Tuesday, September 28, 2010

Aku Seorang Gadis Periang Seperti Seekor Reriang Mengalami Metamorfosis | 23 Bukan 16 Tahun


Salam.
Sering ditebak dengan persoalan apakah aku manusia yang benar-benar beku seperti yang diluahkan, aku ketawa sahaja. Aku manusia yang acapkali dikatakan periang dan aktif di luar kawalan. Ah, mereka yang pernah bertemu ataupun berbual bersama aku di talian telefon mungkin menyedari aku manusia yang banyak ketawa.

Dia : Kau seorang yang periang?
Aku : Sebab aku suka ketawa?
Dia : Kau sentiasa nampak gembira, riang sahaja.
Aku : Seperti seekor reriang yang mengalami metamorfosis, aku bahagia dengan dunia aku.
Dia : Reriang itu apa?
Aku : Sejenis serangga.


Tolonglah percaya yang gadis ini sudah berusia 23 tahun, bukan 16 tahun.
Dia dilahirkan pada tahun 1987.

Aku mungkin bukan anak baik yang sering mendengar kata mereka disekeliling dalam melaksanakan apa yang aku mahukan. Aku selalunya menyandarkan keperluan aku dalam apa yang aku mahukan. Kalau aku mahu sesuatu, aku rela mendapatkannya sendiri, dengan kudrat aku sendiri.

Ada orang kata, disebabkan aku selalu ketawa, aku sering disalah anggap sebagai tidak serius bila membicarakan sesuatu. Entah, mungkin kerana aku terbiasa keseorangan, bila didekati oleh manusia lain, aku lebih suka ketawa dan membiarkan butir bicara sahaja yang membuatkan suatu suasana itu bernyawa.

*******

"Rindu. Rindu nak tengok kamu senyum, rindu nak tengok kamu kepenatan, sibuk dengan kerja, rindu nak tengok kamu tersengih riang setiap kali terpandang wajah-wajah yang memerhatikan kamu. Rindu dengan Zara yang begitu. Tapi tak rindu kena pukul dengan kamu sebab sakit"

*******

Aku bukan lagi gadis yang akan tendang orang kalau marah.
Aku bukan lagi remaja yang baling kerusi sampai patah.
Tidak, aku sudah benci ikut nafsu amarah.
Ia akan buatkan aku jadi manusia serakah.
Aku lebih rela dipandang lemah.
Asalkan aku tidak menggadaikan maruah.

Senyum sambil kira satu, dua,
tiga - lompat ke tepi.
Kau bolehporak perandakan hidup aku ini.
Tapikau tidak akan dapat mencuit sekeping hati.
Itu sudah pasti.

Pemilik hati mungkin masih mendengkur sendiri.
Ah, dia masih belum ku temui.
Kalaulah dia sudah muncul di dalam hati ini.
Aku hanya mahu lihat dia dari sisi.
Biarku dipanggil manusia sepi.
Asalkan sedikit kebahagiaan mampu aku kecapi.

Tidak.
Aku bukan tamak.
Aku kadangkala melihat, walaupun tidak nampak.
Cuma, kalau kau degil, aku campak.
Biarkan terhentak.
Awas, jangan sampai aku sepak.
Sakit tahu tak?
Ketawa terbahak-bahak.

Zara : Hati aku adalah kawasan yang sama sekali aku tidak akan biarkan kau permainkan. Kedegilan aku dalam mempertahankan kemahuan aku adalah disebabkan prinsip aku yang kau tidak dapat tembusi. Kau mungkin tahu aku, tapi kau tidak mungkin memahami aku. Sekurang-kurangnya, aku sudah dapat bau.

12 comments:

Kuman Chaos said...

tetapkan prinsip, & jangan ubah prinsip anda. Jangan jadi fotosintesis dah ler. :D
kuman "cincin dijari .." Entry

noor afzan said...

23 muda 2 tahun dariku =)

ima said...

bestlah sajak tue kak zara.
;)

p/s:sajak ke?

miss_ummi said...

aku juga bahagia dengan duniaku...
sungguh, suka baca blog kamu..
rasa macam dunia kita x jauh beza...
smile...

HEMY said...

aku pn suka ketawa. bila serius masing2 takut dan tergamam

zam.enol.arep said...

fuh. prinsip. aku suke. aku amek sket2 boleh? ;]

Amir Said said...

xpenah dgr pun serangga nama reriang. cmne tu? hehe..

Hizami Rahim said...

hehe.
hidup biar ada prinsip.
:)

idasm said...

kak ida pun seorang yg riang dan ceria... hehe...

░♥si lampu neon♥░ said...

aku rasa ko pun da banyak berubah sejak kerja ni kan..perspektif ttg hidup tu lebih meluas rasanya ek..sabarlah zara..aku tahu ko seorang yang kuat & tabah..walaucamne pun aku suka tgk ko gelak ;) ceria je...

Emora Valeria said...

akak,sajak akak best kak.serius. ^_^

izulman said...

dh boleh jadi lirik rap dh, cube bayangkan too phat nyanyi ni:

Tidak.
Aku bukan tamak.
Aku kadangkala melihat, walaupun tidak nampak.
Cuma, kalau kau degil, aku campak.
Biarkan terhentak.
Awas, jangan sampai aku sepak.
Sakit tahu tak?
Ketawa terbahak-bahak.

XDDDD

zara u r so good, cheer up! ^^

ps: DKDM kembali dgn new photo pictures n recipes! Tak jumpe kt tempat lain. true story XDDD