Thursday, September 02, 2010

Duit Raya Untuk Murid Tersayang Daripada Cikgu Zara | Duit Panas Dari Kertas Bukan Sebarangan


Salam semua.
Esok merupakan hari terakhir persekolahan sebelum semua orang akan mula bercuti. Budak-budak ramai yang telah mengambil cuti sendiri seperti sekolah ini milik mereka sendiri. Tidak mengapa, sekolah tetap diteruskan seperti biasa. Awas kalau naik sekolah nanti, pasti hukuman sudah sedia menanti (mata bersinar kejam disebabkan aku guru bertugas minggu ini). Ketawa.

Disebabkan aku banyak mengajar budak-budak Tingkatan Satu, Dua dan Empat, setiap kali mereka ternampak aku, pasti mereka akan mengungkapkan sebaris ayat yang boleh buat sesiapa sahaja menjadi sedikit gila jika ia sudah diucapkan lebih daripada seratus orang (tidak termasuk oleh orang yang sama berkali-kali).

Budak 1 : Cikgu, nak duit raya!
Budak 2 : Jangan lupa bagi duit raya cikgu!
Budak 3 : Cikgu, duit, duit, duit raya!
Budak 4 : Rumah cikgu jauh, cikgu bagi kamu duit raya je la.
Budak 5 : Duit raya, cikgu nak bagi kan?
Budak 6 : Duit raya berapa banyak tahun ni cikgu?
Budak 7 dan seterusnya : .......'duit raya'.......'duit raya'........

Duit raya masih menjadi inti pati ayat tidak kira di mana sahaja aku bertemu mereka sepanjang minggu ini. Bukan aku tidak mahu beri, tapi disebabkan mulut-mulut mereka ini sangatlah bising, maka, kalau memberi pada satu kelas sahaja, berita itu akan tersebar dengan jayanya ke seluruh sekolah. 


Contohnya, semasa aku berikan budak kelas aku seorang satu kek cawan, habis tersebar berita di sekolah yang 'Cikgu Zara akan beri hadiah kalau rajin dalam kelas'

Itu baru kek cawan. Kalau duit raya? Pitam aku dibuatnya. Jadi, bagi untuk tidak menghampakan mereka, aku telah membuat keputusan untuk berlaku adil kepada mereka semua. Semua kelas yang aku ajar akan mendapat duit raya yang istimewa daripada aku.

Aku : Disebabkan semua orang minta duit raya, cikgu nak beri duit raya.
Budak - budak : Yeah!
Aku : Sebelum dapat duit raya, cikgu nak tanya soalan.
Budak-budak : Apa dia cikgu?
Aku : Duit diperbuat daripada apa?
Budak-budak : Kertas!
Aku : Ya betul. Jadi, setiap orang mari ambil duit raya ini di depan.
Budak-budak : Yeah!

Duit raya khas sempena Aidilfitri daripada Cikgu Zara. Ketawa.
Duit ini 'super hot'!

Budak-budak : Ni bukan duit cikgu!
Aku : Kata duit buat dari kertas?
Budak-budak : Tapi ni kerja sekolah.
Aku : Saya tak sanggup kalau awak semua lupakan saya cuti dua minggu ni.
Budak-budak : Nak duit raya cikgu!
Aku : Kalau cetak kertas ni semua, guna duit tahu? Maka, ini kira duit raya daripada saya.
Budak-budak : Selama ini pun cikgu memang bagi kertas percuma.
Aku : Kali ini istimewa sedikit.
Budak-budak : Apa yang istimewa?
Aku : Duit ini panas.
Budak-budak : Sebab cikgu baru fotostat!
Aku : Betul! (ketawa)

Dan budak-budak ini ketawa girang seperti selalunya. Naik sekolah nanti baru fikir sama ada mahu beri duit raya ataupun tidak disebabkan bilangan anak saudara, sepupu, pakcik, makcik, tidak termasuk keluarga aku sendiri sudah melebihi seratus orang. Budak-budak ini mahu datang ke rumah aku. 

Budak-budak : Nanti saya datang raya rumah cikgu, nak dapat duit raya betul.
Aku : Raya nanti saya tiada di rumah.
Budak-budak : Cikgu pergi mana?
Aku : Saya beraya di Bangkok.
Budak-budak : Huh!

Zara : Cuaca hari ini baik dan aku amat berharap agar semuanya kekal baik sahaja. Sudah masuk hari ke dua puluh tiga aku berpuasa, dan seluruh umat Islam tentunya. Hari ini bila bertanya pada budak-budak, masih ramai lagi yang mengaku tidak berpuasa. Alahai.


20 comments:

Cik Aish said...

haha...ye btul..memang tu soklan yang slalu kt guru2 dgr di skola..asik mtk uet raya je...;p

pali7x said...

hahahhaa. siot cikgu ni, aku ketamkan gak ngan ketam kayu tu kang.

en_me said...

lawa beg tangan cikgu zara tewww.. mesti banyak duit raya kat dalamm kanns.. ehehe

Zqah Ail said...

duit raya cikgu memang selalu hot .. hehehe

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

hahaaa.. sabar jelah.. sumi pun dok berfikir2 nk budget banyak mana untk duit raya tahun nih.. tp sumi xbalik kg..

MK Kimi said...

cikgu...nk gak duit raya..ahaks!

aliesha kirana said...

hehe..kalau kena bg satu sekolah mmg pitam laa cikgu..hihihih~

MuNsYi SaMa said...

jom g braya bangkok~ :P

hans said...

hahahaha
zara
kalau aku jadi anak murid ko time tu mesti kecewa ada kerja sekolah
kahkhakhakha

P/S : Review Film : Step Up 3D Memang Gempak! Kalau Boleh Nak Tengok Lagi 4 Kali!

etomyam said...

hahaha, senyum dan seronok baca dialog ngan budak2 ...memang bijak budak2 zaman sekarang

Amoroso Renato said...

tringat masa kecik2...mcm tue la perangai geng2 kitaorg..slalunya yg x ambik cuti sendiri akan dpt duit raya dari cikgu2.

LyNn HaMzAh said...

hahahaha...budak2 zaman sekarang cerdik la...

RMA said...

hahahaha.. bagi homework time raye ek!! kesian budak2.. :P

klik sini

azmiroy said...

cikgu kalau nak bagi anak murid setiap seorang 1 ringgir rasanya sikit sangat tapi jika nak bagi 5 ringgit rabak cikgu

cactusitu said...

haha, duit raya! sekarang adalah masa kita memberi, lebih nikmat rasanya dari menerima :)

selamat menyambut kedatangan budak2 ke rumah anda zara :P

Hazzy Ishak said...

kalau cuti panjang macam ni lah, paling liat nak buat kerja sekolah.

noor afzan said...

yeah, idea menarik.
ku pun nak bagi kertas la nanti =)
wink wink!

*cimOt* said...

huuuuuuu..trend ble nk cuti mmg cekgu2 suke nar kasi omwork manyak2..dan trend bebudak termasok saye jgk laa sok nk kne submit, mlm tu bwu gelabah nk buat..so, ta ya raa waw la jawabnyer..hik hik..kenangan skul dolu2..

The Poyo Me said...

bagi banyak2 cikgu.
makin banyak makin best...

p.s. cikgu, jgn bagitau diorg rumah cikgu kat mana! habis diorg serang nnt. :P

fadh ^_^ said...

hahaha~
kelaka giller. mcm2 aje.
jwpn last tu memang xboleh blah
:P
kite pon da ade byk esaimen nk bwak blek tyme rye nih.
adus~