Thursday, August 26, 2010

Tips : Adakah Anda Bersedia Untuk Menghadapi Dunia Luar Dan Bercakap Dengan Penuh Yakin?


Salam semua.
Berikutan satu pesanan di Twitter selepas aku bangun tidur tadi, seseorang meminta aku melihat penulisan dia. Ya Zida, Kak Zara dah baca penulisan kamu dan sangat terkejut melihat ada cetakan paparan daripada borang anjal aku. Senyum. Oh, Kak Zara tak kisah. Kamu kena beri kredit kepada penanya soalan. Senyum.


Ini cetakan paparan aku sendiri. Buat akuAyuL, sila redha ya?
Tidak disangka soalan yang kamu tanya ini ada orang memberi perhatian.

Berdiri di hadapan dengan penuh yakin.
Sebagai seorang guru (semua orang mesti nak baling dengan telur lepas ini), aku memang sudah terbiasa dengan bercakap di hadapan. Tanyalah sesiapa yang mengambil jurusan pendidikan. Tugasan dan pembentangan sudah menjadi darah daging kami. Bercakap tidak henti-henti sebagai satu cara persembahan tugasan. Walaupun ada yang mungkin masih mempunyai darah gemuruh, aku sentiasa percaya, kita kena berdiri di hadapan dan bercakap dengan penuh yakin. Tidak kira berapa ramai yang duduk mahu mendengar apa kamu cakap, yang paling penting adalah keyakinan diri.

Takut bila orang perhatikan kamu bercakap - Pandangan mata.
Ini sesuatu yang sangat perlu diatasi jika kamu perlu bercakap di hadapan. Kalau aku biasanya aku akan tebarkan pandangan ke seluruh kelas atau dewan atau tapak perhimpunan sekarang ini. Ya, aku tidak akan tumpukan pada seseorang disebabkan kalau begitu, aku akan dianggap gagal dalam berkomunikasi. Pandangan mata adalah penting. Kalau mahu buat penegasan pada sesuatu maklumat, boleh pandang pada mereka yang kamu kenal (tetapi biasanya ini hanya akan buat kamu lebih gemuruh, mana tahu kawan kita gelakkan kita tiba-tiba?)

Halangan bahasa.
Oh, ini bukan satu masalah sebenarnya. Keyakinan diri dalam menyampaikan maklumat adalah penting. Aku sendiri bukanlah orang yang mahir dalam kedua-dua bahasa, sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, tetapi aku percaya, selagi bahasa yang aku gunakan adalah mudah, maka, apa yang aku mahu nyatakan, akan sampai kepada pendengar ataupun penonton. Jujurnya, aku kurang mendapat markah semasa pembentangan viva dahulu adalah disebabkan aku menggunakan bahasa Melayu saduran yang alhasilnya, mendapat bantahan panel. Ya, bukan rojak, tetapi saduran. Contohnya, kaedah aku guna metadologi, kira dia tidak berkenan.

Persiapan rapi.
Aku bukannya orang yang akan membuat teks atau skrip. Tetapi aku akan memastikan dahulu beberapa perkara sebelum aku ke sesi pembentangan dan sebagainya. 
1. Apa yang perlu dicakap.
2. Tempoh masa.
3. Apa yang panel suka (Ini sangat bagus kalau kamu tahu)
4. Perjalanan isi penting (Buat catatan ringkas apa yang perlu dicakap selepas sesuatu perkara. (Baca : ikut flow)
5. Berlatih jika perlu. Biasanya aku akan berlatih jika pembentangan itu memerlukan markah yang tinggi dan ada tempoh masa yang singkat.

Jangan ada sela masa pelik.
Ini biasa terjadi. Untuk mengingatkan fakta kononnya, maka akan mempunyai sela masa dengan begitu banyak errr...errr.... Sila elakkan daripada berlaku. Nota kecil perjalanan apa yang perlu dicakapkan adalah sangat membantu saat ini. Tulis di tangan juga boleh. Senyum.

Bahasa tubuh.
Aku manusia yang dramatik. Betul. Ini diakui oleh kawan-kawan aku sendiri walaupun aku tidak terlampau dramatik. Aku biasanya akan menarik pendengar ataupun penonton, sidang dewan dengan gaya aku, dengan bahasa tubuh. Jangan harap nampak aku bercakap dengan badan tegak sahaja. Biasanya akan ada tangan yang bergerak dan kalau boleh, dengan badan aku sendiri bergerak. Berjalan ke arah penonton dan sebagainya. Awas, jangan berlebihan dan cukup untuk difahami oleh mereka-mereka yang mendengar. Elakkan daripada bergoyang-goyang.

Senyuman Dan Tahu Apa Yang Mahu Disampaikan.
Ini penting. Walaupun soalan aku akan kedengaran keras, atau fakta itu mungkin goyah, aku akan tersenyum dan bercakap dengan penuh yakin disebabkan aku tahu apa yang aku perkatakan. Sila ketahui apa yang perlu anda katakan. Jangan sesekali merapu. Senyuman itu sekadar pemanis wajah, jangan kamu tersengih lebar dan pelik pula.

Ada banyak lagi sebenarnya, tetapi aku berkongsi yang asas ini sahaja. Harapan aku agar ia dapat membantu kawan-kawan yang mahu bercakap, berucap di hadapan khalayak umum. Aku memang bukan seorang yang pakar, tetapi berkongsi pengalaman sendiri sahaja.

Kalau ada yang mahu menambah, dipersilakan.


Keyakinan diri yang mendalam sewaktu menceduk makanan.
Sila lihat muka perempuan ini teruja apabila melihat lauk beriyani kambing.
*Abaikan bulu mata panjang dan solekan di mata, beliau ini agak gila*

Zara : Harus keluar menemani Bonda menghadiri satu majlis berbuka puasa. Baiklah, masa untuk bersiap dengan menghadapi dunia luar dewasa yang kadangkala kita sendiri akan menjadi pelakon opera.


10 comments:

chris federick said...

alamak lambat sket, tapi Selamat berpuasa kak! Ajak I berbuka sama2 gak k haha.

fadh ^_^ said...

haha. bulu mata tulah yg paling menyerlah
:P

zida said...

cuak! tetap takot. huhuhu esok dah la x boleh nak tgk note pun. even dlm group, tp ntahla. huhuu T_____T

fndrocka said...

gambar baju biru tu pun nampak dramatik.

pengalaman aku..kalau aku prepare baik punya..presentation jd mcm hampeh..tp bila aku relaks2 presntation jd elok

so...relaks2 sudey..hhehe

vidadarisakura said...

;)

Cikgu Nizam said...

Yakinkan dirimu selalu... Kerana dirimu begitu berharga

[z@ck] said...

pergh..cun gila la cikgu ni..
=)

Aidi-Safuan said...

hahahaha... beriani kambing? tak poser ker? nih cam tengah hari jer nih. :P

HEMY said...

aku blajar dari kelas public speaking..pandangan mata yang selamata adalah memandang paras atas kepala audience..then secara keseluruhan

kita jadi kurang takut...audience akan rasa kita pandang mereka..padahal kita pandang bhgian atas kepala

kadang2 dah berani leh try pandang secara rawak dan tepat pada sesiapa utk sekejap-sekejap

g0m0k9enDek said...

cakap tanpa henti! walau salah.. buat muka x bersalah~~ hahaha.. mmg berkesan!