Wednesday, September 22, 2010

Kalau Yuna Dengan Gadis Semasa, Zara Dengan Gadis Menatap Papan Hijau Yang Bermakna


Ketawa.
Aku ini manusia yang suka ketawa.
Apabila diajukan dengan pertanyaan apakah aku memerlukan teman lelaki saat ini, perkara pertama yang terhambur adalah ketawa riang yang sungguh gila aku rasa. Nasib baik hanya menggunakan sistem perbualan Google, kalau tidak, pasti aku sudah ditemui sedang berguling ketawa.

Oh, tadi ada temubual eksklusif bersama seorang kawan yang serupa dengan Bront Palarae tentang jodoh dan calon. Banyak yang ditemubual dan sebab sebelum ini dia pernah muncul dalam edisi perbualan aku bersama rakan tentang kes buang bayi, aku akan menulis tentang temubual eksklusif itu nanti. Ketawa. Gila ilmiah betul setiap kali ada perbualan antara kami. Siapa yang tak kenal Bront Palarae?

http://i61.servimg.com/u/f61/13/01/30/44/mppb_011.jpg
Kawan aku yang bekerja sebagai PTD itu ada iras ini. Betul. Tapi dia sudah ada kekasih.
Sesiapa yang nak masuk menjadi calon, sila beritahu aku nama. Sekian.

Selain itu, kalau Yuna ada Gadis Semasa, aku sudah punya Gadis Menatap Papan Hijau yang sangat bermakna. Betul, memang mempunyai makna yang mendalam. Terima kasih kepada sahabat baik-pijak-kepala yang membuat kepala blog yang baru dengan membuat penambah baikan yang dia sendiri tidak berpuas hati. Senyum.


http://1.bp.blogspot.com/_zb5jHhPMjr0/TJi7OTWl7CI/AAAAAAAAD3w/ZpqoOSI5hCY/S900-R/bannerzara.v3.jpg

Kenapa sangat bermakna?
Kalau anda perhatikan di papan hijau yang sangat signifikan dalam hidup aku saat ini, tempat aku menulis, mengajar segala ilmu yang perlu kepada murid aku. Ya, kedengaran menyenangkan sungguh bukan?
1. Hari Isnin di papan hijau itu adalah selari dengan tarikh yang tercatat iaitu 26 Oktober 2009, tarikh dimana aku mula bertugas sebagai seorang guru rasmi.
2. Dunia Sebelah Zara - nama blog aku.
3. Aku yang berdiri adalah melambangkan aku.
4. Tanda soal yang berkeliar di atas kepala aku hanya pembuat itu sahaja yang tahu.

Mungkin itu sebagai tanda aku keliru, sejak bila beg merah aku menjadi kelabu?
Ketawa.

Nota Kaki :
1. Jaga peperiksaan setara petang ini.
2. Perlu ke kem petang ini - ada urusan.

Zara : Malam tadi berbual dengan seorang sahabat yang entah kenapa aku rasa sebak di dada walaupun pastinya aku ketawa riang sewaktu berbicara dengan dia. Dia menebak dengan pelbagai persoalan, tapi aku hanya ketawa riang dan walaupun ada yang aku jawab dengan ketawa, aku pastinya rasa sakit yang semakin menghimpit jiwa.

22 comments:

Azrul Hisham said...

sempoi je tengok header baru tu :)

MK Kimi said...

Suka sgt header ko...

Kuman Chaos said...

kalau ada buat sakit kepala bahu, baik tak payah ada.. tak gitu..
kuman "melayang" Entry

Sidratul Muntaha said...

Assalamualaikum Kak Zara.

1.Suka dengan gaya penulisan Kak Zara sejak kenal blog Dunia sebelah Zara berbulan yg lepas.

2.Header yang terbaru nampak misteri.Beg kelabu tu sama macam beg saya ke kelas. :)

3.Salam kenal.Semoga dalam rahmat dan kasih-sayang Allah sentiasa. :)

mier@merr said...

aku nak tiru..oh..terlalu telus pengakuan ku..

HEMY said...

aku ingat kan gambar hritihik roshan tadi..aahahaha

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

header ni cantek! :)

LORD ZARA 札拉 said...

@Bang Azrul :

hahaha~
thanks bang!

@Kimi :

TQ lahling!

@Kuman :

Agree!
:)

LORD ZARA 札拉 said...

@Fatin :

Waalaikummussalam w.b.t.

1. Terima kasih banyak-banyak.

2. Beg itu sebenarnya berwarna merah. Kawan sudah tukar warnanya sebab tak nak kepala blog nampak terlalu pelik.

3. Salam kenal juga. Moga yang terbaik milik kamu.

LORD ZARA 札拉 said...

@ Merr :

maaf, tak boleh.
aku serius ni.
:)

@ HEMY :

haahha.
bukan.
haish.

@ Papa Hami :

hahaha.
thanks Papa!

pali7x said...

masa aku nak remove color drpd bag tu kan, aku teremove color kt tangan ko skali. hohoho~

miss nana said...

kepala blog ni simple tp comel =))

Amir Said said...

lawa header tu... :D

Cikgu Mizi said...

sempoi a.. tp kn cikgu kimia, bkn sastera.. haha.. sptutnya kimia dunia zara.. haha...

Sidratul Muntaha said...

Kak Zara,

Kalau begitu,design beg kita sama.Warnanya saja berbeza. :)

Terima kasih kak Zara sudi ke blog sy. :)

Hizami Rahim said...

lawo header.
;)
ngajar susah wooo.
x senang.

Amira Amair The Poyos said...

Aku dok bygkan lelaki berambut cantik tiba-tiba dtg pinang hang..
Wahhhh1 gempak!!

david archuleta said...

I dunno whos that guy, bront whatsoever.

Anyway, keep it up, I heard u r famous in the underground blogging world. ;)

regards,
david archuleta sydney yg howt.

Izzie Hirasawa said...

bront palarae?

serius?

oh saya ada kawan rupa macam farid kamil.

serius juga.




ya, serius.

PinQib said...

kem apa kak??

akak bg nama saya leh? heheh


Jum Singgah yer
Latest entry di:

Lelaki kurang otak
Letter for adik part 2
Lelaki hensem dan Pompuan Gem--

i.am.belle said...

LIKE the new header. simple tp cantik. thumbs up! :)

takky said...

makin sempoi penulisan....
membuat perut saya selalu exercise...
coz ketawe x henti2....
by d way, tq coz komen my blog...
hope u can follow my blog 2...
hihihihi...
(law terniat di hati akak nk wat entry psal blog saye, den x kesoh but kene taye dulu...ehehehehehe)

c(;