Friday, September 17, 2010

"Mak Aku Beri Teman Kau, Tapi Teman Lelaki Aku Tak Beri. Kau Pergi Seorang Bolehkan?"


Salam semua.
Semalam aku beraya sampai ke Melaka. Terima kasih pada mereka yang sudi menerima kedatangan aku dan sepupu aku. Sesuatu yang pasti, aku boleh lupa untuk bergambar di rumah kedua-duanya. Baiklah, itu satu kesilapan yang sangat nyata. Aku yang sangat suka bergambar tetapi tidak bergambar. 

Dan semalam adalah Hari Malaysia.
Selamat buat semua, semoga perpaduan dan kesejahteraan dapat dikekalkan.
Senyum.

Pertolongan.
Aku bertanya dengan kawan-kawan jika ada yang sudi menemani aku ke Melaka. Aku sebenarnya tidak kisah memandu seorang diri, tetapi berteman itu lebih baik jika ada yang sudi. Terlampau banyak alasan yang aku terima dan aku sekadar senyum apabila terjadi sebegitu rupa. Tidak mengapa, mungkin aku salah kerana meminta pertolongan daripada mereka, walaupun selalunya jika mereka bertanya, aku dengan senang hati akan memberi sahaja.

Cuma alasan daripada seorang rakan membuatkan aku termenung dan rasa mahu melempang orang jujurnya. Tetapi mengenangkan itu adalah seorang rakan dan lebih-lebih lagi ini bulan raya, maka, aku diamkan sahaja.

Kawan : Aku dah tanya mak aku dah.
Aku : Mak kau kata apa?
Kawan : Mak aku kata boleh kalau teman kau raya. Aku pun boleh raya rumah kawan-kawan aku sekali.
Aku : Cantiklah itu.
Kawan : Tapi, teman lelaki aku tak beri pergi. Jadi aku tak boleh ikut kau.
Aku : Siapa tak beri?
Kawan : Teman lelaki aku.
Aku : Baik.

Emo Girl 18 Oriental Images
Ini emosi semalam sewaktu menerima alasan yang tidak munasabah itu. Boleh?

Alasan yang diberikan membuat aku tertanya-tanya. Lebih besar rupanya pengaruh seorang teman lelaki berbanding dengan ibunya. Senyum. Kawan, setia dan taatnya kamu pada teman lelaki ya? Ketawa.

Jadi, meminta pertolongan dengan sepupu aku. Dia walaupun punya agenda lain, tetapi tetap sudi meluangkan masa. Jadi, pergi bertemankan dia sahaja. Dan bahagia juga dengan dia, berjalan ke rumah kawan di Merlimau dan juga Cheng. Hasrat ke Alor Gajah dibatalkan kerana tuan rumah keluar beraya ke tempat lain.

Merlimau.
Berjumpa dengan rakan sebilik di matrikulasi suatu ketika dahulu. Hampir setahun lebih juga tidak berjumpa dia. Rindu yang teramat sangat sebenarnya. Dijamu dengan hidangan mi kari dan juga popia, duduk sebentar di situ, berbual dengan dia. Kali pertama juga ke rumah dia.

Cheng.
Bertemu dengan seorang sahabat maya. Kali pertama sebenarnya ke rumah orang yang dikenali secara maya menerusi blog. Dilayan dengan baik oleh ibunya, serta dijamu juga. Segan menular dalam diri, baiklah, aku memang ada rasa segan juga ya? Keseluruhannya, aku rasa, aku dah bersikap baik. Ketawa. Tiada ketawa mengekeh, tiada ayat-ayat yang pelik, kira baiklah. Senyum. Oh, makan nasi ayam.

Jusco Melaka Sentral.
Ini destinasi aku beraya setelah Alor Gajah tidak dapat aku beraya. Ketawa.
Pakai kasut tinggi 3 inci dan berjalan dari atas ke bawah, hampir patah kaki aku.
Dapatlah satu beg tangan berwarna merah. Sungguh bukan aku kan?
Senyum.

Zara : Hari ini aku sekolah. Esok pun sekolah juga, tapi aku minta setengah hari sahaja. Disebabkan aku mahu menemani sepupu menghadiri suatu urusan di Melaka. Eh, ke Melaka lagi kah esok? Tunggu sahaja ya?

