kuat kan semangat kamu... setiap apa yang berlaku pasti ada sebab nya... abaikan saja mereka yg selalu menyakiti kamu....

selama ulang tahun buat kamu

eliana_adnand said...

sayang, kenapa hari baek ini jadikan airmata sebagai hadiah utk diri sendiri?
bukankah zara seorang yg penuh dgn senyuman?
sabarlah walo ape pon yg mengusik jiwamu.. sapu airmata, tolong senyum kembali. kami pasti rindu senyuman zara.. :)

MX said...

selamat ulang tahun Zara...

molmolla said...

uhukkkk!!! :)

EISENHOUR said...

selamat hari lahir.
erm.menangisla kalau itu buat awak tenang.
air mata yg keluar itu akn mengeluarkan toksik yg terkumpul akibat rangsangn kesedihan.

erm..lets begin the new life.nothing to regret.

mira amair said...

hang ni buat aku malu la..hang kata umor 23 patut tak menangis dah..aku ni dah beratus kali menangis sejak aku dah berumur 23 bulan 3 lpas..waaaaa...menangis bukan untuk kita tunjuk kita lemah..menangis untuk lepas prasaan..sambil menangis kita buleh buat aksi lain sama..tendang pokok pisang contohnya..hahaaha

mengenaldiri said...

selamat ulang tahun..
la tahzan..

:)

tpinky said...

usah bersedih syg.. semua ni akan mematangkan kamu... selamat hari lahir, semoga Allah memberkati dan merahmati kmu....

aishahumairah said...

saengil chuka hamnida zara..
jgn ngis2 k..wlpn ngis itu best..he~

Encik Tikus said...

selamat hari lahir. cikgu dah boleh kahwin ;P

mier@merr said...

ape sedey sedey ni...dah2... gelak pliz...

Ummi Hanie said...

salam zara...hepi bezday...

bezday anda sama dgn bezday baby bongsuku (buat masa ni ;p) yg pertama ... :)

Fira Al said...

laa, zara. kau nih sama macam aku lah. aku ni tiap2 thn smbut ulangtahun pasti akn diiringi airmata, ada aje perkara yang menyakitkan hati tjadi di hari yg berbahagia itu~.. sabar jelah. hanya itu pun yg mampu manusia lakukan...

[z@ck] said...

awat ni sayang?
sapa bt hang menangis?

alehkayong said...

sabar ..usaha perbaikikan solat yaa...tiada siapa yang akan mengetahui 100% perasaan kita kecuali sang pencipta..mohon ketengan daripadaNYA..Salam kemerdekaan.

fikah mus said...

menangis kan, satu ekspresi diri.
bertuahla akak kerna masih boleh menangis.
sekurangnya, mata terasa bersih, jiwa pun kan tenang.


cakap begini sebab dah lebih sebulan air mata tak mengalir walau hidup penuh stres dan kesedihan.

The Poyo Me said...

aku pun sama, menangis pada ulangtahun ke 23 hari tu. entah apa silapnya bila kawan terasa dan putus sahabat. sampai sekarang tak bercakap.

aku hampir merajuk sendiri, kalau tidak kerana beberapa bestfriend yang lain belanja aku makan buka puasa(punyelah giat, 4 orang berpuasa sunat sama2. hahaha)