Monday, September 27, 2010

"Kau Cantik, Betul. Kenapa Agaknya Orang Tak Nampak Yang Kau Sebenarnya Perempuan?"


Ada orang cakap begitu dengan aku.
Jujurnya aku ketawa kuat sambil terlupa etika ketawa yang sepatutnya sebagai seorang perempuan. Nasib baik aku sedang memandu, kalau tidak, pasti aku akan berguling ketawa di atas lantai.
Tapi sebenarnya agak terharu juga disebabkan ada orang nampak aku perempuan.
Ketawa lagi.

Kenapa orang selalu tanya begitu?


Gambar hiasan - Sedang memasang khemah sambil bergembira di atas padang jam 4 pagi.
Penghargaan : Bang Hafiez (Jurulatih merangkap Tukang Ambil Gambar)

Aku jujurnya tidak berapa mengerti apa maksud 'perempuan' sebagaimana orang mahu lihat dalam diri aku. Aku manusia yang sentiasa bertudung ke sana ke mari, mempunyai ciri-ciri fizikal wanita normal (ya, aku tulis normal disebabkan ciri-ciri lain aku tidak tahu) dan sekali pandang, orang biasanya akan tahu aku seorang perempuan berdasarkan ciri luaran.
Dalaman?
Itu sesuatu yang aku tidak tahu bagaiman mahu menulis. Cuma, mari ku kongsikan sedikit cerita aku dan seorang kawan yang berbicara dengan gembira seperti sudah kenal lama. 

Dia : Kau cantik sebenarnya.
Aku : (ketawa) Sekarang baru aku tahu kenapa kau pakai kaca mata.
Dia : Betul apa?
Aku : Kau nak bodek? Jangan risau, aku tak tinggalkan orang di tepi jalan.
Dia : Kau cantik, betul. Kenapa agaknya orang tak nampak yang kau sebenarnya perempuan?
Aku : (ketawa) Aku sentiasa perempuan.
Dia : Kau memang selalu pakai seluar besar begini?
Aku : Memang ini aku.
Dia : Aku dah agak dah. Baju besar, seluar besar. Ni mesti sebab paha kau besar kan?
Aku : Amboi mulut!
Dia : (ketawa) Tapi tak mengapa, aku rasa baik macam ni.
Aku : Ini memang pakaian rasmi aku kalau bertugas.
Dia : Macam mana pun, tudung tetap belit-belit ya?
Aku : Selalu aku pakai yang senang sarung. 
Dia : Yang penting menutup aurat kan?
Aku : Ya.
Dia : Sebab itu aku kata kau cantik, ada daya tarikan sendiri.
Aku : (ketawa) Cukuplah buat lawak hari ni.
Dia : Aku cakap yang betul.
Aku : Anehnya, aku rasa kau tak betul.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs348.ash2/62855_1613609257875_1165601668_31756585_903287_n.jpg
24 September 2010 - antara pakaian rasmi kalau aku menghadiri tugasan luar.
Penghargaan : Bang Hafiez (Jurulatih merangkap Tukang Ambil Gambar)

Aku mungkin manusia yang kurang percaya dengan orang bila berlaku sesuatu, tapi aku sentiasa buka ruang bicara jika memerlukan. Mungkin kasar bila berbicara, tapi aku masih percaya dengan konteks di mana gurauan ringan acapkali perlu dalam membuatkan komunikasi berjaya.
Buat kawan itu, kalaupun kau lihat aku sebagaimana apa yang kau mahu lihat, aku tidak dapat berbuat apa-apa. Sebab itu memang diri aku yang aku suka.

Zara : Hari ini Isnin (27 September 2010). Aku menggunakan cuti rehat pelepasan yang diberikan oleh PPD disebabkan aku bertugas hujung minggu.

10 comments:

wAtashiwa Nemo-cHan said...

kau mmg chatek syg~~~~ cuma kau tak comey... yg comey cuma daku... hakhakhak.....

winkdoo kamoo dear~~~~

L said...

You're always beautiful as you're girl.

No one can deny that.

Amir Said said...

lepas ni kena pakai pakaian perempuan yg ayu2 je cik zara. hehe. :D

_ToMaToMeI_ said...

cantik itu subjektif....

lain orang lain penilaiannya....

yang harusnya cantik dalaman....

salam ziarah ZARA....

[z@ck] said...

see.told ya..
everyone hv their own beauties..

cantik tak semestinya putih
cantik juga tak semestinya hidung mancung

soclose2213 said...

ooo ini dia lord zara.. dulu slalu nmpk kat komen fida aishah..=.= salam perkenalan

cantik itu subjektif...

syaftome said...

owh...itu rupanya...
cerita di sebalik tagline "Kau Cantik. Betul"
tp memang benar...kau memang cantek...
even kita semua cantek...
in our own way...

HEMY said...

fuh..gambar last sgt pompuan..ekekekke

pisau belati said...

jadilah diri sendiri itu lebih baik.mengapa perlu menjadi boneka orang lain.sedang kita sendiri tahu apa keperluan kita dan di mana kita sepatutnya berada...

GaDis CoMeL said...

tak perlu berpakaian seperti wanita untuk menampakkan sifat kewanitaan.


;p