Wednesday, September 29, 2010

"Bosanlah Jadi Cikgu! Nak Layan Kerenah Murid Lagi. Ada Kerja Lain Gaji Tinggi Dan Senang Tak?"


Itu yang tertulis di status kawan aku.
Malu aku nak mengaku sebagai kawan sebenarnya.
Malu yang teramat sangat.

Ya, aku tak layak nak menulis atau menegur perkara begini jika ia dilakukan oleh orang lain. Tapi kalau ia dibuat oleh orang yang aku kenal selama 4 tahun walaupun tidak begitu rapat atas sikapnya sendiri, aku rasa aku patut menulis secara terbuka begini. Bukan sahaja untuk kawan itu tetapi untuk sesiapa sahaja yang pernah meluahkan begini.

http://www.layoutlocator.com/graphics/dldimg/074b9416c16565bc2f99545a9665bdfb_emo_girl-2044.jpg

Kalau ikut hati aku yang marah, mesti aku dah cetak paparan (baca : print screen) perkara tersebut. Dan galak pula ada yang menyokong apa yang ditulis. Ingin sahaja aku menyumpah seranah manusia yang tidak tahu langsung erti bersyukur itu.

"Bosanlah Jadi Cikgu! Nak Layan Kerenah Murid Lagi. Ada Kerja Lain Gaji Tinggi Dan Senang Tak?"

Kawan 1 : Baguslah kau. Aku pun rasa camtu.
Kawan 2 : Memang pun. Dah la setiap hari kerja yang sama.
Kawan 1 : Aku datang sekolah jam 7.30 setiap hari. Kadang-kadang sebelum pukul 8 aku datang.
Kawan 2 : Lepas tu kau balik bila?
Kawan 1 : Loceng bunyi aku terus cabut.
Kawan 2 : Bagus! Sama dengan aku. Ada tak kerja yang lebih kurang tiga ribu lebih, kerja senang?
Kawan 1 : Kalau ada kau bagitau la. Kerja cikgu gaji ciput.
Kawan 2 : Lepas tu nak memuaskan hati budak-budak, mak bapak budak, cikgu-cikgu lain. Menyampah!

Aku memang terbakar dengan perbualan mereka itu. Terbakar yang amat. Belum sampai setahun masuk mengajar dan itu sudah mula dirungutkan? Boleh tak aku terajang muka mereka berdua itu? Bolehkan? Aku akan menulis satu demi satu fakta yang dikatakan itu.

Bosan jadi cikgu?
Bosankah?
Aku rasa kerjaya ini sangat menyeronokkan. Setiap hari aku melihat gelagat manusia yang pelbagai dan perlakuan manusia setiap hari adalah tidak sama. Pelbagai aktiviti dan kerja setiap hari membuatkan aku belum bertemu lagi dengan istilah bosan dalam kerjaya aku. Lagi pula, kerjaya aku tidak terbatas di dalam sekolah, ada lagi kegiatan luar yang boleh dilaksanakan.

Nak layan kerenah murid?
Bukankah murid itu pelanggan kita? Murid itu tempat kita mencurahkan ilmu dan perhatian yang sewajarnya. Awas! Kita dibayar gaji untuk mendidik mereka, bukan untuk diperlakukan sewenang-wenangnya. Dan bila kau dengan senang hati kata bosan dan malas melayan murid, apa akan jadi dengan duit gaji yang kau makan setiap bulan? Yang kau berikan pada anak dan isteri kau?

Lagi pula, kerjaya ini membuatkan kita akan lebih kenal dengan sikap manusia dan bagaimana menanganinya. Apa mungkin melaksanakan perkara dan teknik yang sama sahaja bila mengajar manusia yang berlainan sikap dan tahap penerimaannya.

Memanglah kena dilayan sikap dan kerenah murid. Menegur apa yang mungkin kurang enak dan sebagainya. Bukan membiarkan begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan dan terus merungut sesuka hati kau? Boleh aku tumpang basuh kau?

Ada kerja lain gaji tinggi dan senang tak?
Orang yang buat MLM pun perlu berusaha untuk dapat pulangan yang menggembirakan bagi mereka, ini kau ingat duit boleh datang berguling begitu sahaja? Aku senang sahaja, kalau kau tak minat jadi cikgu, kau berhenti dan buat kerja lain!

