Wednesday, September 01, 2010

1 September - Aku Masih Menunggu Ketibaan 'Hogwarts Express'


Salam semua.
Selamat memasuki bulan baru.
Hari ini sudah 1 September dan adakah kalian masih berpuasa?
Alhamdulillah, aku belum ada bercuti lagi.

Fasa 4 bulan terakhir dalam tahun 2010 sudah tiba. Di dalamnya terdapat pelbagai perkara dan salah satunya, Ramadhan sudah memasuki fasa sepuluh masa terakhir. Usaha mencari Lailatul Qadar, itu yang dipesan kepada diri sendiri setiap kali. Dan, moga-moga kalian juga menemuinya.

http://steampunkary.com/wp-content/uploads/2010/02/hogwarts-express-train.jpg
Hogwarts Express [Penghargaan]

Tempat bertolak : Platform 9 3/4 Stesen King Cross, London
Masa : 11 pagi
Tempat tiba : Stesen Hogsmeade (berdekatan Hogwarts)

Hari ini minda lebih ceria. Aku ke tempat kerja dengan hati yang senang dan minda yang lapang. Seperti selalunya, pasti segala yang menyakitkan atau menyedihkan akan ditinggalkan di suatu tempat sebelum beraksi di hadapan murid-murid yang merupakan pelanggan utama pekerjaan aku. Ya, kenapa aku katakan pelanggan? Ini disebabkan, asas pekerjaan aku adalah mereka, maka memberikan yang terbaik kepada mereka adalah yang paling penting.
Alamat Kad Perkahwinan.
Sudah ramai yang menghantar pesanan ringkas ataupun pesanan di Mukabuku untuk meminta alamat menghantar kad perkahwinan. Kebanyakannya rakan-rakan yang dikenali daripada sekolah, matrikulasi ataupun zaman universiti. Tahniah diucapkan. Ada juga bakal pengantin yang terus menelefon aku. Nah, kawan-kawan begini, segan juga mahu menghampakan kalau tidak dapat pergi.

Kawan : Minta alamat.
Aku : Nak hantar kad raya ke kad kahwin.
Kawan : Kad kahwin lah. Kad raya guna telefon sahaja nanti (ketawa)
Aku : Nasib baik kad kahwin nak guna manual.
Kawan : Kalau aku 'tag' kau kat Mukabuku, mesti kau buang nanti.
Aku : (ketawa) Kata aku saksi paling banyak tengok kisah cinta kau?
Kawan : Keji gila ayat.
Aku : (ketawa) Dari bercinta dengan A, berpisah dengan A, bercinta semula dengan A, berpisah semula dengan A, bercinta lagi dengan A, berpisah lagi dengan A, bercinta dengan B, bertunang dengan B dan nak kahwin dengan B, aku berada disebalik cerita kan?
Kawan : Kan senang kata 3 kali bercinta, 3 kali berpisah dengan orang yang sama?
Aku : (ketawa) Nanti tak nampak banyak.
Kawan : Kejam.
Aku : Aku ketawa sambil pejam mata.
Kawan : Gila perempuan ni.
Aku : Baru kau tahu?
Kawan : Sebab dah tahu lama lah, kau kekal jadi kawan aku. Orang yang takkan menyakiti aku.
Aku : Tiba-tiba nak rasa terharu.
Kawan : Poyo kalau kau menangis.
Aku : Buat rosak solekan aku.
Kawan : Baru nak puji kata baik. Bila tiba giliran kau?
Aku : Eh, hari ini berapa hari bulan?
Kawan : Nak tukar topik lah tu.
Aku : Aku tanya serius. 1 September kan?
Kawan : Ya, dan apa kena mengena dengan jawapan yang aku patut dengar?
Aku : Masih menunggu ketibaan kereta api untuk bawa aku pergi. 
Kawan : Kereta api apa pula?
Aku : Hogwarts Express.
Kawan : Choiii! Terpengaruh sangat dengan filem dan novel!
Aku : (ketawa) Hakikatnya memang begitu.

Kenapa aku kata begitu? (sambil tahan ketawa)
Kasih sayang dan cinta itu kadangkala macam kau menunggu di stesen kereta api. Kadangkala kereta api akan sampai, tapi bukan ke destinasi yang kau mahukan. Kadangkala, kereta api akan terlepas walaupun telah lama menunggu. Kadangkala tersalah membeli tiket. Menunggu terlalu lama, tetapi kereta api tidak juga kunjung tiba mengikut jadual. Bila terlalu lama menunggu, mula putus asa, tetapi akhirnya kereta api tiba.

Begitu juga dengan hakikat kehidupan.
Biarlah aku meneruskan apa yang aku ada dengan gembira tanpa perlu mencomotkan solekan wajah dengan garis duka. Anak ini masih lagi mahu berdendang sayang di atas dunia dengan memeluk erat keluarga seiring dengan kerjaya. Bukan menolak hakikat perlunya teman mencari bahagia, tetapi biarlah kebergantungan kepada masa.

Senyum.
Dan aku setuju dengan apa yang dinyatakan oleh Kahlil Gibran. Dia menyatakan, "nilai dari seseorang itu di tentukan dari keberaniannya memikul tanggungjawab, mencintai hidup dan pekerjaannya. "

Zara : Sedang membuat latihan topikal Sejarah Tingkatan Satu sambil membuat rujukan satu persatu di buku. Ah, kalau anak murid tidak sebegini rupa, mahu sahaja aku gigit seorang demi seorang bila aku pungut kerja sekolah nanti. Ketawa.


9 comments:

Daffodil D said...

Nak i carikan jodoh? He he

mira amair said...

bila hang nak hntar kad raya kat aku??
aku tunggu ni..
hohohoho..

Cikgu Nizam said...

Hope to be the first this time.. huu

Kereta api express?? Naiklah bullet train Jepun nun huhu... 900km/h

Hellioz said...

"nilai dari seseorang itu di tentukan dari keberaniannya memikul tanggungjawab, mencintai hidup dan pekerjaannya. "

arrrr...
ayat ni kewl!
gyahahahahahahah~

joegrimjow said...

camne hellioz bleh lepak sini ni?
haha

Uruchimaru @ kf said...

perepuan yg baik adlh utk laki2 yg baek!
tunggu dgn sabar iye..pasti ade tu nnti!

Luth Textile said...

hellioz dah makin mesra

etomyam said...

nampak gayannya tak lama lagi dah ni

hans said...

walaweh
kira ekau orang kuat disebalk percintaan mereka lah yer zara
hoho
best2

P/S : Yeyeyeyeyeyeye! Kelas Cancel! Yehaaaaaaaaaaaaaaaaaa!