27 comments:

kechixx said...

ouch..jangan terlalu pentingkan perasaan teman lelaki hingga mengabaikan perasaan ibu..syurga bukan di telapak kaki teman lelaki tetapi di telapak kaki ibu..:)

HEMY said...

susah la nak cakap..diorg tau yg mintak izin kat bf tu awkward thing..tp tanya gak boipren...

ni nama nya..haish..mula la nak maki..takpe la

cik elina said...

kalau husband yang tak bg, tak kisah.
ini teman lelaki saja. belum tentu berakhir di jinjang pelamin.
haihh.
terlalu dalam cintanya pada teman lelaki. mengalahkan sayangnya pada ibu. mahupun kawan.

nnt nak jenjalan,
ajak saya !
:D

chekgu Moe said...

mungkin sahabat sedang praktis zara..sabar aje lah ye..=) tapi sampai juga ke melaka. hebat tu..=)

The Poyo Me said...

oh, syurga di telapak kaki (bakal) suami. kahkah...

kami kalau jumpa pakwe rakan kami yg terlalu mengongkong macam ni, kami terus BLACKLIST dia dari join kami lagi. Ape jeles sangat? Awek dia biseksual ke? aHAHAHA

nurayunni said...

ibu segala-galanyer...

miss_ummi said...

same wit me..ntah kenapa most of my fren lebih pentingkan teman lelaki daripada kawan sendiri..sedangkan kita dah berkawan bertahun-tahun lamanya tapi teman lelakinya hanyalah sesingkat waktu..tak faham dengan kaum hawa sekarang yang lebih mementingkan teman lelaki berbanding sahabat sendiri. tapi bila dah susah dengan teman lelaki baru nak terhegeh-hegeh mencari kita temannya. dats y la most of the time i prefer to spend my time alone...

twinkle twinkle said...

HEE ikot sgt ckp bf,,ape aa

fadh ^_^ said...

kak,
nape xsinggah mah saye??
kat alo gajah je
:D

yebbit + . + said...

olololo. sabarr e.

izul said...

Rindu dengan Merlimau, Melaka!

Pergi masa pertandingan pantun kebangsaan last time untuk zon selatan XDD

Kuman Chaos said...

laaa ingatkan Husband ka yg tak bagi teman, rupanya BF ja.. apa laa... memang tak patut... macam-macam alasan..

Kuman latest Entry

Ku'ai said...

Saya vice versa.
Kawan dari sepupu.
Kejauhan mungkin.

Mungkin angin kutub selatan bertentangan dengan angin kutub utara.

ehehe.


Selamat menyambut bulan Syawal Zara.

Hizami Rahim said...

hurm.
tu belum kahwin lagi tu.
haish.
:)

sorry cikgu.
tak dapat jumpa.
:'(

naz said...

ini lah masalah wanita :) kalau lelaki huhu haha awak tak tahu pun hahaha

chentaMAYA said...

wah wah! jauh bejalan ye!

ayin~weeweet said...

dia belum kena batang hidung lagi, haih bf punya bf

aLya said...

giler hebat!! lau ckap SUAMI x bg leh time gak..huhuhu

Cikgu Nizam said...

datang Melaka tak gtau pun... mana tau leh jumpa... haha2

funky_D said...

slalu gak bagitau bf bila nak pegi mana2 tapi kalau die x bagi pun tetap pegi gak....hehehehe
sbb belum tentu lagi die jadi suami kita kan.

lain la kalau nak gi clubbing pastu die x bagi. mesti la kena ikut. ni keluar beraya dgn kawan je kot. ish3

zool said...

tak sampai Kesang Tua, Jasin pung.,,

Vee said...

mana red bag tu? tunjuk cpat..haha. shopping x ajak pun :p xnaik taming sari ke?

lilacfla said...

tepuk dahi. ouch

ada sorang kawan, plan nak tipu makyah dia, tanak ikut balik kampung sebab bf marah tak dapat nak jumpa bf on that same day. omg macam itukah nak buat suami? T_T

Nama Saya Melati said...

aiyooo bf dia dah janji nak nikah dengan dia kot. Zara, happy Malaysia Day + raya!

PinQib said...

sesungguhnye gadis macam ni, memang xda akal..



Latest entry di:

Let’s Exchange ><
Cinta Pakwe Kulit Hitam

syarifah radiah ibrahim said...

kak kenapa tak singgah ke jasin?
huhu~

selamat hari raya!

syaftome said...

BF and Parent...
why is it so difficult...

tetapi realitinya...
agak pahit untuk ditelan...
hanya senyuman pengubat hati...
yang sedih dan luka...
dek alasan tidak bermakna...
dan susah untuk diterima...