Aku manusia yang percaya, segala apa yang kita mahukan perlu diusahakan. Perlu ada kesungguhan dalam mencapai apa yang kita impikan. Tiada jalan pintas. Alangkah orang yang mahu melakukan jenayah pun terpaksa berusaha untuk mengatur jenayah mereka, apatah lagi kerja halal yang lain.

Aku geram.
Marah yang amat sangat.
Ramai orang yang sangat mahu menjadi seorang guru. Banyak impian yang terkubur dalam usaha mereka menjadi seorang guru. Tetapi malangnya, ada sesetengah manusia yang langsung tidak pandai bersyukur bila sudah punya kerjaya tetapi bersikap begini pula. 

Moga aku dijauhkan daripada manusia-manusia begitu.
Moga-moga anak-anak murid yang aku ajar tidak akan terserempak dengan guru-guru begitu.
Moga-moga.

Zara : Sekarang aku lebih mengerti mengapa dua orang manusia itu sering kali bertelingkah dengan kami semua bila tiba ke isu pendidikan. Otak jumud mereka yang tidak boleh menerima pembaharuan dalam pendidikan.

26 comments:

itafukada said...

sygku zara,
boleh tak aku join kamu utk terajang muka org yg bercakap camtu jugak?huhu..


aku cukup kagum dengan insan yang bergelar guru.mmg aku respect sapa yg dapat jd cikgu. sbb bukan senang nak jadi cikgu.tahap kesabaran mmg kne maha hebat.tapi segelintir yg buat 'taik' tu yg menyusahkan.kalau xmahu jadi cikgu, sila resign.ramai yg nak jd cikgu.bukan org bersyukur betul.huh!

Zqah Ail said...

kerjaya cikgu amat menyeronokkan jika kita minat dan pandai menyeronokkan diri kita waktu kat sekolah =)

Azrul Hisham said...

kadang2 pelik apa tujuan dia jadi seorang guru sebenarnya...adakah dia apply jadi guru dulu kerana ikhlas untuk mendidik anak bangsa atau sekadar menyelamatkan diri daripada tanam anggur (baca: menganggur)?

biussaraf said...

kalo hati tak ikhlas kerja...
macamtula..
buat kerja apepon rase berat n asyik komplen je..
kan...

Miss Shizu said...

zara, nk join gak terajang muke dorg tuh..kaki aku saiz 7..kire padu kalau tepat kene muke tuh..hahaha

suh dorg resign cepat sebab aku akan ambil alih keje dorg tuh..ubi kayu btol..

Khumaera Ismail said...

sb tu sy ta suke kbykn guru zmn skrg..diowg apply keje guru sb ta dpt keje laen..pastu dh dpt jd cikgu, tanggungjwb buat sambil lewa..
sy ta pandang rendh profession guru, both my parents pun cekgu jugak and i proud of it..tp org2 zmn skrg yg buat profession guru tu dipandg rendah..kalo zmn dulu, jd guru dh sgt2 dipuji sb diowg keje sungguh wlpn gaji ciput.
--oohh..tibe2 ter emo..

yangbaik said...

ni kes nak kejer cari duit ker nak lepak jer...
mana ada kejer senang... nak makan pun susah gak nih...

g0m0k9enDek said...

zara, dia ngaja sekolah mana? meh ganti ngan ak yg tgh tunggu nak posting nihhhh.. xnak jadi cekgu sudah!

SD said...

hermmmmm....mesti cikgu yang cakap macam ni sesi pengajarannya sangat membosankan.....pernah dapat cikgu yang bosan.....tak suka kelas dia sbb warnanya hanya satu....kelabu.....

.sDanial. said...

eiiii.. geram nyee... sha yang tak dengar nie pun geram... apetah lagi kakak zara... kak, nak JV terajang diorang bole?.. :P saba la kak zara... manusia mcm nie memang tak tawu nak syukur kan... bila Tuhan dah tarik balek segala nikmat yang dah diberi nanty, baru la dia sedar langit tu tinggi ke rendah.. tak gitu?.. :)

Secret Drifter said...

