Tuesday, August 31, 2010

Ramadhan #21 : Selamat Ulang Tahun Zara Walaupun Terlambat. Kamu Sayang Atau Cinta Siapa Ya?


Aku jujurnya ketawa.
Ketawa dengan ucapan sedemikian yang aku terima.

Aku menerima pelbagai ucapan ulang tahun. Daripada teman-teman, daripada kawan-kawan, ahli keluarga tentunya yang paling bermakna. Mari aku berkongsi sedikit dengan kamu semua.

Abah dan Bonda.
Setiap tahun, aku akan duduk di hadapan mereka. Salam dan memeluk serta cium pipi mereka seperti yang aku buat setiap hari. Ya, aku masih anak yang begitu. Setiap kali salam dan mencium tangan mereka, pasti aku akan cium pipi mereka tiga kali. Dan di hari ulang tahun, aku tetap juga begitu. Mengucapkan terima kasih kepada Abah dan Bonda kerana telah menjaga dan mendidik aku sehingga kini. Sudah 23 tahun dan anak ini masih di bawah tanggungan mereka. Eh, zakat fitrah dah 2 tahun aku bayar sendiri ya?

Kawan-kawan serta teman-teman.
Terlampau banyak.
Terima kasih atas ingatan (atau adakah Mukabuku yang mengingatkan? Ketawa)

Ada juga orang yang menyanyikan lagu dengan gembira. Terima kasih pada sahabat aku itu. Memang layan nak angguk kepala bersama-sama. Eh? Gila sudah aku.

Dan aku ketawa bila dapat ucapan seperti di atas. Siapa yang aku sayang atau cinta ya?

http://3.bp.blogspot.com/_wXG-O0Gal_o/Svm_Owtse1I/AAAAAAAADjQ/Ch-j-bB4w6M/s400/Latte-love.jpg

Aku belajar untuk menghargai diri sendiri dengan lebih banyak apabila aku melalui satu demi satu ujian dalam hidup. Aku belajar memberikan penghargaan kepada diri sendiri kerana aku percaya, bila aku dapat menyayangi diri sendiri, maka, aku dapat menyayangi sesiapa sahaja yang muncul dalam hidup aku. Ya, dan disebabkan itulah, aku sangat suka tersenyum.

Dan aku jujurnya, meletakkan kasih sayang aku pada tempat dan orang yang sepatutnya saat ini. Pada Maha Pencipta, pada Rasulullah, pada Bonda dan Abah, pada adik-adik, pada kawan-kawan yang sentiasa ada dengan aku. Pada manusia yang membenci aku, aku tahu, itu mungkin cara kalian menzahirkan sayang pada aku kan? (Tidak pasal-pasal)

Aku sayang diri aku saat ini.
Sudah cukup.

Aku pernah berikan kelonggaran dengan meletakkan kasih sayang pada kawan-kawan tertentu, tetapi akhirnya, aku juga yang ditikam semula. Sudah penat aku lihat satu demi satu manusia yang pernah aku hormati dan sayangi meninggalkan aku disebabkan mereka menemui cinta baru, kasih sayang baru, tidak kira kawan itu lelaki ataupun perempuan. Cukup aku rasa.

Aku, manusia yang akan menjauhkan diri bila aku tahu aku tidak diperlukan lagi.
Aku, manusia beku yang akan senyum dan angkat tangan, berdoa agar kawan-kawan bahagia.
Aku, manusia biasa melambai tangan pada kawan yang angkat kaki memeluk kasih baru.
Dan aku, tetap kekal seperti dahulu.

Kawan : Kau akan kawan dengan aku sampai bila?
Aku : InsyaALLAH, sampai kau tetap anggap aku kawan kau, sampai bila-bila.
Kawan : Tapi aku sudah ada yang punya.
Aku : Kalau itu menjadikan kau tidak boleh berkawan dengan aku lagi, aku pergi.
Kawan : Maaf.
Aku : Itu hakikat yang aku selalu akur.
Kawan : Maaf.
Aku : Kau tak salah apa-apa, jangan minta maaf.
Kawan : Maaf.
Aku : Aku yang salah sebab tak dapat jaga persahabatan kita.
Kawan : Bukan salah kau.
Aku : Salah aku. Terima kasih.

Aku memang begitu.
Kalau sakit, aku letakkan ubat sendiri.
Kalau cedera, aku akan pastikan aku berusaha untuk sembuh walaupun berhari-hari.
Dan aku, hati itu sudah penuh dengan calar balar tidak bertepi.
Sengih, nampak gigi.

Zara : Hari ini sangat menarik selepas menghadiri upacara perbarisan dan beratur di dataran selepas menyambut hari kemerdekaan. 


10 comments:

fikah mus said...

samala kita.
mesti cium pipi abah, mama dan opah 3kali sebelum berpisah atau apa2.

oh,sekarang ni, lebih jaga hati sendiri dulu, daripada nak fikir jaga hati orang.
sebab dah penat terluka.

NuR said...

selamat ulangtahun zara
aku banyak terlepas cerita kamu
lama sungguh aku tak update blog
dan juga blogwalking

frhkhn said...

cikgu zara...best la bce belok anda ini.hehe.ta berkesempatan nk bce cerpen2 tuh.byk sgguh idea anda..nice!!~

naz said...

zara kejutan saya terbantut malam itu maaf rancangan di batalkan :( selamat ulang tahun zara

zool said...

Tabah sunggu dirimu... Sanggup membiarkan diri tersiksa berbanding membiarkan rakanmu kecewa..

NurLuLu said...

Salam Zara,

Kita memang kena belajar menyayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain. Sebab di saat orang lain membenci diri kita, kita tidak akan terkesan dengan kebencian itu sebab kita memang menyayangi diri kita :)

LaiLiE iZaNi said...

perlu syg diri sndri lbh b4 syg org lain...syg kuarga, agama dan pencipta yang MAHA agung adalah kasih yang xdpt d jual beli...hhuhuh

13may said...

Zara...selamat hari raya :D

eisen said...

kawan tak bawa ke mati zara.
yang lama pergi.cari je yg baru

Ms J said...

Salam merdeka!
Salam Ulang Tahun juga!

^_^