Tuesday, September 07, 2010

Awak, Tolong Jangan Menipu Sesiapa Lagi Boleh? Sebab Semakin Lama Semakin Kelakar Drama Awak.


Awak.
Nak tahu sesuatu tak?
Ini bukan kali pertama saya jumpa manusia macam awak. Bukan.
Awak nak tahu juga tak?
Cara awak sama dengan cara dia yang membutakan mata hati saya dan mereka yang lain juga. Tetapi awak, saya bangun dan tersedar bila dia mainkan peranan atas lakonan opera. Dia silap di situ awak. Awak pula akan silap di mana ya?

http://www.truthportraits.com/blog/uploaded_images/liar-main_Full-773276.jpg

Awak.
Macam dia dulu, saya pun sayang awak. Tapi kan awak, saya tak boleh nak sayang awak sepenuh hati macam saya konon-konon pernah sayang dia. Awak tahu kenapa? Mesti awak tak tahu, sebab kalau awak tahu nanti awak lari-lari anak dan merajuk dengan saya kononnya.

Ludah.
Pekat, penuh rasa meluat.
Ketawa berdekah.
Senyum kelat.

Awak.
Kita semua ini memang pelakon di atas pentas dunia. Sungguh. Saya, awak, dia dan mereka semua memang pelakon yang hebat. Kita memainkan peranan masing-masing dengan skrip yang kita buat sendiri, yang kita sulamkan dengan ketawa ceria kita sendiri. Kita coretkan kesedihan itu di dalam kanvas milik kita sendiri dan tidak mustahil, kita turut menumpahkan sesuatu di kanvas orang lain juga.

Tidak mustahil.
Betul.
Dan awak, menumpahkan banyak warna di atas kanvas orang lain.
Palitan demi palitan awak coretkan sampai warnanya bersimpang siur. Apakah itu kerja seni? Saya lebih rasa itu kumpulan dosa yang awak mungkin tidak sempat untuk membasuhnya disebabkan kotoran teramat dahsyat.

Awak.
Boleh sahaja awak kata saya keji, sebab awak pernah kata saya naif dan suci.
Ketawa geli hati.

Awak.
Kehadiran awak sebenarnya mencoretkan pelbagai rasa dalam hidup saya. Hidup yang penuh dengan suka dan duka. Saya, pemerhati kehidupan manusia, itu hakikat yang awak mungkin tidak sedar daripada penulisan saya. Saya lihat hidup manusia lain, saya belajar sesuatu daripada hidup mereka dan saya zahirkan dalam bentuk wacana yang saya pasti awak tidak akan pernah baca.

Awak.
Saya nak kongsi satu cerita dengan awak. Siapa saya yang sebenarnya disebalik watak yang awak puji-puji saya tanpa sedar bahawa awak tidak berdiri di hadapan saya untuk lihat saya sedang ketawa kecil dan tersenyum nipis dengan segala dogengan yang tidak terperi hebatnya. Saya berkongsi apa yang seorang teman menulis di Mukabuku saya pagi ini.

Tapi tak mengapalah, nanti saya tulis lain kali. Sebab apa?
Sebab saya nak buat kuih raya, walaupun saya tak sehebat awak yang memiliki segala-galanya.
Ketawa.

Ini baru prolog.
Dan yang pasti, ini bukan sebuah kisah cinta.
Ini ceritera seorang manusia yang sedang menagih sesuatu sambil menyebarkan virus lakonan dia yang penuh taburan rasa. Adakah anda sudah terjerat dengan kisah dia?
Mungkin juga.

Zara : Tiba-tiba rasa nak menyanyi lagu 'Drama King'. Kenapa agaknya ya?

Nikmati karya pertama Shafaza Zara Syed di Aksara Keraian.[Halaman Peminat][Kumpulan Pembaca][Bab 01] [Bab 02][Bab 03][Bab 04][Bab 05][Bab 06][Bab 07][Bab 08] [Bab 09][Bab 10][Bab 11][Bab 12][Bab 13][Bab 14][Bab 15] [Bab 16][Bab 17][Bab 18][Bab 19][Bab 20][Bab 21] [Bab 22] [Bab 23] [Bab 24][Bab 25][Bab 26][Bab 27][Bab 28][Bab 29][Bab 30][Bab 31][Bab 32][Bab 33][Bab 34][Bab 35][Bab 36][Bab 37][Bab 38]

10 comments:

INTAN.... ~ said...

TERBAEK WOK!!!

Cikgu Nizam said...

Alamak, awak marah sangat lar...

Ni betul2 ker atau novel terbaru chegu??

k.e.r.i. said...

nak raya dah ni.
letak tepi dulu pasal cinta. haha.

eNaSaN said...

Novel ke nie???



mungkin realiti... hik3


suka baiT2 kata2 nie:-

Awak.
Kehadiran awak sebenarnya mencoretkan pelbagai rasa dalam hidup saya. Hidup yang penuh dengan suka dan duka. Saya, pemerhati kehidupan manusia, itu hakikat yang awak mungkin tidak sedar daripada penulisan saya. Saya lihat hidup manusia lain, saya belajar sesuatu daripada hidup mereka dan saya zahirkan dalam bentuk wacana yang saya pasti awak tidak akan pernah baca.

Yiedpozi said...

Terbaik!!!

twinkle twinkle said...

AHHA naif n suci pon keji ,,pelik ;D

HEMY said...

sangat best baca bahasa kauuu~~~

noor afzan said...

aduh..
siapa pula yang liar nih..
babab karang.

The Poyo Me said...

awak, awak nak thu siapa saya?

saya adalah troller dengan seribu wajah.

apa yang awak lihat saya tinggalkan di teratak awak, dia, dan mereka setiapnya berbeza-beza.

yang pastinya, sukar awak untuk mengetahui siapa sebenarnya saya.

hee~~

NuR said...

uih..
padat.
terbaik la.
suka baca nih.