Zara pesal dgn kwn u ni????

dia ikhlas mengajar or semata2 nak mengejar gaji atau dunia ???

kalau nak tau cikgu is one of the most respected jobs..

pasal nak kejar $$$$ tamakkan harta ke??

ingat ada juga cikgu yg berjaya n hidup sederhana.. siap boleh enjoy lagi !!!!!

geram pun aku dgr pasal hal ni...

Wanita Mutalib said...

ampun..nampak sangat kerja tak ikhlas..

sedih dengan orang2 camni..

kiter kerja, dapat duit dan duit itu diguna untuk menyara diri sendiri dan insyaAllah keluarga..

kalu dah rasa cam tak ikhlas, ikhlas kah juga duit yang masuk dalam badan kiter nih..

Nauzubillah, mintak simpang..

dek zara...terbaik untuk kamoo ya sayang :)

Aini said...

kalau tak nak jadi cikgu buat apa apply? ramai lagi kat luar ni yang bersungguh nak jadi cikgu... Geram!

*diera* said...

huhuhu jgn lah cikgu melenting atau marah kalo anak murid dia tak minat kat kelas dia.. sbb dia tak minat nak ajar dan tak ikhlas nak curah ilmu..
oh aku pun nak jadi cikgu.. seronok rasanya dikelilingi anak2 itew..

p/s : gaji cekgu lagi banyak dr gaji aku keje gomen ni ha... hahahhaha
plus leh spend masa lebih ngan anak2 kot..

izulman said...

setuju dengan orang kt atas ni. Cikgu ni keje mulia, kene betul2x ikhlas, kalau rase tak berbaloi jgn jadi cikgu terus, resign. Report lagi elok, byk je org nak keje jadi cikgu tp tak dpt sb takde degree in education crap. mcm mane malaysia nak maju ade org2x mcm nie? Kalau tk suke pun, berhenti la senyap2x, tak pyahla open public. geez

sarah-najwan said...

salam...selamat berkenalan

saya bangga menjadi seorang guru.cita2 dari kecik lagi..skrg sudah bergelar guru hampir 12 tahun.cabaran guru skrg mmg banyak..tugas mendidik dan mengajar..2 perkara yg berbeza...

semoga kita yg bergelar guru akan kekal bersemangat menjalankn amanah dan tugas yg dipertanggungjwbkn...amin.

hazman aka species1980 said...

rajin-rajin cikgu rajin.... rajin la mengajar ..... ;-p

syaftome said...

kerja sbg cikgu smmgnya mencabar...
kena sabar dgn karenah pelajar, ibu-bapa,cikgu-cikgu termasuk pengetua or guru besar dan juga PIBG...

yg penting...kena tahan fizikal dan mental...
sbb tuelah aku xnak menjadi cikgu...
kerna takut tidak dpt mendidik pelajar dengan ilmu yang berguna...

wpun gajinya amat besar...tugasnya juga amat berat...
sungguhpun begitu, bnyk juga cikgu yg hanya mementingkan elaun dn gaji...
tanpa memikirkan tujuan sebenar menjadi seorang pendidik...

theonenonly ALoNgsHahRiL said...

"bosannya jadi cikgu..." <----

wahhhh, sape la kawan zara kan... sentap giler.. agak2 kalu tak teringin nak jadi cikgu, tayah la apply... kalu sekadar suka-suka pon tak payah... ramai je yang nak sangat jadik cikgu niii... Kerjaya ni sangat seronok hokey walaupon bergelumang dengan aktiviti / kerja sama tiap-tiap hari...

kenapa perlu bosan?? adekah kenapa anda seorang yang tak pandai nak mengajar.. sebab tu jadi malas melayan karenah murid... deal ngan karenah murid ni memang mencabar... tapi kalu kena gaya... murid-murid akan hormat dan sayang...

kerja lain yang gaji tinggi dan senang??? adaa je... kahwin ngan orang yang berharta. konpem2 kerja senang dan gaji banyak... senang kenapa? sebab tak payah kerja.. jadi mandur arah bibik wat keje... gaji lumayan?? lumayan sebab mesti orang yang dikahwini tu akan kasik allowance bulan-bulan.. senang-senang je dapat durian runtuh...

sorry terEMO plak... tapi kan sebab ada segelintir manusia yang sebegini, kerjaya sebagai seorang pendidik dipandang rendah oleh golongan-golongan yang merasakan diri mereka besar dan hebat...

kalu dulu-dulu... mak-abah mesti pesan,"cikgu, saya serahkan anak saya kat cikgu.. nak pukul ke apa ke. saya tak kisah. asalkan anak saya jadi orang yang berguna."

