Tuesday, August 10, 2010

Selamat Datang Ramadhan - Selamat Bekerja Dengan Rasa Cinta Mengumpul Bahagia Temanku.


Salam Ramadhan.
Alhamdulillah, Ramadhan kembali lagi.
Moga kali ini ia akan membawa nilai keberkatan yang tidak terhingga buat kita semua.

*******

Bekerja dengan rasa cinta, bererti menyatukan diri dengan diri kalian sendiri, dengan diri orang lain dan kepada Tuhan.  
Tapi bagaimanakah bekerja dengan rasa cinta itu ? 
Bagaikan menenun kain dengan benang yang ditarik dari jantungmu, seolah-olah kekasihmu yang akan memakainya kelak.

(Kahlil Gibran)

*******


 [Legasi Cinta Alisia Bab 36]
Gadis ini mahu mengucapkan selamat berpuasa kepada semua teman-teman yang dikenali.
Tidak mahu ada sesiapa yang ditangkap kerana tidak berpuasa ya?
Nanti Zara gigit siapa yang degil.

Bulan Ramadhan bulan kemuliaan.
Masa untuk menambah lebih banyak rasa cinta di dalam diri dengan melakukan ibadah dengan lebih bersungguh-sungguh. Bukan bermaksud bulan lain tidak beribadah dengan bersungguh-sungguh, tetapi bulan ini pahala dan amalan bertambah-tambah nilainya. Mari bersama-sama meraikan kedatangan bulan mulia ini dengan penuh kesyukuran.

Tahlil di sekolah.
Di sekolah tadi sudah diadakan tahlil dan 'punggah' sempena kedatangan Ramadhan. Rupa-rupanya itu tradisi sekolah yang aku bekerja sekarang ini. Budaya yang baik dan aku gemari. Dan khabarnya, ada satu lagi budaya yang telah aku amalkan selama ini bersama keluarga dan rakan-rakan juga adalah aktiviti yang diamalkan oleh sekolah sepanjang Ramadhan. Khabar gembira juga itu.

Terawih pertama
Malam ini, insyaALLAH, adalah terawih pertama untuk Ramadhan kali ini. Moga-moga ianya bukan terawih terakhir aku. Salam menyambut Ramadhan buat kamu semua wahai pengunjung Dunia Sebelah Zara.

Zara : Kali ini puasa seorang diri lagi. Puasa tidak sama lagi seperti tahun lepas, dan hanya aku yang mengerti kenapa keadaab berlainan ini membuatkan hati tidak mahu menangis lagi. Senyuman sebagai tanda kebahagiaan, tanda kekuatan kerana janji Allah tidak akan pernah salah.


9 comments:

manggosteen said...

g terawikh skrg..
dah nk masuk waktu ni..
hehe,.

SyaZa SyaFeeQaH said...

Selamat Menyabut bulan Ramdhan Kak Zara. Marilah kita sama-sama pertingkatkan amalan di bulan yang mulia ini supaya menjadi kebiasaan di bulan-bulan yang lain juga. ;)

Vee said...

nk pnjam seluar cantek ;)

Soni Gonzales said...

slamat berpuasa, beribadah, slamat bersiap2 utk aktiviti skolah smbut kemrdekaan nanti.byk acara bulan ni kan.

tangkap.frasa:
Dan jika baik yang kita beri, belum tentu baik juga yang kita dapat.

~aida~ said...

selamat puasa k.zara:))

EDDYLEBS said...

selamat berpuasa...bekerja dengan rasa cinta itu dapas memberi kepuasan kepada diri, hasilnya biasanya yg terbaik...

fadh ^_^ said...

selamat berpuase cikgu :)

Encik Tikus said...

Rindu nak bukak puasa ramai-ramai dekat asrama. Btw, Selamat Berpuasa yea Cikgu Zara ;DD

aqma_aquarius88 said...

selamat berpuasa zara.. banyakkan amalan baik di bulan yang penuh dengan keberkatan ini....