Kesal sungguh dengan kawan-kawan Zara nyer post.. Mo join terajang gak mereka berdua itu...

Izzie Hirasawa said...

kamu nak gaji besar kerja senang yang?

tak ada yang.

nak tahu, kebanyakan graduat jurusanku semua gaji dalam 2500-3000. aku saja 1500, itupun kerja sementara sebab nak sambung belajar.

anyway, hari tu tercall lah kawan yang gaji tinggi ni.setelah tanya khabar dia berkata "aku nak kerja sini setahun je la. cari duit. lepas tu sambung belaja kot."

aku heran. gaji tinggi, kenapa perlu tukar? katanya, tension kerja banyak OT. yes gaji tinggi. tapi kerja rakan2 jurusan aku ni, sabtu ahad ada lagi. malam biasa. pukul 2-3 pagi pun ada. kata mereka "aku hidup hanya untuk kerja sekarang."

nak kerja gaji besar yang? pengorbanannya pun besar yang.

Lee Zha said...

Trus trang aku kt, aku x tkjut pn dgn n3 kau sis. sbb senario ni aku da hadap sjk aku skolah menengah lg. aku bkn tgk sapa2, aku tgk cikgu2 aku da ckp...

sb tu aku pnh komen dlm slh 1 n3 kau bkenaan dunia pguruan, aku ktkn pd kau yg semua org boleh jadi cikgu, tapi xsemua layak di pggl 'guru'.

bagi aku manusia mcm tu hny mmilih utk mjd cikgu krn 'GAJI BESAR'. aku xtau pula kalau ciput, sb byk klbhn yg dberikan utk wrga pdidik. org2 mcm ni hny pndg gaji shj, bkn minat dan niat mrk bkrja.

slm aku hdp..bpuluh2 cikgu yg aku jmpa...tp dlm hdp aku..hny seorg yg aku btol2 boleh pggil 'guru'.

dia..guru aku yg demam sms kami sdg mjwb paper sjrh spm...dia..guru aku yg runsing smgu2 tkt kami xdpt jwb paper spm..

dan aku rs xslh kalau aku pgl kau 'Guru'..sb jiwa kau seorg guru..

tahniah. :) kau xtgolong dlm ckgu2 yg hny sesak utk bkrj dn memilih perguruan sbg jln mdh utk krj. tahniah. :)

ita@cherul said...

sgt sedih bila seorg cikgu keluarkan ayat camtu....rugi betul la murid2 dia...hangin aku!!!! akak dah tua, dah berkali2 ditwrkan tk naik jd pentadbir. tp akak tolak sbb akak lebih senang melayan budak2 kecik yg hingus pun x reti nak bersihkan...sedih la....

Sophie Al-yahya said...

tak bertangungjawab betul. Tak berkualiti punya cikgu.Patut kene buang aje.Terus x dpt kerja.baru tahu.

whitelilies island said...

sy pun ade kwn yg berkerjaya sbg guru tapi slalu merintih mengeluh dgn perangai student dia.. siap maki2 lagi.. sy pun x suka org2 yg mcm ni.. x reti b'syukur dan x reti nk phm the role of a teacher.. org2 cam ni mmg patut terajang je!!

Taufan Trisna Indra said...

oh? sangat mengharapkan menjadi cikgu tapi tidak kesampaian.

Azizah Alwi said...

Pekerjaan Guru adalah salah satu pekerjaan yang paling mulia sekali.Biar gaji sedikit asalkan mendapat rahmat daipadaNya.Janji kerja yang kita buat itu halal. :)